DEFINISI BULI
Buli sebenarnya kerap berlaku di kalangan kanak-kanak tetapi tanpa pengetahuan ibu bapa atau guru.Buli amat ketara/berlaku di kalangan pesalah laku muda dan di institusi-institusi. Buli dilakukan oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan; tetapi kanak-kanak lelaki lebih cenderung menggunakan keganasan manakala kanak-kanak perempuan selalunya menggunakan cara halus seperti tidak mahu berkawan.
Buli adalah sesuatu tindakan dengan niat untuk menyakitkan hati dan memberi tekanan kepada seseorang.Ia juga boleh dikatakan sebagai penderaan rakan sebaya (peer abuse). Buli melibatkan serangan fizikal dan ancaman, mencuri dan peras ugut, penderaan lisan termasuk mengejek isu perkauman dan gangguan seksual.
KESAN BULI
Buli boleh menyebabkan kesan yang serius dan menyebabkan kematian. Lebih kurang 85% dari mangsa buli menderitai kesan psikologi jangka panjang dan mengalami penyakit berkaitan dengan tekanan dalam kehidupan di masa akan datang.Masalah buli yang tidak dikawal akan mengakibatkan masalah mental seperti;
Tiada keyakinan diri
Rasa rendah diri
Prestasi pelajaran merosot
Kehadiran ke sekolah rendah/menurun
Masalah penyesuaian diri apabila dewasa
JENIS BULI
TALIAN ADUAN BULI