Alhamdulillah Presiden KKGLMSM dijemput untuk menghadiri program wacana awam bertajuk Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) telah diadakan pada 17 Disember 2025 bertempat di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu, Kelantan. Program ini telah dianjurkan oleh Institut Polisi Awam dan Pengurusan Antarabangsa Universiti Malaya (International Institute of Public Policy and Management, University of Malaya), sebuah institut di bawah (INPUMA), Universiti Malaya dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan. Wacana awam ini bertujuan menjadi platform perbincangan terbuka melibatkan pelbagai pihak berkepentingan, khususnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO), bagi menyalurkan pandangan, isu serta cadangan berkaitan hala tuju pembangunan negara di bawah RMK-13. Sepanjang sesi pengisian, setiap NGO yang hadir telah diberi ruang untuk mengemukakan isu, pandangan dan cadangan berdasarkan perspektif serta bidang fokus agensi masing-masing. Perbincangan tertumpu kepada aspek pembangunan sosial, ekonomi, pendidikan, kebajikan rakyat, tadbir urus serta cabaran semasa yang memerlukan perhatian dalam perancangan RMK-13. Secara keseluruhannya, wacana awam ini dilihat sebagai satu inisiatif yang positif dan konstruktif dalam memastikan RMK-13 dirangka secara inklusif, mengambil kira suara rakyat serta realiti pelaksanaan di peringkat akar umbi. Dapatan dan cadangan yang dikemukakan diharap dapat menjadi input bermakna kepada pihak kerajaan dalam memperkukuh perancangan pembangunan negara.