Kami akan beralih kepada website baru tidak lama lagi. Layari di www.kliniknurlabis.com.
Punca Dan Kenapa Ada Ketuat?
Kebanyakan kanak-kanak akan mendapat jangkitan ketuat dalam satu masa.
Apa itu ketuat?
Ketuat adalah benjolan di kulit yang timbul disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV).
Virus ini menyebabkan pelbagai jenis ketuat, berbeza mengikut bahagian badan.
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko ketuat, anda boleh baca di infografik yang kami kongsikan.
Bila anda harus berjumpa doktor?
Anda harus hubungi doktor anda jika anda mengalami tanda-tanda berikut:
Anda tidak pasti sama ada ketumbuhahan pada kulit anda adalah ketuat atau tidak. Rawatan di rumah menggunakan ubat bukan prekripsi tidak berkesan selepas 2 hingga 3 bulan.
Ketuat semakin membesar dan merebak walaupun anda dalam fasa rawatan.
Tanda-tanda jangkitan bakteria kelihatan seperti sakit, bengkak, kemerahan, jerawat bernanah, atau demam. Jika ketuat membuat kaki anda berasa sakit, elakkan daripada bergerak.
Anda menghidapi diabetes atau penyakit periferal arteri dan mempunyai ketuat pada kaki.
Anda mempunyai ketuat pada bahagian genital atau anal.
Sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan dan ingin mendapatkan rawatan, sila hubungi kami di Klinik Nur Labis untuk mendapatkan rawatan anda.