Proses mencuci gigi ataupun scaling merupakan prosedur pembersihan plak gigi yang dilakukan oleh doktor gigi menggunakan alatan ultrasonik. Karang gigi ialah pembentukan dan pengumpulan plak yang mengeras pada permukaan gigi. Ia boleh menyebabkan gigi tampak kuning dan tidak bersih.
Tampalan gigi ialah rawatan menutup ruang pada gigi yang berlubang di mana bakteria boleh memasukinya.
Prosedur pengeluaran atau pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini dilaksanakan apabila gigi tersebut didapati tidak dapat diselamatkan atau dikaitkan dengan sebarang patologi atau penyakit
Salah satu kaedah untuk memutihkan kembali gigi anda adalah dengan menjalani rawatan pemutihan gigi. Rawatan putihkan gigi boleh menjadi cara yang sangat berkesan untuk mencerahkan warna semula jadi gigi anda tanpa membuang mana-mana permukaan gigi. Ia tidak boleh mengubah warna gigi sepenuhnya, tetapi ia boleh mencerahkan warna gigi sedia ada.
Braces / pendakap gigi adalah peralatan berasaskan dawai yang digunakan oleh pakar gigi (ortodontik) untuk membetulkan gigi atau rahang yang sesak dan tidak sejajar.
Jambatan gigi digunakan untuk menggantikan gigi yang hilang dan menyediakan jambatan yang menghubungkan gigi bersebelahan. Gigi di kedua-dua belah gigi yang hilang dipanggil gigi tumpang dan gigi pengganti pula dipanggil gigi palsu
Sarung gigi adalah sarung berbentuk gigi yang diletakkan di atas gigi untuk memulihkan bentuk,saiz, kekuatan, dan memperbaiki penampilannya.
Venir adalah satu lapisan nipis yang dipasang di atas permukaan gigi dan boleh menjadikan gigi lebih teratur, putih serta cantik
Rawatan akar gigi merupakan rawatan alternatif bagi gigi yang telah rosak teruk di mana tisu pulpa telah dijangkiti atau telah mati, Gigi tersebut tidak dicabut dan boleh terus kekal berfungsi di dalam mulut.
Rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang bagi yang tidak mahu menggunakan gigi palsu
FRC adalah bahan tampalan berwarna putih yang digunakan untuk memulihkan gigi dengan kuat.
Kebaikannya adalah tidak memotong gigi asal seperti rawatan bridge/crown dan harganya yang lebih rendah berbanding rawatan implant dan bridge serta rawatan ini siap dalam masa 1 jam hingga 2 jam.
Gigi palsu ialah satu alat yang dibuat khas untuk menggantikan gigi asli yang telah tanggal atau dicabut. Ia boleh didapati secara penuh atau separa, yang bermaksud ia boleh menggantikan semua gigi sama ada pada garis gusi atas atau bawah atau hanya beberapa gigi yang hilang.
Jenis-jenis gigi palsu :
Acrylic | Flexible | Cobalt Chrome
MOS atau Minor Oral Surgey adalah merupakan pembedahan kecil mulut yang dilakukan apabila gigi tidak dapat tumbuh atau keluar secara normal (impacted tooth)
Kebiasaan sering terjadi pada gigi geraham terakhir atau sering dipanggil sebagai gigi bongsu
Retainer braces merupakan rawatan susulan selepas sahaja anda selesai memakai braces. Fungsinya adalah untuk memastikan gigi anda sentiasa berada di posisi yang sama.
Jenis-jenis retainer :
Essix Retainer | Hawley Retainer
Sapuan fluorida dalah fluorida yang disapu pada permukaan gigi untuk mencegah kerosakan gigi, mencegah karies dengan cepat, tidak menyakitkan dan selamat bagi kanak-kanak.
Penggunaannya mampu mengurangkan kerosakan gigi di kalangan kanak-kanak sehingga 30%-50% dengan bertindak menguatkan struktur gigi.
Sapuan fluoride ini juga perlu diambil setiap 6 bulan sekali.
OPG | IOPA
Clear Aligner merupakan alat yang digunakan untuk membetulkan kedudukan gigi. Fungsinya sama seperti braces