PENGENALAN
Kolej Pengajian Seni Kreatif (KPSK) atau lebih dikenali dengan nama lamanya iaitu Fakulti Filem, Teater dan Animasi (FiTA) menjalankan program latihan industri bagi pelajar sarjana muda yang berasaskan 2u1i yang diperkenalkan bagi mewujudkan sinergi diantara pusat pengajian tinggi dengan pihak industri. Pelajar akan mengikuti pengajian selama 2 tahun di universiti (4 semester) dan 1 tahun di industri (2 semester). Kursus ini memberi peluang kepada pelajar untuk menimba ilmu dan terlibat secara langsung dengan industri melalui penempatan di syarikat atau organisasi mengikut kesesuaian bidang. Pengamal industri akan dilantik sebagai penyelia atau mentor dan bertanggungjawab untuk melatih pelajar dalam bidang mengikut kepakaran mereka. Kursus ini dibentuk untuk menyediakan pelajar menghadapi dunia pekerjaan sebenar, selain mempersiapkan mereka dengan skil dan pengetahuan yang seiring dengan perkembangan industri pada masa kini. Selain itu juga, pelajar mampu meningkatkan kemampuan praktikal dan insaniah dengan menggabungkan teori dan praktis yang telah dipelajari selama di universiti. Melalui program 2u1i ini, kita dapat membentuk pelajar yang berkualiti dan bermotivasi tinggi selaras dengan kemajuan bidang yang dikehendaki pada masa kini
Bagi pelajar sesi 2020/2021, mereka akan menjalankan program latihan industri (2u1i) ini bermula pada Oktober 2022 sehingga Mei 2023, bersamaan dengan 2 semester selaras dengan kalendar akademik UiTM. Pada 10 Oktober 2022, para pelajar sudah dibenarkan untuk mula mendaftar masuk ke dalam syarikat atau industri masing-masing dan akan dinilai berdasarkan dua subjek yang akan pelajar laksanakan iaitu FTA 651 iaitu Pembangunan Kerjaya Industri Kreatif dan FTA 652 Praktik Industri Kreatif. Melalui dua subjek ini, pelajar akan menjalankan latihan mengikut kehendak dan keperluan syarikat atau industri masing-masing dan akan dinilai melalui laporan mngguan dan jurnal reflektif oleh penyelia industri dan pensyarah subjek yang berkenaan.
PROJEK TEATER (2022-2023)
Sesi Latihan
TEATER SOALAN
TEATER 331
TEATER HENTIAN SEBELAH
BUMP IN
ASRAMARA 2 DORM PUTRA
TEATER HENTIAN SEBELAH
TEATER SOALAN
TEATER WARGA S
TEATER 331