Buah mahkota dewa. Pasti ramai yang pernah mendengar nama buah berkenaan yang kerap dikaitkan dengan produk kesihatan dan kecantikan. Namun, penulis percaya, ramai yang tidak pernah melihat buah tersebut secara 'live'.
Sebenarnya, namanya yang cantik itu sangat bersesuaian dengan bentuk dan warnanya yang kemerah-merahan. Pokoknya pula rendang dan mudah ditanam di pinggir kediaman.
Dari segi saintifiknya, buah berkenaan dikenali sebagai phaleria macrocarpa atau simalakama (Melayu/Sumatera) dan Makuto Dewo (Jawa). Tanaman ini berasal dari Papua New Guinea dan sudah terkenal dengan khasiat dalam mencegah dan membantu proses penyembuhan pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi, meningkatkan vitalitis bagi penderita diabetes, kanser, gout, liver, alergi, ginjal dan jantung.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/22354/LIFESTYLE/Femina/Apa-ada-dengan-buah-mahkota-dewa
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Misai kucing (Orthosiphon stamineus) merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan yang seringkali ditemui di taman-taman tempatan kerana kecantikannya.
Misai kucing kini begitu popular dalam kalangan masyarakat Melayu kerana ia digunakan secara meluas dalam bidang perubatan termasuklah rawatan batu karang, gout dan darah tinggi dan diabetes. Eksperimen dengan menggunakan keseluruhan ekstrak misai kucing pada tikus makmal didapati dapat mengurangkan kepekatan glukosa dalam darah kerana tindakannya yang menggalakkan perembesan insulin oleh kalenjar pankreas. Apabila paras insulin meningkat, maka secara tidak langsung paras gula dalam darah akan menurun.
Selain daripada penurunan gula, kajian makmal turut menunjukkan ia mampu menurunkan paras kolesterol dalam pesakit diabetes, sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular (jantung).
Cara pengambilannya adalah dalam bentuk air rebusan atau teh. Kebiasaannya bahagian yang digunakan adalah daunnya. Manakala bahagian lain pokoknya pula digunakan untuk tujuan rawatan bagi penyakit lain.
Setakat ini kajian – kajian yang dijalankan mendapati bahawa misai kucing tidak memberi kesan sampingan terhadap hati dan buah pinggang selepas administrasi. Namun, kajian selanjutnya perlu dijalankan untuk memastikan keselamatannya jika diambil dalam jangka masa yang panjang.
Rujukan:
Alpinia purpurata, Halia bara, juga disebut bulu burung unta dan halia kerucut merah jambu, adalah tanaman asli Malaysia dengan bunga yang mempamerkan pada bracts merah berwarna panjang. Mereka kelihatan seperti mekar, tetapi bunga sejati adalah bunga putih kecil di atasnya.
Ia mempunyai kultivar yang disebut Jungle King dan Jungle Queen. Halia Merah tumbuh di Hawaii, Trinidad, Grenada, St. Lucia, Panama, Dominica, St. banyak negara Amerika Tengah, termasuk Belize. Ia juga ditemukan di Samoa, di mana bunga nasional, dan secara lokal disebut "teuila."
Halia bara juga dapat ditanam di Florida Selatan kerana, secara umum, rantau ini tidak jatuh di bawah suhu beku. Ia lebih menyukai keadaan teduh separa dan keadaan lembap yang lembap, walaupun ia boleh bertolak ansur dengan sinar matahari penuh di beberapa iklim. Ia cenderung suka disiram dengan baik dan tidak dibiarkan kering.
Halia bara juga dapat ditanam sebagai tanaman rumah dan bunga potongnya dapat digunakan dalam pengaturan. Halia bara cenderung merebak.
Rujukan:
https://wannura.wordpress.com/ 010/04/21/halia-merah-alpinia-purpurata-pengganti-viagra/
Di Malaysia, pokok sirih banyak digunakan terutamanya dalam masyarakat Melayu dan India, sama ada dari sudut perubatan hingga dijadikan sebagai bahan dalam upacara tradisi.
1. Merencatkan pertumbuhan sel kanser
Ekstrak daun sirih mempunyai potensi sebagai agen merencatkan pertumbuhan sel kanser. Hasil kajian fitokimia telah menemukan hidroksichavikol iaitu salah satu sebatian yang terdapat dalam ekstrak daun sirih. Ia dapat merencat beberapa jenis sel kanser seperti payudara, paru-paru, kolon dan pankreas.
2. Agen antibakteria
Ekstrak daun dan minyak daripada daun sirih berupaya menentang beberapa jenis bakteria seperti escherichia coli, streptococcus pyogenes, staphylococcus aureus dan candida albicans dalam dos yang rendah.
3. Penyembuh luka
Satu formulasi minyak yang mengandungi 10 peratus ekstrak daun dan batang sirihnya dapat memberi kesan penyembuhan luka lebih bagus daripada larutan iodin. Selain itu, sifat antioksidan dan vitamin C ada padanya mampu meredakan masalah kulit terbakar. Caranya hancurkan beberapa helai daun sirih campur dengan dua sudu teh madu dan letak pada kulit terbakar.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/35565/LIFESTYLE/Sinar-Aktif/Sirih-rencat-sel-kanser
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Serai atau serai makan (nama botani: Cymbopogon citratus) adalah tumbuhan herba malar hijau yang dikenali juga sebagai sereh makan (Indonesia), takrai (Thailand)
lemongrass (Inggeris).Tanaman serai makan (cymbopogen citratus) dipercayai berasal dari
Sri Lanka dan telah tersebar
luas di kawasan tropika,
termasuk Malaysia, Indonesia, Tanzania, Brazil, Guatemala dan China. Tumbuhan ini selalunya digunakan dalam masakan
di kalangan masyarakat Asia
terutamanya masakan Thailand,
Kemboja,Vietnam) dan Caribbean.
Tumbuhan ini mempunyai
perasa lemon dan boleh dikeringkan untuk menjadi tepung atau digunakan segar. Digunakan
dalam teh, sup, dan masakan kari,
serai juga sesuai digunakan dalam masakan ayam, ikan, dan makanan laut. Terdapat lebih 50 spesies
Cymbopogon. Serai
India Timur (Cymbopogon flexuosus) adalah tempatan di India, Sri Lanka, Burma, dan Thailand sementara Serai India Barat (Cymbopogon citratus) dipercayai berasal dari Malaysia.
Sementara kedua-dua boleh digunakan, C. citratus lebih sesuai untuk memasak. Di India. C. citratus digunakan untuk herba perubatan dan wangi-wangian.
Spesies lain digunakan dalam industri minyak wangi adalah Cymbopogon martini (disuling menjadi minyak palmarosa) dan Rumput Citronella (Cymbopogon winterianus Jowitt) dari mana minyak citronella didapati. Lilin
atau gaharu diperbuat dengan minyak citronella pekat boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.
Rujukan:
Pokok pecah beling atau nama saintifiknya strobilanthes crispus berasal dari wilayah Madagascar hingga ke Indonesia. Ia dijumpai pertama kali oleh Thomas Anderson sebagai satu bahan kajian.
Pokok herba ini sudah lama digunakan di Asia sebagai bahan ubat tradisional untuk mengurangkan kesakitan pada tubuh badan.
Ia hidup subur di tepi-tepi sungai yang lembab dan padang terbiar. Mempunyai pelbagai nama mengikut lokasi seperti pecah beling, pecah kaca, enyoh kilo, kecibeling, pokok batu karang, remek dan sebagainya. Dalam bahasa Cina pula dipanggil ‘hei mian jiang jun‘.
Pokok pecah beling mempunyai ketinggian lebih kurang satu hingga dua meter dan bercabang banyak.
Daunnya berwarna hijau muda ke hijau tua dan agak keras, berbunyi nyaring jika digosok atau direnyuk. Ia mempunyai bunga seperti loceng saiz kecil berwarna kuning tetapi sangat jarang berbunga.
Hasil kajian mendapati, tumbuhan ini berfungsi sebagai anti kanser.
Melalui kajian kes pembenihan in-vitro dan in-vevo didapati bahawa pokok pecah beling melalui ekstraknya dapat merencatkan pertumbuhan sel-sel kanser seperti sel kanser kolon, sel kanser hati dan sel kanser payu darah.
Ia mampu menghapuskan kanser secara semula jadi tanpa kesan sampingan yang dialami oleh penghidapnya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31789/LIFESTYLE/Femina/Pokok-pecah-beling-anti-kanser
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Daun kesum terdiri daripada dua jenis iaitu dari jenis menjalar dan menegak. Dipercayai kaya dengan beta kerotena, vitamin A & C serta kandungan mineral seperti kalium, kalsium dan fosforus. Selain aromanya yang dapat merangsang selera, herba ini dapat mengurangkan bau dan hanyir ikan.
Daun kesum mengandungi khasiat yang agak tinggi, terutamanya karotena dan vitamin C. Kajian turut membuktikan bahawa tumbuhan herba ini, kaya dengan anti oksidan dan memiliki sifat-sifat anti mikrob.
Khasiat Daun Kesum
Secara tradisional air rebusan daun kesum digunakan untuk mengubati masalah kembung dan ketidakhadaman perut.
Ia dikatakan dapat membantu menghilangkan kelemumur di kepala.
Daun kesum kaya dengan beta karotena, vitamin A, vitamin C dan juga bahan galian seperti kalium, kalsium dan fosforus.
Rujukan:
Khasiat Bayam Brazil Agen Awet Muda. Bukan hanya kulit yang terdedah kepada jerawat, kulit wajah yang berkerut kerana penuaan pramatang, dapat mempengaruhi kecantikan penampilan seseorang wanita. Kandungan vitamin C pada daun bayam brazil, dapat digunakan untuk mengatasi masalah kedutan wajah yang disebabkan oleh penuaan pramatang yang kebiasaanya menjadi igauan ngeri wanita. Dengan minum secawan bayam sehari, masalah penuaan pramatang yang dialami dapat diatasi.
Rujukan:
https://cariblogger.com/khasiat-bayam-brazil/
Lengkuas selain digunakan dalam masakan, ia juga memiliki banyak manafaat yang baik untuk kesihatan. Ia mengandungi galangin, beta-sitosterol, quercetin, alpin dan flavonoid lainnya yang baik untuk tubuh. Selain itu, lengkuas juga mengandungi vitamin A, vitamin C, zat besi, serat makanan, dan karbohidrat yang baik. Lengkuas juga telah digunakan dalam perubatan di India dan tradisional Tiongkok berabad-abad lamanya. Beberapa manfaat lengkuas bagi kesihatan.
Rujukan:
Daun kari mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Sifat ini dapat mencegah proses pengoksidaan kolesterol yang akan membentuk kolesterol LDL, atau lebih mudah dikenali sebagai ‘kolesterol buruk’. Seterusnya, kadar ‘kolesterol baik’ (kolesterol HDL) dapat ditingkatkan lantas menurunkan risiko beban penyakit seperti strok dan serangan jantung. Selain mengawal paras kolesterol, daun kari juga berpotensi menghalang pengumpulan lemak dan keradangan (faktor risiko penyakit jantung).
*Kolesterol HDL (baik) mengeluarkan kolesterol dari salur darah dan membawanya kembali ke organ hati.
*Kolesterol LDL (buruk) cenderung untuk melekat pada dinding salur darah dan menjadikannya sempit/tersumbat.
Rujukan:
https://rootofscience.com/blog/2020/kesihatan/pemakanan/11-khasiat-daun-kari-yang-anda-perlu-tahu/
Terung atau turut dikenali sebagai eggplant di Barat merupakan tumbuhan yang saiz agak panjang, berbentuk bujur yang mempunyai warna ungu gelap.
Walaupun ia mungkin bukan satu tumbuhan yang popular, namun terung merupakan antara sayuran yang sering menjadi pilihan dalam masakan Melayu.
Dipanggil sebagai terung, mungkin bukan sesuatu yang memelikkan, namun pernah anda terfikir kenapa ia dipanggil eggplant atau terjemahan secara terus dalam bahasa Inggeris, ‘tumbuhan telur’, sedangkan ia langsung tidak mempunyai kaitan dengan telur?
Sebenarnya, panggilan ini merujuk kepada terung yang ditanam dan tumbuh di Eropah yang berwarna kekuningan atau putih yang menyerupai telur. Nama itu melekat sehinggalah ia mula dibawa masuk ke Barat.
Adakah anda mengetahui apakah kebaikan terung daripada aspek kesihatan?
Buah ini mengandungi antioksidan yang membantu melawan bahan yang merosakkan sel-sel di dalam badan iaitu radikal bebas. Kehadiran antioksidan mampu mengurangkan risiko mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung dan kanser.
Antioksidan utama yang terkandung di dalamnya adalah anthocyanin. Terung adalah sumber yang kaya dengan sebatian fenolik yang berfungsi sebagai antioksidan. Tumbuhan ini membentuk sebatian yang berperanan melindungi diri daripada tekanan oksidatif daripada pendedahan kepada elemen dan jangkitan bakteria dan kulat.
Rujukan:
https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/kebaikan-terung-untuk-kesihatan/
Mungkin ada pelbagai kelebihan limau kasturi yang kita masih tak tahu. Menurut kajian oleh Dr Suri Roowi dari Pusat Penyelidikan Teknologi Makanan, MARDI limau kasturi ada banyak khasiat.
Spesies oren dan limau ada bahan pahit (hesperidin dan neohesperidin) sebagai bahan utama. Namun, limau kasturi berbeza kerana kandungan bahan berkhasiat utamanya adalah Florentin-G, viteksin dan asid askorbik (Vitamin C).
Biasanya Floretin-G banyak pada epal dan sesetengah limau tropika. Menariknya, kandungannya dalam limau kasturi mungkin lebih tinggi daripada dalam epal. Jadi, tak hairanlah ia dijadikan minuman untuk kesihatan jantung, antioksidan dan antikedut. Contohnya Minuman Kasturi keluaran MARDI.
Terdapat vitesin pada limau kasturi. Apa itu viteksin? Viteksin adalah agen mencegah penyakit darah tinggi dan menjaga kesihatan jantung kita. Sebagai contoh dalam buah Hawton Berry.
Rujukan:
https://www.islamituindah.us/kelebihan-dan-khasiat-limau-kasturi/
Tebu hitam tidak hanya sekadar sebagai bahan gula, namun juga mempunyai manfaat dan khasiat untuk kesihatan tubuh jika diamalkan untuk masalah kesihatan yang tertentu.
1. Menguatkan gusi dan gigi
Cairan yang ada di buah tebu hitam dapat membuat gusi dan juga gigi anda menjadi kuat, caranya dengan meminum air tebu yang sudah dicampir air jeruk nipis dan juga garam.
2. Mencegah strok
Minum air tebu hitam secara teratur membantu menjaga metabolisme tubuh akibat kekurangan cairan kerana kegiatan harian yang kita lakukan, sehingga membantu menghindar strok.
3. Melawan kanser payudara
Kandungan yang berada pada buah tebu hitam merupakan sifat alkali yang dapat membantu untuk mengatasi kanser payudara dan juga prostat dengan cara minum secara kerap.
4. Mengatasi hidung berdarah
Potonglah bahagian tebu yang paling hujung setelah itu rebus dengan air secukupnya, campurkan garam dan juga gula. Jika sudah sejuk tapis airnya dan minum.
5. Baik untuk diabetes/ kencing manis
Kandungan gula semulajadi yang ada pada tebu hitam sangat baik untuk penderita diabetes. Air tebu menjadi alternatif yang lebih baik untuk gula mentah atau pemanis buatan. Minum jus tebu hitam juga mampu menjaga kadar glukosa darah dalam badan lebih seimbang.
6. Menyembuhkan selesema dan sakit kepala
Anda salah jika berfikir kalau minum jus tebu agak berbahaya kerana boleh menimbulkan selesema dan sakit kepala. Kerana sebaliknya, minum air atau jus tebu mampu membantu menyembuhkan selesema dan sakit kepala.
7. Mengatasi badan berangin
Ambil tiga helai daun tebu hitam, rebuslah hingga mendidih dan minumlah apabila air rebusan daun tebu tersebut sudah sejuk, lakukan secara rutin iaitu tiga kali sehari.
Tebu hitam jenis ini juga mempunya kelebihan dimana ianya mempunyai aura yang tersendiri yang mana ianya boleh menolak gangguan ilmu hitam dan memagar rumah kita aripada gangguan ilmu hitam. Tanamlah pokok tebu hitam jenis ini di penjuru kawasan rumah
Pokok kelapa atau dikenali sebagai pokok nyiur sejenis tumbuhan yang mudah tumbuh dan tahan panas. Tumbuhan ini juga banyak terdapat di kampung-kampung dan luar bandar serta pesisir pantai.
Tidak memerlukan ruang yang luas dan penjagaan yang rapi serta mudah di tanam berhampiran rumah antara faktor masyarakat kampung/ luar bandar menjadikan pokok kelapa sumber makanan/minuman sampingan boleh diambil pada bila-bila masa sahaja.
Buah Kelapa Muda
Selain menghilangkan dahaga dan rasanya yang manis serta menyejukkan badan. Air kelapa muda baik untuk kesihatan rasanya manis dan menyegarkan apabila diminum. Kandungan lemak air yang rendah, membantu memulihkan kelembapan kulit, anti-penuaan dan baik untuk penghadaman serta mempunyai elektrolit yang mengimbangi tubuh badan.
Bagi mereka yang ingin tambah pendapatan, air kelapa boleh dijadikan sumber pendapatan harian dengan menjualnya di hadapan rumah, tepi jalan, pasar-pasar harian dan air kelapa sangat digemari oleh kebanyakan orang dan boleh memperolehi pendapatan ratusan ringgit seharian menjual air kelapa.
Buah Kelapa Tua
Buah kelapa tua menghasilkan air bergas dan boleh diminum terus, rasa yang manis dan bergas kombinasi yang sedap sekiranya ditambah ais batu. Buah kelapa tua dijadikan santan digunakan untuk memasak dan membuat kuih muih juga boleh diproses untuk dijadikan minyak, sabun dan marjerin.
Batang Pokok Kelapa
Batang pokok kelapa mempunyai struktur yang mampat dan keras sesuai untuk dijadikan jambatan/titi bagi menyeberangi sungai dan parit. Batang pokok kelapa yang panjang memberikan pilihan untuk memilih kualiti bahagian yang baik dan menentukan panjang titi yang hendak dibuat.
Sabut Kelapa
Sabut kelapa/kulit buah kelapa didapati dari buah kelapa tua boleh dijadikan berus dan bahan api. Kini terdapat berus diperbuat dari sabut kelapa dan dijual di kedai-kedai runcit. Bagi masyarakat kampung sabut kelapa dijadikan bahan api untuk membakar ikan dan penggunaan sabut kelapa sangat mudah bagi menghasilkan bara api.
Tempurung Kelapa
Tempurung kelapa boleh dijadikan hasil kraftangan yang unik seperti cenderamata, rantai kunci dan barang hiasan. Tempurung kelapa juga boleh digunakan untuk membakar ikan.
Daun Pokok Kelapa
Selain digunakan sebagai sarung ketupat, lidi dari daun kelapa juga dijadikan penyapu bagi menyapu di kawasan halaman rumah dan luar rumah.
Rujukan: https://www.mywilayah.com/2020/12/kegunaan-pokok-kelapa.html
Buah pisang adalah sejenis buah yang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kita. Sebut sahaja nama buah ini, pasti dikenali oleh setiap peringkat umur dan masyarakat. Buah pisang berasal dari genus Musa dan keluarga Musaceae. Pisang mempunyai kulit yang berwarna hijau atau kuning bergantung kepada jenis dan tahap kematangan buah tersebut dan mempunyai isi yang berwarna putih kekuningan.
Oleh kerana buah pisang mengandungi kandungan kalium yang tinggi, ianya mampu untuk menurunkan tekanan darah. Kalium merupakan mineral yang akan menyebabkan saluran darah untuk mengembang lalu menurunkan tekanan darah. Selain itu, kandungan natrium di dalam buah pisang juga sangat rendah dan sangat sesuai untuk diambil oleh pesakit hipertensi
Tahukah anda bahawa buah pisang mampu untuk mencegah masalah sembelit ataupun kesukaran untuk membuang air besar. Hal ini kerana kandungan serat yang tidak terlarut yang terdapat di dalamnya seperti cellulose, hemicellulose dan alpha-glucans. Serat tidak terlarut adalah serat yang tidak akan tercerna oleh badan lalu akan menyumbang kepada penambahan isipadu najis lalu mencegah sembelit.
Rujukan: https://rootofscience.com/blog/2021/kesihatan/pemakanan/khasiat-buah-pisang-terhadap-kesihatan/
Betik adalah sumber vitamin C yang sangat baik, dan sebiji buah ini yang bersaiz sederhana menyediakan 224 peratus pengambilan harian yang disyorkan
Selain itu ia juga mempunyai vitamin B, alpha dan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, vitamin E, kalsium, kalium, vitamin K, dan lycopene, antioksida yang paling kerap dikaitkan dengan tomato.
Sebatian enzim tertentu buah ini boleh membantu tubuh memecah dan menggunakan protein dengan betul.
Selain itu ia juga mempunyai vitamin B, alpha dan beta-karoten, lutein dan zeaxanthin, vitamin E, kalsium, kalium, vitamin K, dan lycopene, antioksida yang paling kerap dikaitkan dengan tomato.
Rujukan:
https://www.themalayapost.my/khasiat-buah-betik-untuk-kesihatan-dan-kecantikan-kulit/
Jagung dapat menjaga kesihatan Pencernaan dan Mengurangkan risiko buasir. Jagung memiliki kandungan serat yang cukup tinggi. Justeru, ia dapat membantu mencegah sembelit atau buasir. Ini kerana serat yang tinggi akan membantu pembuangan air besar dengan lancar.
Kaya Mineral
Mineral penting untuk tubuh badan seperti Fosforus, magnesium, mangan, seng, zat besi dan tembaga juga didapati terkandung di dalam jagung. Fosforus sangat penting untuk mengatur pertumbuhan, kesihatan tulang dan fungsi ginjal. Ginjal yang sihat akan menjamin kesihatan semua organ
tubuh. Ini kerana ginjal merupakan organ untuk menyaring darah yang akan disalurkan ke seluruh tubuh. Dengan ginjal yang sihat, proses penyaringan dapat bekerja dengan baik sehingga darah hasil penyaringan menjadi baik untuk disalurkan ke seluruh tubuh. Jagung juga mengandungi mineral seperti selenium yang sukar ditemui dalam bahan makanan lain.
Antioksidan
Menurut kajian yang dilakukan di Cornell University, jagung merupakan sumber yang kaya antioksidan yang melawan radikal bebas penyebab kanser. Manfaat antioksidan sememangnya terbukti mengurangi kanser di dalam tubuh. Justeru, jagung yang mengandungi antioksidan ini sememangnya baik untuk badan. Jagung juga dikatakan memiliki antioksidan yang mampu mencegah terjadinya proses penuaan dengan cepat.
Rujukan:
https://www.bharian.com.my/hujung-minggu/sihat/2021/04/808679/berpuasa-rehatkan-sistem-pencernaan
Pokok durian belanda adalah merupakan tumbuhan yang berasal dari benua Amerika, Caribbean dan Afrika. Ia dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu ketika era penjajahan Barat. Buah yang berduri ini mempunyai isi putih dan biji coklat bersaiz sederhana besar dengan keunikan rasa yang tersendiri. Ia telah ditanam secara komersial dan meluas di Asia untuk dijadikan pelbagai produk makanan dan minuman.
Setiap bahagian durian belanda didapati mempunyai kelebihan tersendiri. Daun durian belanda dapat membantu sakit kerongkong manakala akarnya dipercayai boleh membantu mengurangkan gejala kencing manis.
Minyak yang terhasil daripada daun atau buahnya yang masih muda sekiranya dicampurkan dengan minyak zaitun dapat digunakan untuk mengatasi masalah sakit sendi dan sengal-sengal badan.
Kulit pokok durian belanda dipercayai dapat membantu pesakit jantung, masalah batuk dan mungkin mengembalikan kesuburan pasangan yang sukar mendapatkan zuriat.
Selain itu, jus buah durian belanda kini banyak dijual dalam bentuk tin dan kotak. Jus yang dihasilkan daripada buah durian belanda boleh diminum untuk membantu meredakan demam, membunuh cacing (masalah biasa bagi kanak-kanak) dan sebagai ubat cirit-birit.
Rujukan:
https://hellodoktor.com/pemakanan/fakta-nutrisi/durian-belanda-bolehkah-cegah-kanser/
Pegaga kaya dengan pelbagai zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamin A dan Vitamin C. Amalan memakan daun pegaga dipercayai boleh mengekalkan awet muda serta mengelakkan masalah kegemukan.
Pegaga banyak terjual di pasar terutamanya di pasar tani dan sering dimakan sebagai ulam. Daun pegaga juga boleh dibuat tonik untuk menyihatkan badan dan mengurangkan panas badan.
Di India, pegaga diguna dalam perubatan tradisional sebagai tonik yang dapat menguatkan daya ingatan dan mengubat penyakit nyanyuk. [perlu rujukan] Dalam perubatan tradisional Cina, pegaga digunakan untuk antaranya untuk mengubati selsema, sakit kuning dan penawar untuk keracunan cendawan dan gigitan ular.
khasiat lain pegaga :
penawar alahan
merawat asthma dan sesak nafas
merawat jangkitan paru-paru
merawat kegusaran dan kegigilan
anti kanser
melawaskan air kencing dan membantu merawat buah pinggang
penawar batu karang
penawar kencing berdarah
Rujukan:
https://dayangjack.blogspot.com/2009/02/khasiat-pegaga.html
Biji selasih dalam perkara ini mengandungi banyak nutrien pekat seperti karbohidrat, vitamin, mineral, lemak dan serat untuk penggunaan yang sangat baik sebagai pelega masalah pencernaan herba, sakit tekak, sembelit dan cirit-birit.
Mengawal tahap gula dalam darah
Bertindak untuk mengawal gula dalam darah tinggi di kalangan mereka yang membangunkan diabetes jenis 2. Menurut beberapa kajian perubatan, biji selasih boleh membantu melindungi kandungan gula dalam darah sentiasa stabil.
Membantu kebuluran
Biji selasih Sangat bagus diberikan kepada mereka yang telah melakukan diet kerana sebahagian untuk membantu menjaga kelaparan.
Membantu insomnia
Avail biji selasih baik untuk mengurangkan kebimbangan atau insomnia. Bagi mereka yang mengalami kegelisahan sangat berlebihan atau insomnia, sangat baik dengan cara kerap memakan kebanyakan biji selasih atau makanan / minuman mempunyai benih bahan selasih asas. Kerana benih selasih mempunyai menenangkan.
Merangsang penyerapan, meningkatkan aliran darah, melegakan sawan pesakit, demam, sebagai pembersih toksin dan meningkatkan daya tahan.
Rujukan https://apacerita.com.my/biji-selasih-sangat-berkesan/
Daun dan batang pokok ulam raja ini didapati mengandungi pelbagai jenis kimia asid fenolik, flavonoid, tanin, karotenoid, sterol dan saponin antara lainnya.
Ulamnya mempunyai keupayaan antioksida (AEAC) yang amat tinggi, iaitu setiap 100 gram ulam yang segar mempunyai keupayaan antioksida yang sama dengan 2,400 miligram L-asid askorbik. Melebihi dua puluh jenis bahan antioksida telah dikenal pasti dalam ulam raja. Bahan-bahan antioksida yang utama disebabkan oleh kehadiran sebilangan proantosianidin yang wujud sebagai dimer, melalui heksamer, kuersetin glikosida, asid klorogenik, asid neoklorogenik, asid kripto-klorogenik, serta penangkap (+)-. Keupayaan ulam raja untuk mengurangkan tekanan oksidatif mungkin sebahagiannya terdiri daripada kandungan antioksidanya yang tinggi.
Rujukan:
Komponen ubat yang terdapat di dalam bunga raya adalah vitamin C dan mineral. Sebatian polifenol dalam daun bunga raya diketahui mengandungi sifat antiradang.
Malah, ia dipercayai menyembuhkan penyakit seperti kehilangan rambut dan rambut beruban.
Untuk rawatan rambut semula jadi dengan bunga raya, bunga-bunga itu dikeringkan, dijadikan serbuk halus dan dicampurkan dengan air untuk disapu pada kulit kepala.
Selain itu, sejak dahulu lagi, bunga raya telah digunakan dalam budaya berbeza sebagai ubat untuk merawat pelbagai keadaan. Contohnya, orang Mesir menggunakan teh bunga raya untuk menurunkan suhu tubuh, merawat penyakit saraf dan jantung, dan penggunaan yang terbaik adalah sebagai diuretik. Oleh sebab kesan penyejukan teh bunga raya, demam juga boleh dikurangkan. Manakala di Afrika, kegunaan bunga raya popular dalam rawatan penyakit hati, simptom sejuk dan sembelit. Bunga raya telah dipopularkan sebagai bunga yang sihat dan juga digunakan sebagai ubat dalam rawatan menopause. Pulpa atau jus yang diperbuat daripada daun ini boleh merawat luka kulit. Ini adalah salah satu faedah teh bunga paling terkenal di seluruh dunia.
Rujukan:
https://hellodoktor.com/herba/ubatan-herba/manfaat-bunga-raya-terhadap-kesihatan/
Pokok bangun-bangun atau dikenali juga dengan ati-ati hijau biasa ditanam sebagai ulaman dan penyedap rasa dalam masakan.Pucuk mudanya dijadikan ramuan untuk sambal tempoyak. Ia juga dijadikan ramuan untuk nasi ulam.
Bangun-bangun senang membiak melalui keratan batang dan daun.Medium pilihan ialah tanah gembur yang mempunyai pengaliran air yang baik dan terdedah kepada cahaya matahari.
Bangun-bangun terkenal dalam perubatan melayu dan cina terutamanya untuk menjadi penawar kepada batuk,mual-mual , sakit kepala dan masalah pencernaan. Caranya sehelai daun bangun-bangun diseduh dengan air panas dan dimasukkan sedikit gula batu sebelum di minum.Jusnya pula boleh dijadikan ubat untuk asma, batuk dan bronkitis.
Daunnya yang dilumatkan dapat menjadi penawr gigitan serangga bisa dan kulit melecur dengan cara menampal daun lumat yang telah menjadi seperti pes pada bahagian yang terlibat.
Bangun-bangun mengandungi air, gula, karbohidrat, serat, mineral, vitamin, alkoloid, musilaj (lendir), polifenol, saponin, glikosida flavonol, vitamin C, vitamin B1, vitamin B2, beta karotin, niasin, karvakrol, kalsium, lemak, protein, dan minyak volatil.
Ia dimakan bagi melancarkan pengaliran darah yang tidak lancar, merawat sembelit, asma, haid bermasalah, kencing bernanah, sakit kepala (migrain), sakit perut, batuk, pelbagai penyakit kulit, gastrik dan buasir. Ia juga dimakan bagi meningkatkan selera makan, daya imunisasi badan, kesan awet muda dan mendapatkan kesan antioksidan.
Membantu mengubati Batuk, Asma atau Sakit Kepala. caranya rebuskan dulu daun bangun bangun ini untuk mendapatkan ekstraknya sebelum diminum sebagi jus atau tonik. Orang yang pitam juga boleh dikejutkan dengan menyuakan ramasan daun tadi kepada mereka.
Rujukan: http://spmodels.net/nature/khasiat-pokok-bangun-bangun/
Ros Jepun merupakan sejenis tumbuhan hiasan yang digemari ramai kerana bunganya yang menarik dan penjagaannya yang mudah. Ia merupakan sejenis tumbuhan herba yang merayap dan menyukai tanah yang poros dan bersaliran baik. Ia mudah membiak melalui jalaran akar dan boleh dibiakkan melalui keratan batang. Ia akan mengeluarkan bunga yang banyak jika mendapat pendedahan sepenuhnya kepada cahaya matahari. Daunnya berwarna hijau tetapi akan bertukar menjadi keperangan jika mendapat cahaya matahari yang berlebihan.
Dari segi rawatan sebenarnya pokok ini boleh digunakan untuk memberi rawatan rigan. Dimana daunnya boleh digunakan untuk merawat luka ringan dengan cara dihancurkan dan ditampal pada bahagian yang luka
Rujukan:
http://www.mahamahu.com/2011/04/bunga-ros-jepun-ada-kesan-radiasi.html