Bola digenggam menggunakan 3 jari iaitu jari hantu, jari telunjuk dan ibu jari
Jari manis dan jari kelingking hanya digunakan sebagai penampan bola.
Seboleh-bolehnya bola hendaklah tidak menyentuh tapak tangan.
Balingan yang baik mestilah menepati sasaran. Sasaran yang paling baik adalah di atas bahagian diafram dan di bahagian muka penerima bola. Pembaling hendaklah berdiri dengan keadaan kaki yang bertentangan dengan tangan yang digunakan untuk membaling bola ke hadapan. Lentikkan pergelangan tangan yang memegang bola ke belakang dengan siku berada separas dengan bahu ke arah belakang.
Sentiasa membuat balingan, kepirkan (snap) bola dengan pantas. Berat badan hendaklah diubah ke kaki hadapan untuk mengimbang pergerakan tangan.
Pergerakan membaling hendaklah diteruskan dengan ikut lajak selepas bola dibaling. Mata hendaklah memandang pergerakan bola ke sasaran. (Fasa ini sangat penting untuk menentukan bola dibaling menuju tepat ke sasaran).
Tangan yang memakai sarung tangan hendaklah sentiasa berada di depan badan. Semasa menangkap bola, pemadang mestilah menadah sarung tangan tepat ke arah bola, bagi tangkapan di atas pinggang.
Untuk menangkap bola pada paras pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah berada di sisi pemain.
Jika bola yang dibaling menuju ke bahagian bawah pinggang, jari-jari sarung tangan mestilah diletakkan dan diarahkan ke bawah.
Untuk menangkap bola leret, jari-jari sarung tangan hendaklah diarahkan ke bawah hingga mencecah tanah.
Berdiri dengan kedua-dua kaki selari menghadap plet rumah. Jarak bukaan kaki adalah mengikut jarak bahu. Berat badan hendaklah diletakkan pada kedua-dua belah kaki.
Berdiri dengan betul dengan membawa tangan ke sisi muka. Pandangan hendaklah ke arah pembaling bola. Kedudukan bola hendaklah melebihi paras bahu.
Pergerakan pinggang hendaklah serentak dengan hayunan bet serta kaki depan digerakkan ke arah pembaling bola.
Bila kaki hadapan memijak tanah, pangkal peha hendaklah dipusingkan bagi mengimbangi hayunan serentak dengan itu bet dihayun ke arah bola.
Pitcher dan Catcher adalah merupakan tulang belakang kepada sesuatu pasukan. Kejayaan sesuatu pasukan adalah bergantung kepada prestasi pitcher daripada mula hinggalah berakhirnya sesuatu perlawanan. Oleh sebab itu, pasukan yang mempunyai pitcher yang baik dan handal dengan sokongan padu daripada pemain-pemain lain sudah tentu mempunyai peluang yang lebih untuk menang.
Oleh sebab yang demikian, pitcher hendaklah sentiasa menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap permainan serta mengambil masa yang lebih dalam melakukan latihan pitching serta bersungguh-sungguh pada setiap sesi latihan.
Berdiri dengan betul dan luruskan tangan yang memegang bola.
Tarik tangan yang memegang bola ke belakang sehingga melepasi paras bahu sambil melentikkan pergelangan tangan.
Langkah kaki kiri selangkah ke hadapan dan tarik kaki kanan sambil melakukan ayunan tangan yang memegang bola.
Kedua-dua belah kaki pitcher hendaklah memijak plet sambil membongkokkan sedikit badannya.
Langkah kaki kiri ke hadapan sambil menarik tangan yang memegang bola ke atas supaya dapat membuat satu bulatan besar.
Semasa tangan berada di atas, ia hendaklah dibengkokkan sambil memusingkan badan ke kanan sedikit.
Teruskan ayunan dan apabila tangan yang memegang bola melalui sisi peha pitcher hendaklah melepaskan bola tersebut. Pada masa yang sama, pusingkan semula badan ke kanan.