UTHMAN BIN ERTUGRUL

Uthman bin Ertugrul merupakan pemerintah yang agung dan nama beliau sudah tidak asing lagi dalam sejarah Kerajaan Uthmaniyah kerana usaha beliau dalam mengasaskan empayar ini. Dalam bahasa Turki : Osman Gazi atau Osman Bey atau I.Osman atau Osman Sayed II .

Mari kita saksikan video di bawah!

Video: Lightboard Uthman Bin Ertugrul

Dalam mempertahankan wilayahnya daripada serangan Mongol baginda telah mengumpulkan tentera Ghazi untuk mengukuhkan kedudukannya di Anatolia. Kebangkitan kerajaan Turki Uthmaniyah berlaku seiringan dengan kemerosotan Empayar Byzantine.

Sifat-sifat seorang pemimpin yang hebat terserlah dalam diri Uthman bin Ertugrul kerana kebijaksanaan beliau dalam mentadbir kerajaan dan keberanian beliau dalam melawan musuh di medan perang.