Asalamualaikum hai adakah kawan-kawan bersedia untuk jumpa haiwan yang lawak, hebat dan menakjubkan!
Ok, jom!!😃
Singa tinggal di selatan Sahara dan di barat laut India. Singa ialah sejenis kucing yang besar. 🦁
Singa sebenarnya bukan dari hutan.Asal singa ialah di tempat terbuka savana. Jadi kenapa singa kena panggil 'the king of the jungle"? Singa dipanggil 'the king of the jungle" kerana kekuatan mereka. 🦾
Singa tidak takut apa-apa haiwan, bagaimanapun, singa ada musuh. Musuh singa paling teruk ialah HYENA. Musuh lain bagi singa ialah MANUSIA.
Kerana 'rambut" singa yang cantik itu sangat mahal di pasar gelap. Ini menyebabkan singa menjadi haiwan terancam. 😥
Tetapi bagaimanapun terdapat binatang lebih kuat dari singa.Binatang itu ialah......... Badak air! 🦛
Nak tahu tak kala jengking juga sensitif pada alkohol!! Jangan fikir manusia sahaja mabuk bila minum alkohol, kala jengking akan menyengat diri sendiri sehinga mati walaupun hanya sedikit alkohol. 🍺
Cap jari koala hampir sama dengan cap jari manusia!!! Bayangkan ada kes mencuri dekat zoo koala, macam manalah detektif nak tahu siapa yang curi. Haih koala koala.(*-*) 🐨
Jerung yang kita fikir bahaya ini sebenar tiada tulang. Bagaimana terkejut tak, jerung terdiri daripada kerangka rawan macam telinga kita. Jadi jerung mempunyai daya tahanan tinggi dan juga fleksibel. 🦈
Kalau ingin beli alpaka pastikan anda beli dua, kerana alpaka perlu hidup berkawan. Kalau alpaka hidup berseorangan alpaka boleh sakit atau mati kerana kesunyian.
Haiwan ini mampu untuk menumbuk selaju 23 meter sesaat!! Tumbukan haiwan ini 50 kali ganda lebih pantas dari kelipan mata kita. Bagaimana menakjubkan haiwan ini. Binatang ini boleh melihat warna yang kita tak boleh nampak. Agaknya apa warna itu? Hanya 'dia'tahu. 🦾
Waktu tu kan kita ada cakap tentang badak air lagi kuat dari singa jadi hari ini kita akan bincang tentang badak air.🦛
Jikalau dibandingkan dengan singa dan harimau kumbang, badak air mampu membunuh lebih ramai manusia di Afrika Selatan dengan menggunakan sepasang gigi taring dan memijak mangsa.😲
Kalau singa raja di darat maka badak air raja di laut.🤴 Badak air juga tinggal di tempat terbuka savana. Binatang ini sangat kuat. 🦾 Binatang ini boleh tertidur sewaktu berendam di air.💤
Badak air sangat tidak suka haiwan lain masuk ke kawasan dia.
1.Adakah singa tinngal di hutan?
2.Adakah singa haiwan paling kuat?
3.Adakah singa mempunyai musuh? Siapa?
Kalau mahu beritahu saya jawapan anda boleh beritahu di email hero2ibu@gmail.com
Singa menanda kawasannya dengan air kencing.(Eeuuwww)
Asalamualaikum hai kawan-kawan, pernah tak jumpa kedai tempat rendam kaki dengan ikan?
Ya, ikan ituah ikan Temakang a.k.a kissing fish. Kawan-kawan tahu kenapa nama dia kissing fish? Kerana apabila kawan-kawan letak kaki kawan ikan itu akan cium kaki kawan-kawan. Hahahaha. Ikan Temakang merupakan sejenis ikan dalam keluarga ANABANTIDAE. Saiz ikan itu selalunya 20 cm. Ada banyak jenis ikan Temakang. Kalau kawan-kawan belum pernah cuba, cubalah cari di bandar-bandar terdekat. 😋
Cubalah tengok video kami tentang ikan di sini
Hahhaha sudah bersedia? Kenapakah Ikan Temakang dipanggil KISSING FISH ? Sila jawab ya kawan-kawan.
Jikalau kawan-kawan ingin beritahu saya jawapannya bolehlah beritahu di email hero2ibu@gmail.com.
Asalamualaikum hari ini kita akan bercerita tentang katak. Haiwan ini tidak boleh muntah,kerana jika ia muntah semua organ dia akan terkeluar lalu dia mati. Katak bernafas menggunakan kulitnya untuk bernafas. Terkejutkan? Tapi saya tak suka katak sebab dia berlendir. Kawan-kawan pula bagaimana?
Kawan-kawan tahu tak ada katak bawah dia lutsinar. Nak bukti? Ok. Hah ini dia nama dia Glass Frog. Cantikkan?*Ini di bawah Glass Frog*
Katak ada juga yang beracun. Bagi saya, katak sungguh pelik kerana dia sewaktu berudu tiada kaki tetapi apabila sudah besar ada kaki. Hmm pelik.. Oh ya, katak diatas ni (Glass frog) hanya sebesar jari kita sahaja, sungguh kecil katak ini bukan?
Hari ini, saya akan cerita tentang haiwan yang banyak orang suka. Cuba teka apa? Haiwannya ialah......
Mahu tahu tak ibu negeri Sarawak bernama Khucing. Kucing sangat terkenal di Malaysia. Siapa tidak tahu apa itu kucing..... Ok, kawan-kawan tahu tak kita tak patut memotong misai (yang di tepi mulut kucing) kerana dia menggunakan misainya untuk mengetahui benda sekelilingnya. Kawan-kawan kalau suka kucing jangan pula tak suka bagi bersih najis kucing kalau tak suka lebih baik tidak payah pelihara.