Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Jabatan Pendidikan Khas merupakan salah satu Jabatan Tier 1 di Institusi Pendidikan Kampus Perermpuan Melayu Melaka yang bertanggungjawab dalam merancang dan melaksana visi dan misi Institut Pendidikan Guru Malaysia ke arah mencapai matlamat pendidikan guru bertaraf dunia. 

Selaras dengan misi jabatan ‘melahirkan guru pendidikan khas yang cemerlang’, Jabatan Pendidikan Khas mengorak langkah membangunkan aspek kognitif, sosial dan kerohanian pelajar dan pensyarah menerusi perancangan srategik lima tahun (2021-2025) yang telah digubal.

Jabatan Pendidikan Khas juga sentiasa komited dalam melahirkan guru permulaan dan guru dalam perkhidmatan yang berkemahiran dalam teori dan amali dalam bidang pendidikan khas, berketerampilan dalam aspek sahsiah, mempunyai akauntabiliti terhadap profesion keguruan, kritis, kreatif dan inovatif serta berupaya menangani cabaran globalisasi dengan berkesan.

Saya selaku ketua jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas segala kerjasama yang telah diberikan oleh pihak pengurusan IPGK PM, pensyarah-pensyarah dan juga pelajar dalam memastikan kelancaran perjalanan aktiviti jabatan ini dalam mencapai matlamat kami sebagai peneraju kecemerlangan pendidikan guru pendidikan khas.

 

Puan Khadijah Binti Amat @ Kamaruddin

Ketua Jabatan Pendidikan Khas

IPGM Kampus Perempuan Melayu