Embedded Files
BADAN PEERS KAUSELOR SESI 2025

PROGRAM KERJAYA 

SIRI WEBINAR KERJAYA 2023: PERSEDIAAN TEMUDUGA

Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan program bersama PERKESO TEMERLOH:

Penyediaan Resume

Tips Temuduga

Pendaftaran Portal MYFutureJobs

Perkongsian Alumni UiTM

Soal Jawab Peserta.

Berikut adalah butiran program :

Tarikh: 10 Jun 2023 (Sabtu)

Masa: 10.30 a.m. - 4.30 p.m.

Platform: Cisco Webex Meeting

Pautan : https://uitm.webex.com/meet/mdnaim

Wajib kepada pelajar semester akhir sesi Mac 2023 - Ogos 2023.

Terbuka kepada semua pelajar yang berminat.

Pelajar yang berminat untuk sertai program perlu untuk membuat Pra-Pendaftaran Kursus di https://forms.gle/ngiHK8GZq8mk5bLM6 sebelum 8 Jun 2023 (Khamis).


Temuduga Terbuka MYFutureJobs dan Khas OKU

Tarikh: 17 Jun 2023 (Sabtu)

Masa: 9 Pagi - 5 Petang

Tempat: Bangunan Fast Track UiTM Jengka Pahang

Anjuran bersama: PERKESO Pahang, PJI & Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Terbuka kepada orang awam dan sekitar Jengka, pelajar semester akhir, alumni dan khas OKU.

Pra pendaftaran: https://bit.ly/MFJkhasOKUDuitm23

Sila bawa pen, resume & berpakaian kemas

Setiap calon perlu layari www.myfuturejobs.gov.my untuk maklumat lebih lanjut mengenai jawatan kosong serta membuat permohonan pekerjaan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Nadzlin: 019-3413528 atau Cik Nabila: 019-6416029. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Ketua Pusat Pengajian

UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

YBhg Datuk/Dato'/Prof/Dr/Encik/Puan/Cik,

PROGRAM WEBINAR KERJAYA SEMESTER AKHIR 2023 BERSAMA VICTORY INSPIRE BILLIONAIRES (VIB)

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Kerjaya & Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan Program Webinar Kerjaya Semester Akhir 2023 bersama Victory Inspire Billionaires (VIB) seperti maklumat berikut :

Tarikh : 12 Mei 2023 (Jumaat)

Masa : 8.30 malam - 10.30 malam

Platform : Zoom Meeting: https://us06web.zoom.us/j/82329370149...

3. Sehubungan itu, mohon kerjasama dari pihak tuan/puan untuk membuat hebahan kepada pelajar-pelajar semester akhir sesi Mac - Ogos 2023. Kehadiran pelajar semester akhir adalah diwajibkan dan terbuka kepada pelajar-pelajar yang berminat untuk menyertai.

4. Pelajar-pelajar dikehendaki menyertai group telegram bagi membuat pengesahan pra-kehadiran di pautan berikut : https://t.me/+GeJFwVQcvBxkMGZl sebelum 11 Mei 2023 (Khamis).


16 Mac 2023 (KHAMIS)

Alhamdulillah Unit Kerjaya dan Kaunseling telah di jemput menyampaikan ceramah bertajuk Kenali Personaliti Anda dan Pengurusan emosi yang telah disampaikan oleh:

Puan Anita binti Abu Kassim

Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Tempat: Masjid Uwais A-Qarni

Kehadiran: Seramai 169 peserta yang terdiri daripada anak kakitangan UiTM Cawangan Pahang dan komuniti setempat telah mengikuti program ini.

Objektif program ini adalah:

1. Mendidik anak-anak untuk sayangi masjid.

2. Memenuhkan waktu cuti sekolah anak-anak dengan program yang bermanfaat seperti memanah, berkuda, semai kehidupan,LDK dan ceramah.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg Prof Ts Dr Mohd Ilham bin Adenan, Rektor UiTM Cawangan Pahang.

#UkkUiTMPahang

#UkkVibes


Pada 20/1/2023 (Jumaat) Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah dijemput mengendalikan 1 slot dalam Bengkel Pemantapan MPP Sesi 2022/2023 UiTM Cawangan Pahang. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah Icebreaking, Saringan Status Minda Sihat (SSKM) dan Inventori The Big Five Personality (O.C.E.A.N) kepada MPP baharu. Semoga MPP baharu dapat menjalankan tugas dengan cemerlang sekaligus memberi manfaat kepada seluruh warga UiTM Cawangan Pahang. 

PROGAM KAUNSELING 


Psychology Days: Break The Stigma

Ingin mengetahui gaya bercinta anda?

Ingin mengetahui personaliti warna anda?

Ingin menghilangkan stress?

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Badan PEER Kaunselor (PEERS) dengan kerjasama Unit Kerjaya dan Kaunseling akan mengadakan program seperti ketetapan yang berikut:

Tajuk : Psychology Days: Break The Stigma

Tarikh : 14 Jun 2023 - 16 Jun 2023

Tempat : Blok Komunel

Program ini bertujuan untuk memberikan penekanan kepada para mahasiswa tentang kepentingan menjaga kesihatan mental Dan fizikal.

Pelbagai aktiviti menarik yang akan diadakan sepanjang program berlangsung seperti:

Permainan Psikologi

Ujian Psikologi

Movie Night

Pameran "Psychology Arts"

Semua mahsiswa UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dialu-alukan untuk datang dan memeriahkan lagi program ini.



PSYCHOLOGY TALK : "CHANGE OUR MINDSET"

Adakah anda mempunyai negative mindset?

Apakah tips untuk menjadi seorang yang berfikiran positif?

Bagaimanakah anda untuk megubah perspektif diri sendiri dan orang lain?

Dan pelbagai lagi persoalan bakal dirungkai bersama kami!

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Peer Kaunselor (PEERS) denagn kerjasama Unit Kerjaya Dan Kaunseling UiTM Pahang Kampus Jengka akan mengadakan "Psyschology talk" yang bertajuk "CHANGE OUR MINDSET" bersempena dengan program "Psychology Days" pada ketetapan berikut:

Tarikh: 15 JUN 2023

Masa: 9 malam - 10 malam

Platform: Youtube Live (uitm peers jengka)

Malah, kami turut menjemput moderator dan panel jemputan yang hebat sepanjang program berlangsung.


15 Januari 2023 (Ahad)

Alhamdulillah Unit Kerjaya dan Kaunseling Cawangan Pahang Kampus Jengka telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah dalam Program "Introvert? Extrovert? Guess Who I Am "*

Yang disampaikan oleh:

Puan Anita Binti Abu Kassim

Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Kehadiran: 52 orang Pelajar

4 orang Pensyarah

Butiran program kami adalah seperti berikut:

Tarikh: 15 Januari 2023 (Ahad)

Masa: 8:00 pagi - 1:00 petang

Tempat: Dewan Serbaguna, Kolej Tun Teja, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka

#UkkUiTMPahang


DE-STRESS BY ART

Perhatian kepada semua mahasiswa, sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Badan PEER Kaunselor (PEERS) akan mengajurkan sebuah pertandingan penghasilan karya seni. Tema pertandingan adalah bebas agar para siswazah dapat mengekspresi diri yang tidak dapat diluahkan melalui komunikasi verbal.

Tempoh pertandingan:

8 Januari 2023- 15 Januari 2023 (11.59 pm)

Pautan google form:

https://forms.gle/6Es1be4UUYecKs64A

Buat pengetahuan semua, penghasilan karya seni yang terbaik dan kreatif akan memenangi hadiah berbentuk wang tunaidan karya seni yang dihantar juga bakal dipamerkan sewaktu Hari Psikologi.


PROGRAM PEMBANGUNAN STAF 

PROGRAM STAF: RESILIENSI DI TEMPAT KERJA

Sukacita dimaklumkan kolaborasi bersama Bahagian Infostruktur ICT & Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka akan mengadakan Program Staf yang bertajuk "Resiliensi di Tempat Kerja". Maklumat program adalah seperti berikut:

Tarikh: 25 JULAI 2023 (Selasa)

Masa: 9:30am -11:30am

Tempat: Dewan A-Biruni 2

Peserta: 16 Orang 

Objektif program: Meningkatkan kesejahteraan diri dan emosi staf melalui pendedahan ilmu berkaitan psikologi dan kaunseling.

Sasaran: Staf bahagian Infostruktur ICT UiTM Jengka.

Penceramah: En. Muhamad Naim bin Haji Jamaludin (Pegawai Psikologi Kanan).

Bengkel ABM Skim S Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang.

Tarikh: 31 Julai - 2 Ogos 2023

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang telah mengadakan Bengkel ABM Skim S Pegawai Psikologi peringkat UiTM Cawangan Pahang. Tujuan bengkel diadakan adalah untuk merangka perjawatan khususnya bagi tahun 2025. Berikut merupakan proses perlaksanaan bengkel:

1. Taklimat Bengkel ABM Skim S Pegawai Psikologi peringkat UiTM Seluruh Sistem bersama Pengarah Pusat Kerjaya dan Kaunseling pada 31 Julai 2023. En.Muhamad Naim bin Haji Jamaludin telah menghadiri taklimat mewakili UiTM Cawangan Pahang.

2. Sesi perkongsian kaedah penyediaan ABM Skim S Pegawai Psikologi, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Jengka bersama Ketua Seksyen Psikologi Staf Pusat Kerjaya dan Kaunseling pada 1 Ogos 2023. Turut hadir bersama Ketua Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Negeri Sembilan.

3. Perlaksanaan Bengkel ABM Skim S Pegawai Psikologi UiTM Cawangan Pahang (Jengka dan Raub) pada 2 Ogos 2023.

Staf-staf yang terlibat sepanjang bengkel:

1. Pn. Anita binti Abu Kassim (Pegawai Psikologi Kanan, Kampus Jengka).

2. En. Muhamad Naim bin Haji Jamaludin (Pegawai Psikologi Kanan, Kampus Jengka).

3. Pn. Rosfarhani binti Daud (Pegawai Psikologi Kanan, Kampus Raub).

4. Pn. Yanti Hartini binti Suparno (Pembantu Tadbir Kanan, Kampus Jengka).

Semoga hasil bengkel ini memberi impak kepada Perjawatan Skim S Pegawai Psikologi secara optimum di UiTM Cawangan Pahang khususnya di UiTM Jengka dan Raub bagi tahun 2025.

Khamis | 7 Julai 2023

COUNSELOR TALK: AMAZING ACADEMIC EXCELLENCE

Sukacita dimaklumkan Program Counselor Talk sempena program Amazing Academic Excellence@ UiTM Cawangan Pahang akan di adakan mengikut ketetapan berikut:

Tarikh: 7 JULAI 2023 (Jumaat)

Masa: 2:30pm -4:30 pm.

Tempat: Dewan A-Biruni 1

Objektif program: membantu pelajar dalam meningkatkan tahap pencapaian akademik dan motivasi belajar

Peserta: 208 Pelajar Kampus Jengka dan Raub

Pegawai terlibat:

1. Pn. Anita binti Abu Kassim (Pegawai Psikologi Kanan).

2. En. Muhamad Naim bin Haji Jamaludin (Pegawai Psikologi Kanan).

3. Pn. Rosfarhani Binti Daud (Pegawai Psikologi Kanan).

Sekian, terima kasih.

Unit Kerjaya dan Kaunseling

UiTM Cawangan Pahang

Kampus Jengka

PROGRAM KHIDMAT KOMUNITI 

Program Khidmat Motivasi: Persediaan Minda dan Pengurusan Emosi Atlet Ping Pong ke MSSM.

Tarikh: 14/8/2023 (Isnin)

Masa: 5.00 - 6.30 petang

Tempat: Pejabat Unit Kerjaya dan Kaunseling

Penceramah: En.Muhamad Naim bin Haji Jamaludin, Pegawai Psikologi Kanan

Sasaran: Atlet-atlet Ping Pong Sekolah Projek Perundingan UiTM

Anjuran: Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka.


Sabtu | 27 Mei 2023

 (PROGRAM MOTIVASI (BUILD UP YOUR CONFIDENCE)

Sukacita dimaklumkan Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka dengan Kerjasama Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia akan mengadakan program Motivasi Build Up Your Confidence bersama pelajar semester 5 sesi 1/2023 ADTEC Jerantut pada ketetapan berikut:

 Tarikh: 27 Mei 2023 (Sabtu)

 Masa: 8:30 pagi- 5.00 petang

 Tempat: Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut

Pengisian adalah berbentuk ceramah dan latihan dalam kumpulan bagi persediaan tahun akhir dalam menghadapi dunia pekerjaan sebenar. Antara pengisian adalah:

Penjagaan Kesihatan Mental(Self Love& Confidence)

Get The Job

Role Play For Success



Program Ceramah Komuniti: Minda Sihat Komuniti Sejahtera.

Tarikh: 10 Oktober 2023 (Selasa)

Masa: 7.30 malam

Tempat: Surau Raudhatul Jannah, Taman Jengka Mahkota

Penceramah: En.Muhamad Naim bin Haji Jamaludin, Pegawai Psikologi Kanan 

25 September 2023 (Isnin)

Alhamdulillah Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah menyampaikan maklumat perkhidmatan kerjaya dan kaunseling kepada pelajar-pelajar baharu sempena Minggu Destini Siswa (MDS) 2023. Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk Pengisian:

Pengenalan Unit dan Transisi Pelajar Baharu oleh Pn.Anita binti Abu Kassim (Pegawai Psikologi Kanan).

Peserta: 1800 orang mahasiswa/i

Tarikh: 25 September 2023 (Isnin)

Masa: 11:30am - 12:30Pm

Tempat: Dewan Indera Segara

Semoga perkongsian ini dapat membantu dan memudahkan mahasiswa/i baharu untuk mendapatkan perkhidmatan di Unit Kerjaya dan Kaunseling pada masa hadapan.



9 September 2023 (Sabtu )

Alhamdulillah Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka telah dijemput untuk menyampaikan Ceramah dalam Program : KEM KEPIMPINAN KHALIFAH MUDA

Yang disampaikan oleh:

Puan Anita Binti Abu Kassim

Pegawai Psikologi Kanan

UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Kehadiran:

PELAJAR DARI: Sk Kg PagiSk Kuala SatSk Ulu TembelingSk Bukit Mat Daling, Sk Gusai, Sk Kuala Tahan, Sk Merting, Sk Pasir Durian, Sk cherok paloh, Sk ubai,Sk pulau manis, Sk ganchong, Sk pulau rusa

14. Sk merchong jaya

15. Sk leban chondong

Seramai 198 org pelajar darjah 6 yg terlibat, 36 guru pengiring, 8 org wakil PKNP, 40 org fasilitator.

Butiran program adalah seperti berikut:

Tajuk: Kenali Diri & Personaliti

Tarikh: 9 September 2023 (Sabtu )

Masa: 2:00 petang - 4:30 petang

Tempat: Dewan Al-Biruni 1

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan inspirasi kepada pelajar-pelajar.

24 Oktober 2023

Ceramah Motivasi Diri - Kepentingan Menimba Ilmu sempena Program Kesedaran Kepentingan Pendidikan dan Alam Sekitar Bersama Pelajar Orang Asli, Sekolah Kebangsaan Sungai Kiol, Jerantut (JHEOA)

Tarikh : 24 Oktober 2023 (Selasa)

Masa : 8.30 pagi – 10.30 pagi

Tempat : Bilik Aktiviti Blok Nyatuh, Kolej Mat Kilau 2

Penceramah: Cik Wan Noradila binti Wan Mohd Zain (Timbalan Pegawai Psikologi), UiTM Cawangan Pahang Kampus Jengka

Bilangan pelajar terlibat: 30 orang pelajar sekolah

Anjuran: Pengajian Kejuruteraan Awam, UiTM Cawangan Pahang

#UkkUiTMPahang

#UkkVibes


Page updated
Google Sites
Report abuse