DEFINISI DADAH
Penyalahgunaan bahan, juga dikenali sebagai salahguna dadah, adalah corak penggunaan sesuatu bahan (dadah) di mana pengguna menggunakan bahan itu dalam jumlah atau dengan kaedah-kaedah yang merbahaya kepada diri mereka sendiri atau orang lain. Punca sebenar penyalahgunaan dadah adalah mustahil untuk diketahui kerana terdapat lebih dari satu sebab langsung
Dadah atau "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Dadah ialah bahan kimia psikoaktif yang mempunyai ciri-ciri seperti berikut: Mempunyai kesan paling ketara ke atas sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
JENIS DADAH
STIMULAN
Stimulan jenis Amfetamine (ATS) merupakan sekumpulan jenis dadah perangsang yang bertindak ke atas sistem saraf pusat atau Central Nervous System (CNS). Ia merupakan sejenis dadah sintetik yang dihasilkan melalui tindakan bahan-bahan kimia.
GANJA
Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tempat. Ia juga dikenali sebagai Marijuana dan dikatakan berasal dari bahasa Portugis iaitu Mariguango yang bermaksud memabukkan.
DEPRESEN
Kumpulan dadah depresen (penekan) merupakan sejenis dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri bila diambil secara berlebihan. Walaubagaimanapun, ia telah menjadi salah satu dadah yang disalahgunakan.
HALUSINOGEN
Halusinogen adalah sejenis dadah asli dan sintetik yang mengubah pencerapan deria sensory perception dan pandangan visual. Ia menyebabkan halunisasi sehingga amat susah membezakan antara benar dan tidak benar.
OPIAT
Dadah Opiat adalah campuran yang diperolehi daripada biji popi. Opiat berasal dari candu (opium) yang diperolehi dari sejenis tumbuhan yang dikenali sebagai Papaver Somniferum. Candu ini mengandungi pelbagai bahan yang berbeza dan kemudiannya diasingkan dan diproses menjadi Morfin dan seterusnya Kodein.
INHALAN
Bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap. Inhalan juga dikenali sebagai bahan hiduan atau sedutan yang mudah meruap (votile). Ia dihidu atau disedut untuk menimbulkan kesan psikoaktif atau merangsang perubahan minda.
KETUM
Nama saintifik pokok ketum ialah Mitragyna Specioasa Korth. Suatu ketika dahulu ia banyak digunakan sebagai ubat tradisi untuk merawat penyakit.
KESAN DADAH
Kebersihan dan kesihatan diri
Kesihatan mental
Prestasi pelajaran
Hubungan sosial
Status kewangan
TALIAN AADK