Setiap pasukan terdiri daripada 9 pemain
Catcher
Pitcher
First Baseman
Second Baseman
Shortstop
Third Baseman
Left fielder
Centre fielder
Right fielder
Bet yang digunakan mesti bet sofbol
Pemukul bola tidak dibenarkan melintasi sisi plet bila pembaling telah bersedia untuk membaling.
Jika pemain tidak ikut giliran, dia dikira mati (out)
Bunt Foul yang dilakukan pada pukulan ketiga dikira mati
Bola yang dibaling dan menyentuk bet membolehkan pemukul berlari ke base pertama
Susunan giliran pemain membuat pukulan terpulang kepada pasukan. Ini bermakna sesiapa pun daripada pasukan boleh mula memukul. Selepas giliran ditetapkan, semua pasukan perlu mengikut susunan walau mereka mengubah posisi
Tidak dibenarkan melakukan lead off
Pleari mesti berada di basenya hingga bola dilepaskan oleh pembaling. Pelari dikira mati jika tidak memenuhi syarat ini.
Apabila berlaku satu lemparan yang melampaui sasaran dari base kedua di mana bola menggolek ke dalam kawasan tengah, semua pelari dibenarkan maju untuk berlari sejauhsejauh yang boleh.
Pelari yang terkena bola yang dipukul semasa keluar dari bes dikira mati
Pelari mesti menyentuh kesemua base.
Satu larian dikira jika pelari base berjaya bergerak ke semua base dalam satu pusingan (circuit) iaitu base pertama, base kedua, base ketiga dan rumah (home) sebelum pasukan tersebut menerima 3 pematian (out)
Jika pematian ketiga ialah pematian terpaksa, skor tidak dibuat untuk larian itu walaupun pelari telah melintasi plet ruma (home) sebelum pematian berlaku.