SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
Syarat-syarat penyertaan kertas kerja bagi KKPeM adalah seperti berikut:
Penyertaan terbuka kepada semua warga akademik Pengajian Melayu yang terdiri daripada mahasiswa, pensyarah dan penyelidik.
Penyertaan terbahagi kepada dua kategori, iaitu secara individu dan berkumpulan. Bagi kategori berkumpulan, maksimum lima (5) orang penyelidik dalam satu kumpulan.
Kolaborasi antara penyelidik daripada universiti yang berlainan adalah digalakkan.
Kertas kerja yang dihantar mesti asli dan belum pernah diterbitkan dalam seminar, kolokium, persidangan dan seumpamanya.
Abstrak dan kertas kerja yang dihantar mesti mematuhi peraturan ejaan dan tatabahasa serta sesuai untuk tujuan penerbitan ilmiah.
Penulisan juga perlu mematuhi format dan garis panduan yang telah ditetapkan.
Penulisan abstrak dan kertas kerja serta pembentangan lisan hanya dalam bahasa Melayu.
Kertas kerja yang dipertandingkan perlu disertakan dengan video pembentangan. Rakaman tersebut tidak melebihi 7 minit.
Sesi soal jawab dan diskusi diadakan secara langsung mengikut jadual yang diberikan.
Kertas kerja yang tidak dipertandingkan boleh dibentangkan secara langsung.
Kertas kerja yang dihasilkan oleh mahasiswa ijazah dasar sahaja akan dipertandingkan dan layak memenangi hadiah yang ditawarkan.
Keputusan panel penilai yang dilantik adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.