Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT, dengan limpah kurnia dan izinNya, dapat kita menyambut Tahun Baru Hijrah 1446. Kami ALK KGMB mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1446 kepada semua kepada muslimin dan muslimat sekalian, khususnya Warga KGMB.

 

Sambutan Awal Muharam yang kita peringati setiap tahun menandakan awal tahun Hijrah yang mempunyai banyak pengertian bagi umat Islam. Hijrah Rasulullah S.A.W. dari Kota Mekah ke Madinah adalah satu rancangan strategik yang disusun bagi menjamin keselamatan dan kemenangan Islam dalam usaha mempertahankan agama Allah. Banyak nilai2 murni yang boleh dipelajari daripada peristiwa hijrah tersebut. Penghijrahan ini antara lain mengajar kita tentang perjuangan Rasulullah S.A.W. yang berasaskan prinsip-prinsip ikhtiar, sabar, istiqamah, dan redha; selaras dengan nilai murni yang diterapkan oleh agama Islam.

 

Hijrah Rasulullah S.A.W. jug disifatkan sebagai suatu usaha bermula penerapan nilai nilai transformasi dalam menjanakan kemajuan umat Islam. Peristiwa Hijrah memberi banyak pengajaran kepada umat Islam dalam menghadapi berbagai cabaran dalam memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas.

 

Islam melarang sama sekali umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan rezeki datang menggolek tanpa berusaha. Dengan itu saya menyeru agar semua anggota KGMB berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakan pembangunan organisasi yang kita cintai ini dan juga mengembleng tenaga utk memajukan ekonomi negara melalui pelbagai usaha meningkatkan ekonomi yang bersesuaian dengan nilai-nilai murni Islam

 

Justeru itu marilah kita berdoa semoga kita semua yakni anggota koperasi KGMB menambil usaha utk memperbaiki azam dan meningkatkan sikap berusaha utk berdaya maju. “Bulat Air Kerana Pembetung, Bulat Manusia Kerana Muafakat” Marilah kita bersama-sama meneraju perubahan demi melihat Islam cemerlang dan terbilang di masa hadapan.

Sekian.Wabillahi taufik walhidayah, wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Anggota Lembaga Koperasi

Koperasi Guru-Guru Malaysia Berhad
KGMB