Pada 11-13 April 2025 Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Pahang buat kali kedua diberi peluang oleh Bahagian Matrikulasi untuk menganjurkan Karnival Green Tech In Engineering. Pertandingan reka bentuk kejuruteraan ini yang bertemakan Green Technology akan disertai oleh pelajar Kolej Matrikulasi Kejuruteraan Kementerian Pendidikan Malaysia dan murid Sekolah Menengah Teknik (SMT).
Pelaksanaan program ini adalah bertujuan mencungkil bakat pelajar dalam mereka bentuk model berkaitan bidang kejuruteraan bertemakan teknologi hijau menggunakan pencetak 3 dimensi selaras dengan pengukuhan pendidikan STEM di bawah inisiatif STEM #49 ke arah meningkatkan minat pelajar terhadap subjek kejuruteraan dan seterusnya menjadi inovator pada masa hadapan.
Program ini dilaksanakan seiring dengan matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara (NGTP) dan Revolusi lndustri 4.0 iaitu fokus penggunaan aplikasi teknologi terkini dengan menghasilkan produk untuk menyokong kelestarian. Produk tersebut dapat menangani isu tenaga dan alam sekitar bagi meminimumkan kesan negatif kepada alam sekitar.
Pada tahun ini juga pihak Bahagian Matrikulasi mengadakan Program Sinergi Inkubator STEM Sekolah Menengah Teknik, Kerjasama Akademik BM-BPLTV. Karnival Green Tech In Engineering merupakan satu bentuk kerjasama melibatkan penglibatan aktiviti STEM pelajar.
1. Menggalakkan Inovasi Hijau
○ Menerapkan konsep Teknologi Hijau dalam reka bentuk kejuruteraan untuk menyelesaikan cabaran alam sekitar.
2. Meningkatkan Kesedaran Kelestarian
○ Mendidik pelajar mengenai kepentingan pembangunan mampan dan penggunaan sumber secara efisien.
3. Mengasah Kemahiran Reka Bentuk dan Kejuruteraan
○ Memberi peluang kepada pelajar untuk mengaplikasikan pengetahuan STEM dalam mencipta model inovatif menggunakan pencetak 3D.
4. Menerapkan Penggunaan Teknologi Moden
○ Menggalakkan eksplorasi teknologi percetakan 3D dalam menghasilkan reka bentuk yang mesra alam dan berkesan.
Pertandingan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar dengan seorang pensyarah pembimbing.
Setiap kolej hanya dibenarkan menghantar 1 kumpulan untuk setiap kursus.
Jumlah 4 kumpulan bagi 4 kursus yang berbeza.
Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran secara atas talian. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tempoh yang ditetapkan.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
Pertandingan adalah secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada 3 orang pelajar dengan seorang guru pembimbing.
Setiap sekolah hanya dibenarkan menghantar 1 kumpulan sahaja.
Setiap kumpulan boleh memilih salah satu subtema sahaja daripada kategori yang dipertandingkan.
Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang pendaftaran secara atas talian. Borang penyertaan yang lengkap hendaklah dihantar kepada pihak penganjur pada tempoh yang ditetapkan.
Pertukaran ahli kumpulan selepas pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
Tarikh Mula Pendaftaran : 1 Mac 2025
Tarikh Tutup Pendaftaran : 31 Mac 2025
Link penghantaran e-poster. Penghantaran sehingga 9 April 2025 (Rabu) sebelum jam 11.59 malam.