e-Celik Hamzah ini merupakan satu media interaktif yang dibina bagi membantu murid Tahun 4 dalam bidang Jawi bagi tajuk ‘Kenali Saya’ iaitu kedudukan huruf Hamzah. Inovasi ini mengandungi nota berkaitan tajuk Kedudukan Huruf Hamzah, video penerangan, permainan match-up dan juga aktiviti menulis.