Sejarah Penubuhan

Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad atau lebih dikenali dengan nama "KGMB" telah didaftarkan dengan rasminya di Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia pada 24 April 1967 dengan nombor pendaftaran 4320. Fungsi utama KGMB adalah pembiayaan kredit. Keanggotaan koperasi adalah terdiri dalam kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia dan meliputi pelbagai kaum di seluruh Semenanjung Malaysia.

Idea awal penubuhan KGMB bermula di sekitar tahun 1961 oleh sekumpulan guru-guru yang prihatin terhadap masalah kewangan yang timbul dalam kalangan warga pendidik Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah Kebangsaan Brickfields (1) Kuala Lumpur menjadi lokasi pertama bagi Jawatankuasa Penaja bagi menggerakkan langkah penubuhan dengan mengadakan promosi dan kempen keanggotaan di sekitar sekolah-sekolah Kuala Lumpur dan Selangor.

KGMB ditubuhkan adalah bertujuan untuk :-

Sepanjang tempoh penubuhannya, KGMB telah beroperasi dengan menyewa pejabat di beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur seperti :-

mulai Disember 1987, Pejabat KGMB telah berpindah ke bangunan sendiri iaitu di No.88, Wisma KGMB, Jalan Dato' Haji Eusoff, Kompleks Damai, Kuala Lumpur. Berkat dari usaha gigih dan komitmen barisan Ahli Lembaga Koperasi yang telah dilantik beserta dengan sokongan padu para anggota sejak dari penubuhannya, KGMB telah berjaya menjadi sebuah koperasi guru yang berkembang pesat dan berdaya maju serta dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada anggota berpaksikan motto "Kemurnian Gandingan Matlamat Bersama".

Dalam meningkatkan pendapatan koperasi bagi menjana keuntungan bagi anggota, KGMB telah mempelbagaikan aktiviti kredit. Bermula tahun 2010, Skim Pembiayaan Khas RM50 000.00 tanpa penjamin dengan caj perkhidmatan sebanyak 4% diperkenalkan bagi kemudahan anggota. Disamping itu, KGMB telah melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan saham.

KGMB kini mempunyai aset tetap iaitu Bangunan KGMB 1 dan 2, Lot Kedai di Wisma Central, Jalan Ampang dan World Wide Business Park, Shah Alam dan pada 22 Ogos 1993, KGMB telah menyambut Perayaan Jubli Perak dan dirasmikan oleh YB Dato' Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar,  Menteri di Jabatan Pendana Menteri dan Undang-Undang. Pada majlis tersebut juga dilancarkan Logo KGMB yang digunakan sekarang.

Bagi menjamin kemaslahatan anggota pula, KGMB telah mewujudkan Skim Tabung Kebajikan AM melalui sumbangan bulanan anggota sebanyak RM10.00 merangkumi sumbangan kematian anggota, suami/isteri, anak dan ibu/bapa serta penyakit kronik dan bencana alam. Bagi anggota dan anak yang cemerlang dalam pelajaran, Dermasiswa akan dikeluarkan sebagai tanda penghargaan di atas kejayaan mereka. 

Kenggotaan KGMB telah lebih daripada 10000 keanggotaan berkat daripada tindakan ALK yang berjaya menggunakan strategi dalam memastikan KGMB terus releven dalam aktiviti koperasi.


Eksekutif pengurusan tertinggi KGMB sejak tahun 1967 

Pengerusi


Setiausaha

Bendahari