Peta kemaraan tentera Jepun menguasai Tanah Melayu dan Singapura
Bermula dengan pendaratan serentak tentera Jepun di Pantai Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu dan Thailand ( Singgora dan Patani ) pada 8 Disember 1941. Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan tentera Jepun apabila Singapura berjaya ditawan pada 15 Februari 1942.
Tentera Jepun yang mendarat di Thailand memasuki Kedah, berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan. Satu pasukan ke Pulau Pinang dan meneruskan kemaraan melalui persisiran pantai barat. Sepasukan lagi mengikuti jalan darat menuju bandar utama di negeri-negeri pantai barat.
Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan, kemudian mara ke selatan mengikut jalan darat di negeri-negeri pantai timur. Kapal Repulse dan Prince of Wales digerakkan untuk menyekat kemaraan Jepun tetapi ditenggelamkan oleh tentera Jepun di perairan Kuantan.