PENGENALAN

PENGENALAN

Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Cawangan Pahang merupakan salah satu unit yang wujud di Bahagian HEP dan diketuai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar. Unit ini dikendalikan oleh tiga orang Pegawai Psikologi dan seorang pembantu tadbir. Unit Kerjaya dan Kaunseling ini bermula di ITM Pahang yang terletak di Taman Gelora Kuantan pada tahun 1993 barulah ianya dipindahkan ke tingkat 4, bangunan pentadbiran UiTM Kampus Jengka. Pada tahun 2007 sekali lagi Unit Kerjaya dan Kaunseling dipindahkan ke Unit Peperiksaan aras bawah Bangunan Pentadbiran. Pada Tahun 2011 Unit Kerjaya dan Kaunseling telah berpindah pula ke Bangunan iLQAM berhampiran Dewan Indera Segara dan sekali lagi secara rasminya Unit Kerjaya dan Kaunseling telah berpindah ke unit baharu yg terletak di Blok Komunal KMK 2 pada tahun 2018 sehingga kini. 


OBJEKTIF UNIT

 

PIAGAM PELANGGAN UNIT KERJAYA DAN KAUNSELING

Bahagian Hal Ehwal Pelajar beriltizam memberikan perkhidmatan dan layanan yang cekap, jujur dan mesra ke arah membina sahsiah berakhlak, holistik dan dinamik melalui :

1. Permohonan untuk sesi kaunseling akan diselesaikan dalam tempoh 15 minit sebelum sesi kaunseling dijalankan bagi klien “walk in”.

2. Klien yang membuat temujanji melalui sistem counseling2u akan diberi maklumbalas dalam tempoh 12 jam.

3. Setiap rujukan baharu (klien dirujuk) akan diberi temujanji dalam jangka masa satu 91) hari waktu bekerja dari Tarikh rujukan.

4. Memastikan 80% klien berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.

KEWAJIPAN PELANGGAN

1. Klien perlu mendaftar dalam sistem counseling2u sebelum mendapatkan perkhidmatan kaunseling.

2. Klien yang gagal datang pada tarikh temujanji atau datang lewat lebih daripada 20-30 minit perlu membuat permohonan semula.