Dr Siti Behluwa Binti Abdul Manaf, seorang doktor gigi yang berasal dari Muar merupakan graduan dari Universiti Malaya. Beliau memulakan perjalanannya dalam bidang pergigian dari Asasi sains UM dan meneruskan pengajiannya dengan Sarjana Muda Pembedahan Pergigian (BDS).
Sebelum memulakan Klinik Pergigian Asma pada tahun 2021, beliau telah berkhidmat dengan KKM selama 5 tahun khususnya di Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar sebelum berhijrah ke Kota Tinggi. Ia adalah keputusan yang sangat besar baginya untuk memulakan amalannya sendiri kerana ia sangat berbeza daripada persekitaran berasaskan hospital, tetapi memutuskan untuk menyahut cabaran itu dan meneruskannya. Dia mempunyai minat dan semangat yang tinggi dalam bidang ortodontik dan pembedahan mulut.
Alhamdulillah atas peluang yang diberikan dan beliau berharap dapat berkhidmat untuk lebih ramai lagi khususnya di kawasan Kota Tinggi.
Dr Muhammad Naqib seorang doktor gigi cemerlang lulusan JUST, Jordan memulakan kerjaya pergigiannya di Bandar Tenggara, Kota Tinggi selama 3 tahun.
Doktor gigi yang berasal dari Kulai ini juga pernah bekerja di beberapa klinik pergigian swasta di sekitar Kulai dan kini memberikan perkhidmatan penuhnya di Klinik Pergigian Asma.
Dr Naqib sangat berminat dengan rawatan pergigian ortodontik dan restoratif kerana beliau percaya menyelamatkan gigi sama pentingnya dengan menyelamatkan nyawa seseorang.
Dr Aini yang merupakan anak jati negeri Perak merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Memulakan karier sebagai pegawai pergigian pada tahun 2018 di Perak, seterusnya berhijrah ke Batu Pahat dan kini menetap di Kota Tinggi.
Dr Aini memiliki pengalaman bekerja dalam sektor kerajaan dan swasta, serta berkecenderungan dalam bidang endodontik dan restoratif. Baginya, selain memberi rawatan pergigian, kerjaya sebagai doktor gigi memberinya peluang yang sangat berharga untuk menyampaikan kesedaran kesihatan pergigian kepada pesakit yang ada.