Kolokium Kebangsaan Pengajian Melayu (KKPeM) 2021 ialah kolokium anjuran Persatuan Bahasa Melayu Komunikasi Profesional (BMKP), Akademi Pengajian Bahasa (APB), dengan kerjasama Entiti Kecemerlangan Linguistik Gunaan dan Komunikasi (LinGKom), Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebagai wadah perkongsian ilmu penyelidikan dalam kalangan mahasiswa pengajian Melayu.
Objektif kolokium yang diketengahkan adalah seperti berikut:
Membincangkan perkembangan penyelidikan linguistik, bahasa dan budaya Melayu pada masa kini.
Membentuk kesepakatan dalam jalinan kerjasama kebahasaan pada peringkat kebangsaan dalam kalangan mahasiswa dan ahli akademik pengajian Melayu.
Memberi pendedahan kepada mahasiswa untuk berkongsi ilmu bersama-sama ahli akademik dalam pembentangan penyelidikan linguistik, bahasa dan budaya Melayu.
Meningkatkan tahap kesarjanaan dalam kalangan mahasiswa menerusi penyelidikan pengajian Melayu.