Ybrs. Saudara Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak dan Saudara Amir bin Aris, Setiausaha KKGLMSM Perak mengadakan Ziarah Cakna kepada Saudara Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Naib Pengerusi KKGLMSM Perak dan penyerahan cek Skim Kebajikan Keluarga bertempat di Mydin@Meru, Ipoh pada 9 Disember 2025.
KKGLMSM Perak menyantuni Majlis Persaraan Ybrs. Encik Safuan bin Haji Raba'ai pada 7 Oktober 2025 bertempat di Hotel MH, Ipoh. Selamat bersara Tuan Pengarah JPN Perak. Terima kasih atas segala jasa, sumbangan dan khidmat bakti sepanjang perkhidmatan. Pihak KKGLMSM Perak merakamkan sepenuh penghargaan dan terima kasih atas sumbangan tuan.
Lima orang perwakilan KKGLMSM Perak telah menghadiri Persidangan Perwakilan Dwitahunan (PPDT) KKGLMSM Kali Ke-45 bertempat di Hotel Alamis City, Kuala Lumpur pada 26 dan 27 September 2025. Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Ybrs. Tuan Haji Awang bin Mohmad, Pengerusi Koperasi KKGLM (M) Bhd.
KKGLMSM telah menghadiri Perhimpunan Kesatuan Sekerja Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 pada 6 September 2025 bertempat di Bertam Resort, Pulau Pinang.
Mesyuarat AJK KKGLMSM Perak telah berlangsung pada 7 September 2025 bertempat di SK Perpaduan. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Ybrs. Sdra. Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak.
Tuan Presiden KKGLMSM bersama Timbalan Presiden, Setiausaha Agung dan Bendahari Agung telah menziarahi Sdra. Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Naib Pengerusi KKGLMSM Perak pada 6 September 2025. Tuan Presiden turut menyampaikan sumbangan mewakili semua Pegawai, Exco dan Staff KKGLMSM. Semoga sdra. Mohd Faizul Hafiz diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Ybrs. Encik Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak atas pelantikan sebagai pasukan juruaudit Koperasi KKGLM (M) Bhd.
Ybrs. Encik Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak telah menziarahi Encik Mohd Faizul Hafiz bin A. Razak, Naib Pengerusi KKGLMSM Perak di kediaman beliau pada 2 Ogos 2025. Semoga Encik Faizul kembali sihat.
Ybrs. Encik Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak telah menghadiri Mesyuarat Bersama jabatan (MBJ) Jabatan Pendidikan Negeri Perak Bilangan2/2025 pada 18 Julai 2025 bertempat di Dewan Mesyuarat Utama, UTC Perak.
Jangan lepaskan peluang untuk menyertai Program CSR JHEKS.
(Corporate Social Responsibility Jabatan Hal Ehwal Kesatuan Sekerja Terengganu dan Kelantan) yang akan diadakan pada 4 dan 5 Julai 2025 di Pantai UMT, Terengganu.
KKGLMSM Perak menerima geran bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) sebanyak RM5000.00 bagi menjalankan pelbagai aktiviti KKGLMSM Perak untuk menarik minat lebih ramai lagi menyertai KKGLMSM.
Barisan AJK KKGLMSM Perak telah mengadakan Mesyarat AJK Bilangan 2/2025 pada 15 Jun 2025 di Dewan Arif Budiman, PPD Larut, Matang dan Selama. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Ybrs. En. Arazmi bin Mat Dalleh, Pengerusi KKGLMSM Perak. Pelbagai isu dan perkara telah dibincangkan untuk kebajikan warga ahli KKGLMSM Perak. Selain itu, mesyuarat pada kali ini dihadiri oleh AJK baharu yang dilantik dalam mesyuarat agung baru-baru ini.
KKGLMSM Perak telah mengadakan Mesyarat Agung Dwitahunan Kali Ke-45 Sesi 2025/2027 bertempat di Dewan Terbuka SK Perpaduan, Ipoh, Perak pada 26 April 2025. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Ybrs. Encik Arazmi bin Mat Dalleh, Timbalan Presiden KKGLMSM merangkap Pengerusi KKGLMSM Perak. Mesyuarat tersebut juga telah dihadiri oleh ahli-ahli KKGLMSM Perak yang berdaftar. Tahniah juga kepada semua barisan AJK KKGLMSM Perak yang baharu bagi menerajui barisan AJK KKGLMSM Perak.
Kursus Pengurusan MADT kepada Setiausaha dan Bendahari Cawangan KKGLMSM Sesi 2025/2027 telah diadakan pada 5 dan 6 Februari 2025 bertempat di Hotel Seri Warisan, Taiping, Perak.
KKGLMSM Perak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Pemantapan AJK pada 16 November 2024 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping. Peruntukan perbelanjaan telah diberikan oleh pihak JHEKS. Seramai 50 orang peserta telah menghadiri kursus tersebut. Pelbagai slot taklimat telah diisi dalam menjayakan kursus tersebut.
KKGLMSM Perak menyertai pameran dalam Perkampungan Ilmu (KAMIL) Tahun 2024 bertempat di SK Matang Gelugor, Matang, Perak pada 2 hingga 4 Ogos 2024. Program tersebut anjuran JPN Perak dengan kerjasama sekolah tersebut.
KKGLMSM Perak menerima geran bantuan Program Hal Ehwal Kesatuan Sekerja (PHEKS) sebanyak RM6000.00 bagi menjalankan pelbagai aktiviti KKGLMSM Perak untuk menarik minat lebih ramai lagi menyertai KKGLMSM.
Perwakilan dari KKGLMSM Cawangan Perak ke Perwakilan Agung Dwitahunan Koperasi KKGLM (M) Bhd Kali Ke-30/2023 di Hotel Ideas, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Jun 2023.
Mesyuarat Agung Dwitahunan KKGLMSM Cawangan Perak Kali Ke-44/2023 di SK Sungai Rokam pada 21 Mei 2023. Mesyuarat dirasmikan oleh Presiden KKGLMSM.
Mesyuarat Agung Dwitahunan Koperasi KKGLM (M) Bhd Cawangan Perak Kali Ke-14/2024 di Hotel Seri Malaysia, Ipoh pada 25 Februari 2024 dan dirasmikan oleh Pengerusi Koperasi KKGLM (M) Bhd.
Rakaman Buletin Pagi pada 19 Mac 2024
Kongres gesa KPM tambah guru Tingkatan Enam