Ucapan Perasmian

YBrs. PUAN KHAZIYATI BINTI OSMAN

MANTAN PENGARAH JABATAN PENDIDIKAN WP LABUAN



ENCIK MOHD NIZAM BIN YASIM

TIMBALAN PENGARAH SEKTOR PERANCANGAN JPWPL

" Terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan siri bengkel dan Kolokium Kajian Tindakan Teknik 12 Langkah peringkat kebangsaan. Buat julung-julung kalinya bengkel seumpama ini diadakan sepenuhnya secara dalam talian. Bengkel ini tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa usaha gigih dan tekun daripada semua ahli jawatankuasa pelaksana yang komited.

Marilah kita sama-sama berusaha secara bersungguh-sungguh menjadikan bengkel ini sebagai medan perkongsian ilmu yang bermanfaat dalam kalangan warga pendidik pelbagai peringkat. Semoga bengkel ini menjadi rintis kepada kejayaan pelaksanaan bengkel-bengkel atas talian seumpamanya selepas ini.

Saya berharap agar semua peserta daripada seluruh negera dapat menyertai siri bengkel sehingga tamat dan beroleh sesuatu yang bermanfaat untuk meningkatkan kompetensi kita secara berterusan. Kolokium kajian tindakan pada 22 April akan menyediakan satu lagi platform kepada semua warga pendidikan untuk berkongsi kajian tindakan masing-masing. Perkongsian para peserta mungkin memberi inspirasi kepada semua peserta. Insyaallah, semoga berjaya dan bermanfaat."