Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad (KGMB) telah didaftarkan pada 28 April 1967.
Jabatan Pembangunan Koperasi meminta ditubuhkan sebuah koperasi baru untuk aktiviti serbaguna iaitu koperasi ini; Koperasi KOGUMA Berhad apabila KGMB bercadang membeli bangunan.
Mesyuarat Agung Penubuhan telah diadakan pada 16 Jun 1979 di SK Sri Dhandayuthapani dengan keanggotaan seramai 3500 orang.
Koperasi KOGUMA Berhad didaftarkan pada 4hb Januari 1980 di bawah subseksyen 18(3) Akta Koperasi 1993
Aktiviti Koperasi KOGUMA Berhad bermula dengan pembelian bangunan 5 tingkat di Kompleks Udarama, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur dengan kos RM276,000.00 pada tahun 1980.
Pejabat sementara Koperasi KOGUMA Berhad terletak di Bangunan Chinese Insurance (Bangunan SOGO) sekarang.
Mesyuarat Agung Pertama diadakan pada 29 Mei 1982 bertempat di Kuala Lumpur International Hotel dengan keanggotaan seramai 2864 anggota individu dan 1 anggota koperasi iaitu KGMB.
Sumbangan yuran oleh anggota bermula pada tahun 1997.
Simpanan khas diperkenalkan pada tahun 2002 iaitu RM10.00 sebulan.