Jawi House merupakan satu projek inovasi bagi bidang jawi dalam mata Pelajaran Pendidikan Islam. Jawi House menghimpunkan nota-nota asas jawi seperti menyambung huruf, rangkai kata, imbuhan dan kedudukan huruf hamzah yang terkandung dalam silibus pelajaran tahun 1, 2, 3 dan 4. Bukan itu sahaja, nota-nota interaktif beserta gamifikasi disediakan menggunakan pelbagai platform seperti Google Sites, Nearpod dan Book Creator. Jawi House membolehkan pengguna mengakses nota pada bila-bila masa dan dimana sahaja.