Teater Tititan Lamunan: Aku Mahu Jadi Penjagamu menceritakan tentang Resif seorang Satria di Kota Aryan yang telah jatuh hati pada Putri Ivanti. Resif telah melindungi Puteri Ivanti semenjak kejatuhannya kerajaan Aryan yang diserang oleh Taramiryuh dan hanya mereka berdua sahaja terselamat. Resif dan Putri Ivanti telah mendapatkan perlindungan di Hutan Kisari berkat jasa Riku, nadi/penjaga Hutan Kisari.
Riku merendahkan kebolehan Resif untuk melindungi Putri Ivanti dan telah mencabar resif dalam ujian kekuatan. Riku menyeru makhluk-makhluknya iaitu seekor Panda dan dua ekor Monyet untuk menentang Resif. Resif berjaya mengharungi ujian dan menerima Azimat Kisari dari Riku. Resif telah menjadi seorang Satri Utama disebabkan sakti Azimat Kisari.
Riku ingin mencari Putera yang boleh menyelamatkan Putri Ivanti dari diburu oleh Taramiryuh lalu dia menyeru Putera Lamka. Putera Lamka seorang Putera yang berani, baik kepada rakyat dan ego terhadapt keputusannya telah memutuskan untuk mengalahkan Resif untuk mendapatkan Putri Ivanti.
Resif dan Putri Ivanti sedang bersiar-siar di hutan sambil memetik bunga pada malam Starlite tanpa menyedari bahawa Riku Memerhati. Riku telah memarahi Resif kerana tidak memberitahu Riku bahawa Resif mencintai Putri Ivanti.
Setibanya Taramiryuh di Hutan Kisari, Resif dan Riku telah bertarung bersama-sama mengalahkan Taramiryuh dan Resif berjaya menikan Taramiryuh tetapi Riku tumbang kerana menyelamatkan Resif.
Resif telah meluahkan isi hatinya kepada Putri Ivanti bahawa dia mencintainya. Tetapi Putra Lamka telah tiba di Hutan Kisari untuk menentang Resif. Resif telah kalah dengan sengaja untuk menjaga kesucian keturunan Putri Ivanti kerana Resif merupakan anak Taramiryuh.
Putri Ivanti dan Putra Lamka telah meninggalkan Hutan Kisari dan pulang ke Negara Lamka. Resif menjadi Nadi/Penjaga Hutan Kisari yang baru.