Notis Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi IPGKKB Kali Ke-10
Assalamualaikum wbt.
Sukacita dimaklumkan, pihak Koperasi IPGKKB Berhad ingin menjemput tuan/puan untuk bersama-sama menghadirkan diri pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-10.
Maklumat berkenaan majlis tersebut adalah sebagaimana butiran berikut;
Tarikh : 9 Julai 2025 (Rabu)
Masa : 2.00 ptg.
Tempat : Dewan Wawasan, IPGKKB
Tuan/puan juga dikehendaki menyemak baki saham terkini dengan Bendahari Koperasi untuk mengesahkan baki Modal Syer.
Sekian, terima kasih.
Pengurus
Koperasi IPGKKB Berhad
Agenda Mesyuarat Agung Tahunan
Pelantikan Pengerusi Mesyuarat dan Setiausaha untuk mencatat minit mesyuarat;
Pengesahan Minit Mesyuarat ke-9;
Pembentangan Laporan Aktiviti Koperasi;
Pembentangan Laporan Kewangan berakhir 30 Jun 2020 hingga 2024 beserta pengesahan;
Pembentangan Anggaran Belanjawan Tahun 2025 beserta pengesahan;
Meluluskan cadangan pembahagian keuntungan koperasi;
Menentukan, meluluskan skop dan had pelaburan;
Menimbang dan meluluskan had pinjaman;
Pengosongan ALK yang tamat tempoh;
Memilih Ahli Lembaga baharu;
Memilih 3 orang Juruaudit Dalam dan Panel Juruaudit Luar;
Cadangan / Usul Anggota dan Lembaga;
Lantikan Jawatankuasa Induk untuk mengesahkan minit mesyuarat agung;
Ucapan Penangguhan.