KENALI KEBUN BANDAR SUNGAI BUNUS

LATAR BELAKANG

  • Sungai Bunus adalah sungai sepanjang 9 kilometer yang melalui kawasan pesat membangun seperti Kampung Baru, Titiwangsa, Setapak Jaya dan Wangsa Maju menjadikan Sungai Bunus antara lokasi lanskap semulajadi yang strategik di ibu kota negara ini.

  • Kumpulan projek ROL (River of Life) Sungai Bunus selari dengan usaha Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21 KL) di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan kebun. LA21 KL membantu dalam membina perkongsian antara Dewan Bandaraya itu sendiri dan komuniti dengan semua NGO, sektor swasta dan awam serta pelbagai agensi untuk memperkukuh dan meningkatkan strategi penglibatan komuniti di sekitar kawasan sungai ini sebagai satu usaha bagi memupuk muafakat dan semangat kejiranan di kawasan terlibat.

  • Kebun Bandar juga merupakan aktiviti pertanian yang dijalankan di kawasan perumahan atau komuniti yang merupakan satu usaha menggalakkan pengeluaran makanan tempatan dan menjadi sumber untuk bekalan hasil pertanian bagi kegunaan sendiri atau dijual bagi meningkatkan ekonomi komuniti di sesuatu kawasan. Selain itu, ini merupakan langkah yang boleh dilaksanakan bagi menghijau dan mengindahkan kawasan persekitaran.


  • Kawasan tapak Kebun Bandar Sungai Bunus ini terletak di pinggir kolam tadahan banjir Sungai Bunus dengan anggaran keseluruhan kawasan seluas 0.7 ekar. Jabatan Parit dan Saliran (JPS) telah membuka taman rekreasi dan membina trek untuk berjoging dan berbasikal di sekitar kawasan di mana kolam tadahan banjir dibina. Laluan masuk ke lokasi adalah melalui Jalan Termerloh, Jalan BERNAMA dan Lorong Gurney.



OBJEKTIF


  • Menjadikan kawasan tebing Sungai Bunus sebagai satu kebun bandar dengan hasil kerjasama pemegang taruh LA21 KL.

  • Menerapkan unsur-unsur pendidikan di dalam setiap jenis penanaman atau aktiviti di kebun

  • Menjayakan aktiviti di kebun bandar secara gotong royong bersama pemegang taruh dan orang awam




PELAN LOKASI

" KEBUN BANDAR - KEBUN SAYUR, KEBUN HERBA,KEBUN UKHUWAH, KEBUN ILMU, KEBUN KELUARGA”, KEBUN HATI, KEBUN IBADAH"