Konsep utama yang digunakan dalam eksperimen ini adalah konsep daya dan gerakan II (Bab 1 Fizik Tingkatan 5) serta keseimbangan. Apabila suatu objek yang pegun dikenakan dua daya yang magnitudnya sama pada arah yang bertentangan, objek itu akan kekal dalam keadaan pegun. Seandainya, dua daya yang bertentangan bertindak dengan magnitud yang berbeza, objek itu akan bergerak pada arah daya yang lebih besar. Situasi ini dipanggil sebagai Daya Paduan.
Daya paduan ialah daya tunggal yang mewakili jumlah secara vektor dua atau lebih daya yang bertindak ke atas sesuatu objek. Dalam eksperimen ini, botol dengan jumlah jisim yang tertentu dapat ditampung oleh seutas tali tersebut adalah kerana botol berada dalam Keseimbangan Daya. Objek berada dalam keseimbangan daya apabila daya paduan yang bertindak ke atas objek adalah SIFAR.
Daya paduan W dan N ialah sifar. Dalam gambar rajah 5 botol berada dalam keseimbangan daya. Terdapat tiga daya yang bertindak ke atas botol. Hal ini boleh diwakili oleh segi tiga daya. Segi tiga daya boleh dilukis untuk menunjukkan keseimbangan daya suatu objek yang ditindak oleh tiga daya. Magnitud ketigatiga daya diwakili oleh panjang sisi sebuah segi tiga dan dilukis secara berturutan pada daya-daya tersebut.
Tiga daya, W, N dan F di bawah adalah eksperimen botol ini berada dalam keseimbangan. Maka, tiga daya itu mengikut turutan membentuk segi tiga. Bagi eksperimen ini, segi tiga daya boleh dilihat dari sisi botol.