Borang-borang
Koperasi ertinya suatu pertubuhan orang berautonomi yang bersatu secara sukarela untuk memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial dan budaya mereka yang sama melalui suatu perusahaan milik bersama dan dikawal secara demokrasi yang berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Antara faedah berkoperasi:
Anggota memiliki koperasi melalui modal syer dan yuran yang disumbangkan di samping menjadi pengguna perkhidmatan dan barangan yang ditawarkan oleh koperasi. Dengan ini anggota berhad menentukan jenis barangan dan perkhidmatan yang diperlukan.
Koperasi menawarkan barangan berkualiti pada harga yang berpatutan kepada anggota- anggotanya. Di samping itu, koperasi juga menyediakan kemudahan tabungan yang terjamin dan kemudahan pinjaman pada kadar faedah yang berpatutan.
Anggota-anggota menikmati pulangan atas langganan, modal yang disumbangkan dan penyertaan aktif di dalam pengurusan dan aktiviti koperasi. Sebahagian daripada keuntungan koperasi diperuntukkan kepada tabung kebajikan anggota bagi membiayai aktiviti-aktiviti kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan kepada aktiviti- aktiviti kemasyarakatan.
LAPORAN TAHUNAN DAN PENYATA KEWANGAN BAGI MESYUARAT AGUNG PERWAKILAN TAHUNAN KALI KE-41
Tarikh: 25 Jun 2022
Tempat: Premiera Hotel Kuala Lumpur