TABUNG KEBAJIKAN AM
TABUNG KEBAJIKAN AM
Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad (KGMB) telah mewujudkan Tabung Kebajikan Am (TKA) yang bertujuan membantu dan memberi sumbangan kebajikan kepada anggota sebagai insentif, galakan serta bantuan kepada anggota-anggota yang memerlukan. TKA ini diwujudkan di bawah undang-undang kecil (UUK)54.(1)(i) Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad.
TKA bertujuan
Membantu perbelanjaan mengurus kematian anggota, suami/isteri, anak dan ibu/bapa anggota.
Membantu anggota yang mengalami sakit kronik.
Membantu anggota akibat bencana alam.
Sumbangan kepada anggota dan anak anggota yang berjaya dalam pelajaran.
Kategori Sumbangan
Kematian
Penyakit Kronik
Bancana Alam
Dermasiswa Pelajaran
Kelayakan Memohon
Kematian
Permohonan daripada anggota atau waris anggota bagi maksud kematian anggota, isteri/suami anggota, anak anggota dan ibu/bapa anggota.
Waris anggota yang meninggal dunia hendaklah memohon sumbangan ini dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kematian.
Bagi kematian anggota yang mempunyai isteri lebih daripada seorang, sumbangan hanya akan diberi kepada penama berdaftar dengan KGMB.
Dalam keadaan dimana suami/isteri adalah anggota KGMB, maka kedua-duanya adalah layak memohon sumbangan TKA.
Jika anak anggota yang meninggal dunia, di mana bapa dan ibu adalah anggota KGMB maka kedua-duanya layak memohon.
Dokumen yang diperlukan bagi tujuan proses tuntutan :
Sijil kematian anggota/pasangan/anak/ibubapa
Sijil Nikah/ Kad Pengenalan Waris/ Sijil Mati/ Surat Beranak
Surat permohonan (surat iringan)
Nota : Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kejadian/peristiwa berkenaan
Penyakit Kronik
Permohonan hanya bagi anggota yang ayak sahaja iaitu yang memerlukan rawatan berterusan.
Sumbangan hanya sekali sahaja
Dokumen yang diperlukan bagi tujuan proses tuntutan :
Surat pengesahan sakit kronik daripada doktor kerajaan yang disahkan
Surat pengesahan majikan
Surat permohonan (surat iringan)
Nota : Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kejadian/peristiwa berkenaan
Bencana Alam
Dokumen yang diperlukan bagi tujuan proses tuntutan :
Salinan laporan polis yang disahkan
Surat pengesahan majikan
Gambar kejadian
Surat permohonan (surat iringan)
Nota : Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh kejadian/peristiwa berkenaan
Dermasiswa Pelajaran
Anggota yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah pertama di IPTA/IPTS yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan syarat:-
i) telah menjadi anggota KGMB selama dua (2) tahun berturut-turut.
ii) mengemukakan salinan surat tawaran memasuki IPTA/IPTS yang disahkan oleh majikan.
iii) program ijazah pertama sahaja.
Anggota memperoleh ijazah pertama setelah menamatkan pengajian di IPTA melalui program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) atau seumpamanya yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan syarat:-
i) mengemukakan surat tawaran "lantikan Kategori DG41" atau yang setaraf dengannya daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.
ii) telah menjadi anggota KGMB selama dua (2) tahun berturut-turut.
iii) program ijazah pertama sahaja.
Anggota memperoleh ijazah sarjana/master setelah menamatkan pengajian di IPTA/IPTS yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan syarat:-
i) mengemukakan surat pengesahan ijazah sarjana/master yang disahkan.
ii) telah menjadi anggota KGMB selama dua (2) tahun berturut-turut.
Anggota memperoleh ijazah doktor falsafah (PhD) setelah menamatkan pengajian di IPTA/IPTS yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan syarat:-
i) mengemukakan surat pengesahan ijazah PhD yang disahkan.
ii) telah menjadi anggota KGMB selama dua (2) tahun berturut-turut.
Anak anggota melanjutkan pelajaran ke IPTA/IPTS yang diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Kerajaan Malaysia dalam atau luar negara dengan syarat:-
i) mengemukakan salinan surat tawaran kemasukan ke IPTA/IPTS yang disahkan
ii) program pengajan peringkat Ijazah sahaja.
iii) permohonan dalam tempoh 12 bulan.
Anak anggota mencapai kecemerlanga dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan syarat:-
i) mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan
ii) permohonan dalam tempoh 12 bulan.
iii) memperolehi pencapaian 4A
Anak anggota mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan syarat:-
i) mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan
ii) permohonan dalam tempoh 12 bulan.
iii) memperolehi pencapaian 7 Muntaz.
Anak anggota mencapai kecemerlangan dalam Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan syarat:-
i) mengemukakan salinan keputusan peperiksaan yang disahkan
ii) permohonan dalam tempoh 12 bulan.
iii) memperolehi pencapaian gred A dalam 7 mata pelajaran termasuk kepujian Bahasa Melayu
Dokumen yang diperlukan bagi tujuan proses tuntutan :
Salinan surat tawaran ke universiti yang disahkan.
Salinan Ijazah/Sarjana/PhD yang disahkan.
Salinan Kad Pengenalan/ Sijil Kelahiran/ Resit Pembayaran Yuran/ Kad Pelajar yang disahkan.
Salinan Keputusan SPM/STPM/STAM yang disahkan.
Nota : Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 12 bulan selepas keputusan rasmi dikeluarkan