Inilah Kembara Kami.
Kami adalah tiga beradik. Yang paling tua, Alif. Yang kedua, Luqman. Yang paling kecil, Umar.
Alif lahir pada tahun 2009, Luqman pada tahun 2011, Umar pula 2018.
Kami datang dari tujuh sekeluarga termasuk Mama dan Ayah, Kakak Aisyah (sulung) dan adik Hana (keempat) yang selalu feature dalam kebanyakan video Kami. Kami sekeluarga sangat suka mengembara, mencuba banyak perkara baru dan bertemu ramai kenalan baru.
Semua video adalah berkisar tentang apa yang Kami tahu, lihat, baca, belajar dan dengar setiap hari, yang ingin Kami kongsikan kepada semua kawan-kawan dan yang sudi menonton Kami.
Kembara Kami adalah kisah penjelajahan Kami dari satu buku ke satu buku, dari satu jalan ke satu jalan dan dari satu tempat ke satu tempat yang berbeza dan menarik.
Terima kasih kerana menyokong usaha kami ini. Kami berharap agar setiap perkongsian Kami dapat memberi manfaat kepada semua orang.
Kami juga berharap agar Kami dapat berjuang bagi pihak mereka yang sukar mendapatkan pendidikan secara formal, serta kawan-kawan yang kurang bernasib baik dalam menimba ilmu baru.
Doakan ya.
Untuk menonton koleksi video Kami, bolehlah ke laman Youtube Kembara Kami. Jangan lupa LIKE, SUBSCRIBE dan tekan butang loceng untuk notifikasi update terkini.
Channel tersebut adalah dibuat khas untuk kanak-kanak, mengikut polisi yang telah ditetapkan oleh pihak Youtube. Oleh itu, ruangan KOMEN adalah tidak aktif.
Oleh itu juga, untuk sebarang soalan, komen, pendapat dan cadangan, bolehlah terus email ke hero2ibu@gmail.com yang diselia oleh ibu bapa Kami, merangkap penyunting Kami.
Terima Kasih. Terima Kasih. Terima Kasih.
Assalamualaikum. Hai kawan-kawan semua.
Ini adalah blog kami sebagai perkongsian tambahan daripada Channel Youtube Kembara Kami.
Idea untuk memulakan Channel ini apabila kami rasa bosan semasa PKP. Yalah, bosan duduk rumah lagi bagus buat benda bermanfaat. Jadi, Mama pun tolong buatkan channel untuk kami.
Fikir punya fikir, kami pun namakan channel pertama kami ini sebagai Kembara Kami.
Sebelum channel ini muncul lagi, Alif yang selalu minta Mama buatkan channel sebab terpengaruh video kat Youtube. Akhirnya, Mama tunaikan juga hasrat Alif.
Pengisiannya sama macam yang kami kongsi dalam video pertama kami. Masih belum tonton lagi? Boleh klik di sini.
Selamat menonton dan terima kasih kerana menyokong kami.
Kami bermula dengan perkongsian tentang buku.
Buku adalah untuk dibaca. Tapi tahukah kawan-kawan, melalui buku kita boleh mengembara ke serata alam?
Kita juga dapat mengembara ke dunia yang berbeza, sama ada dunia sains, fiksyen mahupun imaginasi.
Hanya dengan membaca buku, kita dapat mengembara ke mana-mana tanpa perlu keluar dari tempat duduk kita.
Dalam video kedua kami, kami kongsikan tentang buku Fantastic Earth Facts, hasil tulisan Miles Kelley.
Siapa di antara kawan-kawan yang ada koleksi buku ini? Buku ini Ayah belikan untuk kami di jualan gudang Big Bad Wolfs pada tahun 2019.
Memang menarik buku ni. Tidak cukup satu video untuk ulas. Boleh cek video kami ini pada link ini.
Check it out!
Komen, cadangan dan pendapat boleh email ke #KembaraKami
Satu lagi koleksi buku daripada tulisan Miles Kelley milik kami. Ada tiga buah semuanya iaitu Deep Ocean, Inventions dan Warriors.
Di dalam buku Deep Ocean, ia banyak menceritakan tentang hidupan di laut dalam. Inventions pula tentang rekaan hebat dalam sejarah pembangunan manusia moden.
Manakala, dalam buku 100 Facts of Warriors pula berkisar tentang pahlawan-pahlawan zaman dahulu kala yang telah mencipta sejarah kegemilangan.
Menarik bukan?
Semua ada diceritakan di dalam buku ini. Untuk lebih lanjut lagi, jom tonton hasil video ketiga kami di sini.
Boleh juga terus ke laman sebelah.
Dalam video ketiga kami, kami berkongsi tentang pengalaman kami berkait dengan ikan.
Pertama ialah pengalaman Alif ketika mengikuti perkhemahan Anak Soleh pada cuti sekolah hujung tahun lepas. Di dalam perkhemahan itu, Alif berpeluang belajar satu kemahiran baru.
Alif dan rakan-rakan lain diajar bagaimana caranya untuk mengagah ikan keli. Mengagah ikan keli ini bermaksud menangkap ikan keli di dalam air berlumpur dengan menggunakan tangan.
Cara menangkapnya perlu betul dan pegangan mesti kuat supaya ikan keli tidak terlepas, tangan kita pula tidak disengat.
Teknik ini ada kami kongsikan di dalam video.
Selain daripada itu, kami juga kongsikan bagaimana cara untuk membersihkan ikan sebelum dimasak, atau dipanggil juga sebagai menyiang ikan.
Mahu tahu lebih lanjut, boleh terus tonton video kami di sini. Perkongsian tips dan langkah-langkah juga bolehlah baca di ruangan Kami Kongsi.
Selamat mencuba dan selamat membantu ibu bapa di rumah.
PKPB masih berlangsung. Kita sudah memasuki gelombang ketiga. Sejauh mana kita sudah bersedia?
Adakah masih seperti mula-mula dulu? Atau sudah semakin baik dalam mengamalkan norma baharu?
Ketika kami membuat video ini, PKP berada di fasa yang ketiga waktu itu. Banyak perkara yang kami pelajari. Semakin kami belajar, semakin kami faham.
Apabila sekolah dibuka semula, kami cukup bersedia untuk melaksanakan semua SOP dan berdepan dengan norma baharu.
Apa itu SOP? Nama penuh SOP ialah, Standard Operating Procedure. Dalam Bahasa Melayu, bermaksud Prosedur Perlaksanaan mengikut Piawaian.
Faham? Kami pun kurang faham sebenarnya.
Tapi... yang kami tahu, kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyenaraikan SOP yang perlu kita lakukan sepanjang PKP ini berlangsung.
Ia bertujuan untuk memastikan kita semua terhindar daripada jangkitan Covid-19 serta menghalang Covid-19 daripada terus merebak.
Contoh SOP ialah pemakaian wajib pelitup muka apabila keluar rumah, larangan berkumpul melebihi sekian ramai orang di suatu kawasan, penjarakan 1 meter dan sebagainya.
Beberapa langkah lain termasuklah elakkan 3S dan amalkan 3W. Apa tu?
Jom saksikan perkongsian kami tentang coronavirus di link ini.
Dua buku daripada antara penulis yang sangat saya minati iaitu, Teme Abdullah.
Dua buku ini ialah Pelukis Jalanan dan Arkitek Jalanan. Ia merupakan kisah tentang awal-awal cerita penulis ketika memulakan kariernya.
Ia pada saya sangat menarik dan memberikan inspirasi. Walaupun banyak rintangan yang datang, namun penulis tetap terus berusaha sehingga apa yang diimpikannya tercapai.
Kenapa jalanan? Kerana ia bermula dari situ. Lagipun, bunyi macam hipster kan. Saya pun suka berada di jalanan, banyak benda kita boleh teroka.
Tapi sekarang kita kena duduk rumah lebih banyak. Kalau mahu keluar berjalan pun biarlah ada tujuan yang penting.
Ada satu lagi koleksi buku cerita jalanan Teme Abdullah yang saya ada iaitu Signature Jalanan. Saya mahu buat review tapi masih belum cukup 100 LIKE lagi.
Jom support saya di sini.
Terima kasih kawan-kawan semua.
-Alif-
Bosan masa PKP? Jom buat roti.
Ini antara aktiviti viral yang ramai lakukan sepanjang duduk rumah semasa PKP. Kami pun sama.
Tiada breadmaker? Itu bukan masalah.
Bisik-bisik dengan Ayah, ajak buat roti. Ayah pun ON saja. Ayahlah yang jadi breadmaker. Ayah kan superhero Kami. Ayah kuat, Ayah hebat.
Ayah kata, pergi sediakan asas bahan dulu. Nanti masa menguli, Ayah bantu.
Masanya untuk minta bantuan Mama pula. Bahan apa yang perlu untuk buat roti?
Mama pun bantu. Hana pun sama. Eh... Siapa tu? Kemunculan sulungnya di sini.
Maka, terhasillah video ini.
Bukan chef pun masih boleh buat roti tau. Makan panas-panas, cicah kari. Pergghhh... sedap.
Jom tonton di video ini.
Dalam video kami ini, kami cuba membuat NILAM dengan cara baru dan lebih seronok.
Memandangkan Umar ada koleksi figura dinosaur yang banyak, jadi kami pun buat satu permainan iaitu dengan memilih satu figura secara rawak mengikut giliran.
Setiap figura yang dipilih, perlu diteka apakah nama atau jenis dinosaur itu.
Pada waktu ini, buku Dinosaur; A Spotter's Guide dijadikan rujukan.
Selain daripada nama dan jenis dinosaur, maklumat lain juga dapat kami pelajari seperti saiz, pemakanan, dan sebagainya.
Cara ini adalah salah satu kaedah bagaimana kita menjadikan aktiviti membaca itu sesuatu yang menyeronokkan. Lebih seronok lagi apabila kita melakukannya secara berkumpulan bersama kawan-kawan.
Siapa yang mahu jadi ahli arkeologi nanti?
Jom tonton video kami tentang dinosaur di sini.
Siri video Permainan Lejen ini ada dua bahagian. Disebabkan panjang, jadi terpaksalah buat dua episod.
Dalam video ini, kami kongsikan 5 jenis permainan yang menjadi pengisi masa lapang ibu ayah kita dulu sebelum dunia smartfon mengambil alih.
Apa dia tu? Mungkin ada di antara kita yang sudah pernah main. Kesemua permainan ini adalah permainan indoor. Memang sesuai sangat jadi permainan semasa musim hujan.
Selalu sangat menghadap gajet pun tidak elok juga. Apa kata keluarkan kertas dan pen berwarna, ajak ibu ayah juga adik beradik lain untuk bermain bersama.
Bagaimana caranya? Hahh.. masa untuk menonton video ini di sini, dan sambungannya di sini. Boleh juga rujuk di bahagian Kami Kongsi di blog ini.
Buka komputer, online internet. Buka Google, dan buat carian. Semestinya semua ada di situ. Cuma di hujung jari.
Tapi, ada maklumat yang mungkin tidak ada.
Pergi perpustakaan, cari maklumat tambahan. Ada banyak buku-buku tebal di bahagian Buku Rujukan. Semua buku berkod bukan untuk pinjaman.
Macam mana ni? Berapa lama untuk dapatkan maklumat yang kita mahu kalau begini?
Mudah saja. Kita gunakan bahagian Indeks yang kebiasaannya di bahagian belakang buku-buku rujukan.
Pasti semua ada di situ. Yang penting, jangan salah ambil buku pula.
Untuk lebih lengkap, bolehlah rujuk cara menggunakan indeks buku di video kami ini.
Selamat Hari Kebangsaan kali ke-63.
Kali ini kami kongsikan antara aktiviti kami sepanjang Bulan Kemerdekaan. Antaranya ialah menghias kawasan rumah dengan bertemakan Hari Merdeka.
Asalnya untuk siri mini tapi nampak gaya panjang juga hasilnya.
Ambil masa juga untuk siapkan semua. Banyak idea diterokai. Akhirnya kami memilih untuk buat DIY saja kebanyakan hiasan.
Bendera Malaysia itu wajib ada. Warna Merah, Putih, Kuning dan Biru juga syarat utama.
Projek ini sebenarnya pertandingan yang dianjurkan di sekolah. Sambil semarakkan semangat merdeka, sambil hantar penyertaan.
Rasa seronok sangat.
Ikuti perkembangan Projek Merdeka kami dari Siri 1 hingga ke seterusnya.