PENGENALAN
Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Penawar adalah sebuah Perpustakaan Khusus Gunasama yang berperanan sebagai sokongan ke arah proses pembelajaran dan pengajaran bagi melahirkan modal insan yang unggul dan berkemahiran dengan menyediakan bahan bacaan yang berkualiti.
Perpustakaan memainkan peranan yang amat penting dalam membantu institusi untuk mengurus dan memastikan maklumat yang diperolehi dapat memberi manfaat kepada warga kolej. Unit perpustakaan di ketuai oleh seorang Penolong Pustakawan serta di bantu oleh seorang pembantu pustakawan yang bertanggungjawab untuk membantu pengguna semasa menggunakan sebarang perkhidmatan perpustakaan.
MISI
Menyediakan sumber dan perkhidmatan yang komprehensif dalam usaha menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan untuk seluruh warga KKBP
VISI
Menjadi pusat dokumentasi dan informasi yang unggul sebagai pemangkin kecemerlangan KKBP
OBJEKTIF
Memberi sokongan kepada sistem pendidikan dan latihan formal di kalangan pelajar.
Menyediakan kemudahan penyelidikan, rujukan prasarana fizikal dan sistem komputer serta keperluan maklumat kepada tenaga pengajar dan kakitangan.
Menggalakkan perkongsian sumber maklumat di antara Kolej Komuniti seluruh Malaysia.