LAWATAN PRA SEKOLAH KE LANGKAWI 2024
TARIKH : 04 - 06 SEPTEMBER 2024
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : LANGKAWI
PENGENALAN
Lawatan pra sekolah ke Langkawi bersama ibu bapa adalah sebuah programyangbertujuanuntuk memberikan pengalaman pendidikan yang berharga kepada kanak-kanak prasekolahdi luar bilik darjah. Langkawi, dengan keindahan alam semula jadi, sejarah yangkaya, danpelbagai tarikan pelancongan, menyediakan persekitaran yang sempurna untuk pembelajaran interaktif dan penemuan baru bagi kanak-kanak.
RASIONAL
1. Pembelajaran Kontekstual: Lawatan ke Langkawi membolehkan kanak-kanakmelihat,menyentuh, dan mengalami sendiri apa yang telah mereka pelajari di dalamkelas, seperti floradan fauna tempatan, geografi, dan budaya.
2. Penglibatan Ibu Bapa: Melibatkan ibu bapa dalam aktiviti ini mengeratkan hubunganantarasekolah dan keluarga, serta memberikan mereka peluang untuk terlibat secaralangsungdalam pendidikan anak-anak mereka.
3. Pembangunan Sosial dan Emosi: Lawatan ini juga menyediakan peluang untukkanak-kanak belajar berinteraksi dengan rakan sebaya dan orang dewasa dalamsituasi yangberbeza, meningkatkan kemahiran sosial dan emosi mereka.
4. Pembelajaran Holistik: Menggabungkan aspek akademik dengan pengalamanpraktikal membantu dalam membina asas pembelajaran yang lebih kukuh dan menyeluruh bagi kanak-kanak.
OBJEKTIF
Memperluas Pengetahuan: Untuk meningkatkan pengetahuan kanak-kanak tentangalamsekitar, sejarah, dan budaya Langkawi melalui aktiviti hands-on dan penceritaan interaktif.
Meningkatkan Keterlibatan Ibu Bapa: Untuk mengukuhkan kerjasama antara ibubapadanguru dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan kanak-kanak.
Membangunkan Kemahiran Sosial: Untuk memupuk kemahiran komunikasi dankerjasamaantara kanak-kanak melalui aktiviti berkumpulan.
Menggalakkan Eksplorasi dan Kreativiti: Untuk menggalakkan sifat ingin tahu dankreativiti kanak-kanak melalui aktiviti-aktiviti seperti menjelajah hutan, melawat tempat-tempatbersejarah, dan berinteraksi dengan penduduk tempatan.
PESERTA
SASARAN : Pelajar Pra Sekolah dan Ibu Bapa BILANGAN : 30 orang
PENUTUP/RUMUSAN:
Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan mengikut sebagaimanayang dirancang.
KURSUS BESTARI SOLAT
TEMPAT : MASJID AS-SOLIHIN DAN DEWAN ASRAMA IPGM KAMPUS KOTA BHARU
TARIKH : 4 SEPTEMBER 2024
ANJURAN : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM & MORAL (JAPIM)
TUJUAN
Melalui Kursus Bestari Solat peringkat IPGM Kampus Kota Bharu ini, siswa/i guru IPGM Kampus Kota Bharu opsyen Pendidikan Islam PISMP ambilan Jun 2021/2025 dapat memberi kefahaman yang mendalam tentang tatacara solat yang betul dan sempurna seperti yang telah disyariatkan dalam agama Islam. Disamping itu, kursus ini turut mendedahkan kepada siswa/i tentang pelaksanaan Modul Kem Bestari Solat yang diadakan di sekolah serta menggalakkan penggunaan pedagogi abad ke-21 dalam pelaksanaan program tersebut disamping memberi panduan pengajaran dan pengawalan murid Ketika Kem Bestari, menjadi pengalaman yang berharga kepada mereka untuk digunakan dalam karir mereka sebagai seorang guru kelak.
OBJEKTIF
Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut:
1. Mendedahkan kepada siswa guru Pendidikan Islam tentang pelaksanaan Modul Kem Bestari Solat yang diadakan di sekolah.
2. Menggalakkan penggunaan pedagogi abad ke-21 dalam pelaksanaan Kem Bestari Solat di sekolah.
3. Menambah kefahaman yang mendalam tentang tatacara solat yang betul dan sempurna seperti yang disyariatkan Islam.
SASARAN
Penglibatan semua siswa/i guru IPGM Kampus Kota Bharu opsyen Pendidikan Islam PISMP ambilan Jun 2021/2025.
PENYELARAS
Ustaz Mohd Asri bin Muhammad Noor
TAKLIMAT SYARAT LULUS KOMPONEN PENTAKSIRAN BERTERUSAN DAN PEPERIKSAAN AKHIR BAGI SEMUA PROGRAM PENGAJIAN IPG KPM
TARIKH: 09 SEPTEMBER 2024
MASA : 9.00 PAGI – 12.45 TENGAH HARI
TEMPAT : DEWAN ASRAMA IPGMKKB
PENGENALAN
Berdasarkan surat IPGM yang bernombor rujukan KPM.600-7/1/1 Jld.28(59) yang bertarikh 13 Jun 2024, Mesyuarat Senat Institut-Institut Pendidikan Guru Ke-68 Tahun 2024 pada 27 Februari 2024 telah bersetuju untuk melaksanakan syarat lulus komponen Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan Akhir bagi semua program bagi pengajian IPG KPM.
TUJUAN
Untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di kalangan pensyarah terhadap pengurusan Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan Akhir.
OBJEKTIF
Memberi pendedahan kepada para pensyarah terhadap dasar yang telah diluluskan oleh pihak senat berkaitan dengan Pentaksiran Berterusan dan Peperiksaan.
Meningkatkan tahap akauntabiliti pensyarah terhadap PdP di kalangan pelajar.
Meningkatkan lagi kualiti dan kemahiran pensyarah dalam pelaksanaan PdP di kalangan pelajar.
JAWATANKUASA PROGRAM
Pengerusi
Dr. Hjh Narita binti Mohd Noor, Pengarah IPG KKB
Timbalan Pengerusi 1
Dr. Mohd Rozi bin Ismail, Timbalan Pengarah IPG KKB
Timbalan Pengerusi 2
En. Mohd Nazim bin Latif
Setiausaha
Pn. Hazirah binti Hassan
Ahli Jawatankuasa Kerja:
Dr. Shamsuddin bin Muhammad
En. Mohd Hasaidi bin Hassan
En. Mohd Zukifli bin Ismail
En. Zuhdi bin Muhamad
PENCERAMAH
En. Mohd Zakhiry bin Ab. Rahman, Ketua Penolong Pengarah Pusat Peperiksaan dan Penganugerahan IPGM
MINGGU HALUAN SISWA 2024
TAKLIMAT AKADEMIK)
PELAJAR BAHARU PROGRAM PISMP AMBILAN OGOS 2024
KEMASUKAN KEDUA
TARIKH : 9 SEPTEMBER 2024
MASA : 10.30 PAGI – 12.30 TGH
TEMPAT : BILIK GIGIH
Taklimat akademik telah disampaikan oleh Ketua Jabatan Kecemerlangan Akademik, Dr Wan Anuar Yaacob berkaitan dengan
- Pengenalan JKA
- Kalendar Akademik
- Struktur Pengajian
- Jadual Waktu
- Entrance dan Exit Survey, IPPK
KARNIVAL GEGEY RIOH YOKUK ANJURAN : YAYASAN ORANG KURANG UPAYA KELANTAN
TARIKH: 14 SEPTEMBER 2024
PENGENALAN
Karnival Gegey Rioh YOKUK adalah satu program tahunan YOKUK dalam meraikan klien mereka dari kalanga golongan orang kurang upaya (OKU). Pada tahun ini , karnival yang dijalankan pada skala yangg lebih besart bagi meraikan ulangtahun ke-25 Jubli Perak penubuhan YOKUK.
Bagi merealisasikan sambutan besar-besaran itu, YOKUK telah mempelawa pelajar-pelajar Jabatan Pendidikan Khas, IPGKKB untuk menjadi sukarelawan dalam sambutan ahri tersebut.
KOLOKIUM ANTARABANGSA KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA KPPB
TARIKH: 22 - 25 SEPTEMBER 2024
PENGENALAN
Kolokium Antarabangsa KPPB IPGM ini adalah julung-julung kalli diadakan. Program ini melibatkan penyertaan dari kesemua 27 IPG Kampus.
Dalam kolokium ini, 4 orang pelajar Ambilan Ogos 2021 - Julai 2025 telah mengambil bahagian dalam pembentangan program KPPB yang telah mereka pelajari di semester sebelumnya. Pelajar tersebut ialah Sarah Hazami binti Hishamuddin, Nur Shafieza Alyaa binti Suhadan, Muhammad Afif Syamil bin Ahmad Sabri dan Akmal Arif bin Abdul Rashid.
KOLOKIUM ANTARABANGSA KAPASITI PEDAGOGI PEMBELAJARAN BERMAKNA KALI PERTAMA 2024
TARIKH: 23 – 25 SEPTEMBER 2024
MASA: 8.30 PAGI HINGGA 1.00 TENGAH HARI
TEMPAT : SECARA DALAM TALIAN
PENGENALAN
Pelaksanaan KPPB ini memperkukuhkan dan memantapkan penyampaian kurikulum melalui kekuatan amalan pedagogi berkesan. KPPB merangkumi tiga elemen utama iaitu kompetensi pembelajaran bermakna, reka bentuk dan iklim pembelajaran. KPPB adalah komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara pelajar, pensyarah dan komuniti. Warga IPG Kampus Pendidikan Kota Bharu yang terlibat dengan Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna berkongsi pengalaman melaksanakan pembelajaran bermakna. KPPB adalah komitmen ke arah mewujudkan hubungan pembelajaran yang benar-benar baharu antara pelajar, pensyarah dan komuniti.
OBJEKTIF
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada pensyarah dan pelajar yang terlibat dalam KPPB-OPD.
Memantapkan nilai profesionalisme dalam bidang Pembelajaran Bermakna agar dapat dijalankan secara berterusan.
NAMA PEMBENTANG
https://anyflip.com/hmfqe/bsdx/
PESERTA : 9 orang pensyarah akademik dan 37 orang pelajar
BIL : 46 orang
RUMUSAN
KPPB atau Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna adalah pendekatan yang digunakan bagi menyediakan para pelajar IPG sebagai guru masa hadapan. Melalui KPPB, pelajar-pelajar IPG diharapkan akan dapat mengalamai dan mencuba kluster pedagogi terkini atau kontemporari, dan kluster tersebut secara keseluruhannya akan berbeza dengan cara pembelajaran mengikut generasi.
Dirasmikan oleh Menteri Pendidikan Malaysia
OPPO X MLBB GRAND FINAL TEMPAT: SUNWAY VELOCITY MAIN ATRIUM ANJURAN: OPPO MALAYSIA
TARIKH: 27 - 29 SEPTEMBER 2024
PENGENALAN
Oppo X MLBB Grand Final Competition anjuran OPPO Malaysia adalah satu program terbuka untuk pelajar IPT/IPTA Malaysia.
IPGKKB telah diwakili oleh 4 orang pelajar termasuklah seorang pelajar PISMP Ambilan Ogos 2021 - Julai 2026 iaitu Muhammad Danish Syahmi bin Mohammad Sanusi.