Ayah baru balik dari pasar, beli ikan. Ibu mahu masak. Sebagai anak yang baik, kita patut bantu dengan cara bersihkan ikan yang dibeli tadi. Biasanya, kalau ikan kecil, perlu bersihkan sendiri. Pasar hanya tolong potong ikan yang bersaiz besar saja.
Inilah masanya untuk kita tunjukkan skill yang ada.
Tips sebelum bermula :
Alas meja atau lantai dengan kertas surat khabar atau plastik terlebih dahulu supaya mudah untuk bersihkan kemudian.
Boleh juga terus buat di dalam sinki. Ini lagi menjimatkan masa.
Gunakan gunting ikan. Ia lebih selamat berbanding pisau pemotong. Tapi, kalau sudah mahir tidak apa.
Papan pemotong akan membantu pada waktu yang sukar.
Perlu ada sifat sabar yang tinggi. Bayangkan kita seorang doktor di dalam bilik bedah.
Berseronoklah!
Jangan lupa baca Basmalah sebelum bermula.
Berikut langkah-langkah untuk membersihkan ikan. Ikan yang kami bersihkan dalam gambar ialah ikan kerisek. Nota : Ikan kerisek mempunyai sisik yang banyak dan kasar tetapi mudah untuk dibuka. Langkah yang dikongsi hanya bagaimana cara untuk membersihkan dalaman ikan.
Selamat mencuba!
Langkah 1 : Sediakan peralatan yang sesuai.
Langkah 2 : Potong sambungan di antara kedua-dua bukaan insang.
Langkah 3 : Belah dua bahagian tengah atau perut ikan sehingga melepasi sirip bawah. Lebih besar belahan, lebih mudah untuk bersihkan.
Langkah 4 : Buang semua isi di dalam ikan termasuk insang. Jika ada telur ikan, tidak perlulah dibuang sekali.
Langkah 5 : Setelah selesai, bolehlah bilas ikan dengan air mengalir sehingga sisa darah hilang.
Well done!
Basahkan tangan. Basuh dengan sabun secukupnya.
Gosok tapak tangan.
Gosok setiap jari dan celahan jari.
Gosong kuku pada tapak tangan.
Gosok belakang tangan.
Bilas tangan dengan air mengalir sehingga bersih.
Keringkan dengan kain bersih ataupun tisu.
Siap!
Untuk membuat roti sebenarnya sangat mudah. Dua perkara penting yang diperlukan ialah; semangat dan lengan yang kuat. Boleh juga dapatkan bantuan ibu ayah ataupun mesin pembuat roti.
Bahan-bahan asas untuk membuat roti ialah;
Bahan A :
500 gram tepung gandum
2 sudu makan mentega atau marjerin
1 biji telur ayam saiz A
1 sudu teh garam
Bahan B :
11 gram ragi kering
1 gelas air kosong
2 sudu gula kastor
2 sudu susu tepung
Langkah-langkah membuatnya boleh rujuk gambarajah di bawah.
Tips tambahan : Resepi roti ini juga boleh digunakan untuk membuat donut ataupun pau goreng. Inti pau boleh ikut suka masing-masing. Selamat mencuba!
Mula-mula, campurkan Bahan B di dalam sebuah mangkuk.
Gaul kesemuanya sehingga betul-betul sebati. Letak tepi biar mengembang.
Gaul Bahan A di dalam mangkuk yang lain pula. Mangkuk yang lebih besar.
Apabila campuran Bahan B mengembang, masukkan ke dalam mangkuk Bahan A tadi.
Gaul sebati semuanya dan biarkan seketika sehingga kembang dua kali ganda. Setelah kembang, tumbuk-tumbuk supaya tiada poket udara.
Gaul doh roti sehingga menjadi elastik. Masa ni, boleh minta bantuan tenaga tambahan. Buat dalam 20 minit atau lebih.
Setelah itu, bahagikan doh kepada bahagian kecil dan bulat-bulatkan atau bentuk ikut suka hati.
Susun di atas dulang pembakar. Jangan lupa aliskan minyak dulu. Jarakkan dalam 1 cm untuk ruang roti mengembang.
Bakar pada suhu sejitar 180 darjah selsius. Hati-hati semasa guna peralatan elektrik.
SIAP!
Sudah boleh makan cicah kuah kari.
Ini adalah jadual-jadual untuk waktu puasa.