Aplikasi IoT dapat digunakan dalam pelbagai situasi sama ada kritikal mahupun tidak. Walaupun kadang kala suatu masalah itu dilihat remeh, namau keperluan terhadap penyelesaian optimum adalah diharapkan bagi mengelakkan masalah jangka panjang berlaku. Untuk tujuan pertandingan ini peserta perlu menghasilkan inovasi model peralatan menggunakan pencetak 3-D dan berbantukan sistem IoT yang ringkas untuk menunjukkan kefungsian peralatan yang direka cipta.
2. Kejuruteraan Mekanikal – Pemegang objek mekanikal
Pemegang objek adalah alatan, peranti, radas atau perkakas yang berfungsi untuk memegang atau mencengkam apa-apa objek. Contoh objek seperti telefon pintar, tisu, kad, alat tulis, alatan dapur, cawan dan lain-lain memerlukan pemegang supaya lebih mudah digunakan atau disimpan. Pelbagai inovasi boleh dicetuskan untuk tujuan ini. Model yang dihasilkan hendaklah mempunyai ciri-ciri mekanikal atau komponen mekanikal seperti tuil/tuas, gear, gelongsor, pautan, roda, bolt, skru, spring atau lain-lain
3. Kejuruteraan Awam – Reka Bentuk Pusat Sumber Lestari
4. Asas Kejuruteraan – Sistem Pengurusan Air yang Lestari