Kami akan beralih kepada website baru tidak lama lagi. Layari di www.kliniknurlabis.com.
Klinik Nur Labis menawarkan Panel Nur Sihat kepada pesakit dan ahli keluarga pesakit kami sebagai tanda penghargaan kerana telah mendapatkan khidmat rawatan di klinik kami.
Diskaun Rawatan Sehingga 10%
Percuma Yuran Pendaftaran
Percuma Konsultasi Temujanji Seterusnya
Percuma Surat Rujukan Ke Hospital
PENDAFTARAN:
Yuran pendaftaran untuk menjadi ahli panel Nur Sihat adalah percuma.
KELAYAKAN:
Ditawarkan kepada pesakit yang pernah mendapatkan rawatan di Klinik Nur Labis dan diluaskan kepada ahli keluarga terdekat pesakit (anak/pasangan/ibu/bapa).
KONSULTASI DOKTOR:
Konsultasi bagi kes penyakit yang sama adalah percuma dalam tempoh 5 hari setelah lawatan pertama.
Caj rawatan dan ubat-ubatan tidak termasuk dalam konsultasi percuma. Pesakit perlu membayar jika terdapat ubat-ubatan dan rawatan yang diberikan.
Pembayaran konsultasi akan dikenakan sekiranya Surat Cuti Sakit dikeluarkan.
DISKAUN SEHINGGA 10%:
Kami menawarkan diskaun untuk kebanyakan ubat dan rawatan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa rawatan dan ubat yang tidak layak untuk diskaun. Contoh ubat yang diberikan diskaun adalah seperti ubat demam, selsema, batuk, sakit perut, antibiotik, tahan sakit, ubat krim, iv drip dan lain-lain lagi.
SURAT RUJUKAN:
Surat Rujukan ke hospital adalah percuma bagi kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut.
Nota: Semua tawaran adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Klinik Nur Labis.