IKTIBAR

Alhamdulillah, akhirnya kita sudah sampai ke penghujung topik kita. Bagaimana semua? Adakah anda dapat mengetahui serba sedikit tentang Kerajaan Uthmaniyah?

Seterusnya, marilah kita lihat iktibar yang boleh kita ambil daripada pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah.

Video Powtoon : Iktibar Pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah

Sudah menjadi sunnatullah (Ketetapan Allah) jatuh bangunnya satu-satu bangsa adalah kerana pegangan mereka kepada agama Islam dan bukan kerana kehebatan bangsa dan kaum itu sendiri. Setelah bangsa Arab meninggalkan Islam maka bangkit kaum lain silih berganti membawa obor Islam.

Kini, adalah masa kita untuk menyalakan kembali obor api kebangkitan agama Islam supaya Islam kembali bersinar di seluruh pelusuk dunia. Diharapkan semua dapat mengambil iktibar daripada pemerintahan zaman Uthmaniyah dan menjadikan kisah ini sebagai satu teladan untuk menjadi masyarakat yang lebih maju dan berdaya saing di persada dunia.