🔁 POLISI PEMULANGAN & PENUKARAN BARANG
🔁 POLISI PEMULANGAN & PENUKARAN BARANG
Polisi Pemulangan & Penukaran Barang
Polisi Pemulangan & Pemulangan Wang KICO (Pemborong)
Polisi ini terpakai untuk semua pembelian borong dan runcit yang dibuat melalui saluran rasmi KICO, termasuk WhatsApp, borang pesanan, atau pembelian fizikal.
Sekiranya anda mengalami sebarang masalah dengan pesanan dan ingin membuat permintaan pemulangan atau penukaran, sila rujuk garis panduan di bawah:
Laporan Masalah
Pihak pemborong mesti memaklumkan kepada pasukan KICO mengenai sebarang kerosakan atau kesilapan produk dalam tempoh 48 jam selepas penerimaan barang.
Untuk permintaan pemulangan atau penukaran, sila ikut langkah di bawah.
Hubungi kami melalui WhatsApp +60 11-5680 2495.
Isi borang Pemulangan & Penukaran Barang --> Borang Pemulangan & Penukaran Barang
Sila beri masa hingga 5 hari bekerja untuk semakan dan maklum balas.
3. Sebab-Sebab yang Layak untuk Pemulangan / Penukaran
Permohonan boleh dipertimbangkan jika:
Barang diterima dalam keadaan rosak atau cacat akibat kilang
Barang salah dihantar (item tidak sama seperti yang ditempah)
Kuantiti tidak mencukupi seperti yang dibayar
4. Syarat Pemulangan / Penukaran
Untuk melayakkan pemulangan atau penukaran:
Barang mesti dikembalikan dalam keadaan asal, belum digunakan
Pembungkusan asal, tag, label, pelekat harga masih utuh
Sertakan resit atau bukti pembelian
Tidak melebihi 48 jam selepas barang diterima
5. Barang & Situasi Yang Tidak Layak
Kami tidak menerima pemulangan atau penukaran jika:
Pemborong tersalah order atau berubah fikiran
Barang telah digunakan atau dibuka dari pembungkusan asal
Barang dibeli semasa promosi khas (kecuali rosak/salah hantar)
Aduan dibuat selepas tempoh 48 jam
Kos penghantaran pemulangan ditanggung oleh pemborong, kecuali jika kesalahan berpunca daripada pihak KICO