MESYUARAT JAWATANKUASA PEMBELAJARAN DIGITAL DAN DIGITAL LEARNING OBJECT (DLO)

Tarikh : 01 Februari 2024 

Tempat : BILIK GERAKAN  IPGMKKB


PENGENALAN

Objek Pembelajaran Digital (OPD) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) menyokong pelaksanaannya dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah selaras dengan Dasar Pendigitalan Pendidikan seperti mana yang dilancarkan baru-baru ini.  Cabaran dan kemahiran digital yang tinggi diperlukan bagi merealisasikan OPD-KPPB bagi setiap kursus yang dipelajari dengan berkongsi semua aktiviti yang kreatif, unik, menarik dan kritis dalam platform Google Site yang telah dibina.


OBJEKTIF

 

NAMA PENCERAMAH

 

En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa

 

PESERTA :  JK Pembelajaran Digital dan DLO IPGKKB


BIL  :  11 orang

RUMUSAN

OPD adalah merupakan sumber dan teknologi digital yang sangat bermanfaat yang telah direka bentuk untuk pengajaran dan pembelajaran dengan beberapa ciri yang menjadikan DLO berkesan (effective), menarik (appealing) dan menambahkan kecekapan (efficiency). Untuk DLO-KPPB konsep Digital Learning Object adalah berdasarkan Model KPPB yang direka bentuk sesuai dengan keperluan dan kehendak semasa warga IPGM. Setiap pensyarah akan berkeperluan untuk melaksanakan KPPB dan OPD di IPG telah dinyatakan dalam Dasar Pembelajaran Digital (DaPeD) 2019-2025 sebagai salah satu Transformasi IPG.

BENGKEL KEM BINA KECEMERLANGAN DAN SAHSIAH PELAJAR

Tarikh : 04 Februari 2024 

Tempat : DEWAN ASRAMA IPGMKKB 

PENGENALAN

 

Objek Pembelajaran Digital (OPD) Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna (KPPB) menyokong pelaksanaannya dalam kalangan pelajar dan juga pensyarah selaras dengan Dasar Pendigitalan Pendidikan seperti mana yang dilancarkan baru-baru ini.  Cabaran dan kemahiran digital yang tinggi diperlukan bagi merealisasikan OPD-KPPB bagi setiap kursus yang dipelajari dengan berkongsi semua aktiviti yang kreatif, unik, menarik dan kritis dalam platform Google Site yang telah dibina.


OBJEKTIF

 

NAMA PENCERAMAH

 

En. Wan Suhaimi bin Wan Setapa

 

PESERTAJK Pembelajaran Digital dan DLO IPGKKB


BIL            :  11 orang

RUMUSAN

Pemantapan DLO membolehkan pembelajaran pada bila-bila masa melalui kemudahan digital, menyediakan mod yang fleksibel selaras dengan pembelajaran pelajar, mendorong pelajar untuk mengakses teknologi digital dan memberi maklumbalas pembelajaran yang berkesan.



BENGKEL PENYELIDIKAN, PENULISAN DAN INOVASI FASA 1

Tarikh : 05-06 Februari 2024 

Tempat : IPGMKDRI 


PENGENALAN

Bengkel Penyelidikan dan Inovasi menekankan kepentingan dalam meningkatkan kemahiran penyelidikan dan inovasi di kalangan pensyarah IPGKKB. Bengkel ini memberi tumpuan kepada pengembangan kemahiran penyelidikan terkini, penggunaan teknologi TMK dalam penyelidikan, dan kerjasama antarabangsa. Pensyarah diajar untuk mengaplikasikan metodologi penyelidikan yang inovatif dalam pengajaran dan pengembangan kurikulum. Selain itu, bengkel ini memberi penekanan kepada pengurusan projek penyelidikan, pembiayaan, dan komersialisasi hasil penyelidikan. Melalui bengkel ini, pensyarah dapat memainkan peranan penting dalam menggalakkan budaya penyelidikan dalam institusi pengajian tinggi serta memberi impak positif kepada pembangunan ilmiah dan teknologi di peringkat tempatan dan antarabangsa.

Seramai 34 orang pensyarah peserta dan 6 orang fasilitator terlibat. Bengkel telah disempurnakan perasmiannya oleh Tuan Pengarah IPGKKB, Dr Khairuddin Said.

OBJEKTIF


 

PEMANTAUAN PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERSEPADU(PPPB) UNTUK MODUL SEGAK & BMI 5 TAHUN -9 TAHUN 

Tarikh : 06 Februari 2024 

Tempat : Pra Sekolah Tunas Durani   


RASIONAL/OBJEKTIF

Pemantauan Pengurusan Pentaksiran Bersepadu (PPPB) untuk modul Segak &BMI bagi kumpulan umur 5 hingga 9 tahun memainkan peranan penting dalamsistempendidikan. Pemantauan ini dilakukan oleh Pegawai PPD. Objektif pemantauan ini adalah seperti berikut:

A) Rasional Pemantauan PPPB Segak & BMI:

B) Objektif Pemantauan PPPB Segak & BMI:


PEGAWAI TERLIBAT

Guru Pra Sekolah  

PENUTUP/RUMUSAN:

pemantauan PPPB modul Segak & BMI adalah penting untuk memastikan kesihatan dan pembangunan holistik pelajar.


BENGKEL PEMANTAPAN KEFAHAMAN MAKLUMAT KURSUS (MK) DAN OBJECTIVE BASE EDUCATION (OBE) SIRI 2

Tarikh : 06 Februari 2024 

Tempat : BILIK GERAKAN IPGMKKB


PENGENALAN

Pendidikan Berasaskan Hasil (Outcome-Based Education – OBE) merupakan proses yang melibatkan penstrukturan semula kurikulum, penilaian dan laporan dalam pendidikan. Ini bagi membolehkan para pelajar memperolehi pencapaian dan menguasai pembelajaran tahap tertinggi setiap semester tanpa menunggu sehingga memenuhi kredit program dan tamat pengajian di IPGK. Konsep OBE selalunya akan fokus kepada hasil pelaksanaan sesuatu program yang ditawarkan di IPGK. OBE lebih menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di IPGK.

OBJEKTIF

 

NAMA PENCERAMAH

 

1. Dr. Hj Wan Anuar bin Yaacob

2. En Wan Suhaimi bin Wan Setapa

 

PESERTA : Ahli MPPP IPGKKB

BIL               : 26 orang



PROGRAM PEER CHECKING 

Tarikh : 5-9 Februari 2024 

Tempat : Jabatan Ilmu Pendidikan , IPGMKKB 


PENGENALAN

Program “Peer Cheking” adalah inisiatif dalaman Jabatan Ilmu Pendidikan untuk membantusemua pensyarah menyediakan fail dan dokumen mengikut aspek yang dikehendaki olehbahagian audit institut Pendidikan Guru Malaysia. Di sini semua pensyarah dibantudandibimbing untuk mematuhi senarai semak yang digariskan. Langkah ini pentinguntukmemastikan kualiti kerja dan kecekapan dalam bidang tugas berjalan lancar.

PESERTA

SASARAN : Pensyarah JIP

BILANGAN: 21 orang

PENUTUP/RUMUSAN:

Program ini telah dapat dilaksanakan dengan jayanya dan berjalan mengikut sebagaimanayang dirancang.


LAPORAN PERLAKSANAAN

MENGHADIRI MAJLIS APRESIASI  

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI

KELAS PEMBELAJARAN DAN DISLEKSIA  

SEK KEB KUBANG KERIAN 3

Tarikh : 07 Februari 2024 

Tempat : CASTLE HALL, KOTA BHARU

 

PENGENALAN

Majlis Apresiasi Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Intergrasi (PPKI), Kelas Pembelajaran dan Disleksia adalah satu program tahunan Sek Keb Kubang Kerian 3 (SKKK3). Pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan, IPGKKB bertuah kerana telah mendapat jemputan ke Majlis tersebut sebagai rakan dalam Kumpulan Jaringan PPKI SKKK3.

 

OBJEKTIF

.

PELAKSANAAN

 Tarikh         :  7 Februari ri 2024

Tempat       :  Castle Hall, Kota Bharu

        

PENYERTAAN / SASARAN

2 orang pensyarah  Jabatan Pendidikan Khas, IPGKKB 


PENILAIAN

Penyertaan dan kehadiran pensyarah dalam majlis tersebut telah memberi peluang kepada JPK untuk merangkai jalinan kolaborasi dengan pihak luar. Keseluruhan peserta memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang sangat memberangsangkan.

 

PENUTUP / RUMUSAN

 Dengan penyertaan ini, memberi impak yang sangat positif kepada semua dalam melaksanakan tugas dengan lebih sistematik.     

TAKLIMAT  PERSEDIAAN AUDIT FASA 1 2024

Tarikh : 7 Februari 2024 

Tempat : Bilik Mesyuarat JAPIM, IPGMKKB 


PENGENALAN

Memastikan semua pegawai/pensyarah memahami skop audit yang akan dilaksanakan pada bulan Feb dan Mac 2024

OBJEKTIF

PEGAWAI TERLIBAT

Semua Pensyarah JAPIM 


MODERATOR

En. Mohd Hasaidi bin Hassan 

PERTEMUAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KHAS RAKAN BIZARA

Tarikh : 08 Februari 2024 

Tempat : BIZARA, WAKAF STAN, KOTA BHARU 


PENGENALAN

Majlis Pertemuan Kepimpinan Pendidikann Khas Rakan Bizara adalah satu lagi jemputan dari pihak luar iaitu Bizara untuk Pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan, IPGKKB sebagai Rakan Bizara. 

 

OBJEKTIF

Objektif pelaksanaan program ini adalah seperti berikut;

 


PELAKSANAAN

Tarikh                 :  8 Februari 2024

Tempat               :  Bizara, Wakaf Stan, Kota Bharu.

Person in-charge :  En. Wan Zakaria bin Wan Abu Bakar                            

 

PENYERTAAN / SASARAN

Pensyarah  Jabatan Pendidikan Khas, IPGKKB

 

PENUTUP / RUMUSAN

Dengan pelaksanaan kehadiran ke majlis ini telah memberi peluang kepada Jabatan Pendidikan Khas untuuk menjalinkan program kolaborasi dengan pihak luar yang berkaitan dengan Pendidikan Khas. Ia membawa impak yang sangat positif kepada pensyarah-pensyarah JPK, IPGKKB.


BENGKEL VERIFIKASI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERTERUSAN (FASA PERANCANGAN) BAGI PDPP AMBILAN OKTOBER 2023 BAGI SESI FEBRUARI HINGGA MEI 2024

Tarikh : 15 Februari 2024 

Tempat : Bilik Abdul Rahman

IPGMK Kota Bharu

 

PENGENALAN

Bengkel Verifikasi Pelaksanaan Pentaksiran Berterusan (Fasa Perancangan) Bagi PDPP Ambilan Oktober 2023 adalah bertujuan untuk mengawal mutu dan tahap kualiti serta standard yang telah ditetapkan oleh ISO terhadap perancangan dan pelaksanaan pentaksiran berterusan oleh para penggubal.


TUJUAN

Mengawal mutu dan tahap kualiti serta standard yang telah ditetapkan oleh ISO terhadap perancangan dan pelaksanaan pentaksiran berterusan oleh para penggubal.


OBJEKTIF


BENGKEL PENULISAN KREATIF DAN DESKRIPTIF 2024

Tarikh : 17 Februari 2024 

Tempat : Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Kelantan

  

PENGENALAN

Bengkel Penulisan Kreatif dan Deskriptif 2024 dijalankan secara atas talian bermula 19 Januari 2024 sehingga 17 Februari 2024. Seramai 44 orang pelajar teras Bahasa Melayu terlibat dengan bengkel ini. Bengkel ini dianjurkan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Negeri Kelantan dengan kerjasama JPM dibawah Kelab Bahasa Melayu (KEBAYU). Bengkel ini dijalankan setiap hari jumaat dan sabtu secara atas talian.



PERBINCANGAN BENGKEL KAJIAN TINDAKAN GURU-GURU PEMULIHAN PPD-KB

Tarikh : 18 Februari 2024 

Tempat : IPGMKKB

  

PENGENALAN

Perbincangan bersama pegawai PPD Pn Rosmawati Ismail terhadap cadangan mengadakan kerjasama bengkel penyelidikan kajian tindakan terhadap guru-guru pemulihan.  Cadngan pelaksanaan adalah pada 24 dan 25 April 2024


OBJEKTIF




PERHIMPUNAN JABATAN PENDIDIKAN KHAS UNTUK PELAJAR PISMP PENDIDIKAN KHAS 

Tarikh : 18 Februari 2024 

Tempat : DEWAN GERKO, IPGMKKB 


PENGENALAN

Perhimpunan Jabatan Pendidikan Khas adalah satu program yang dirancang oleh pensyarah-pensyarah Jabatan Pendidikan Khas sebagai inisiatif untuk merapatkan jurang antara pensyarah dan pelajar dengann pengisian-pengisian yang bermanfaat kepada kedua-dua pihak.


OBJEKTIF

Memberi peluang kepada pensyarah dan pelajar PISMP Pendidikan Khas IPGKKB untuk berkongsi informasi terkini dan isu-isu berkaitan dengan pelaksaan semester tertentu.

Mendekatkan jurang antara pensyarah dan pelajar dalam memastikan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran serta program-program jabatan berjalan dengan lancar.


PELAKSANAAN

Tarikh         :  18 Februari 2024

Tempat       :  Dewan GERKO, IPGKKB


PENYERTAAN / SASARAN

4 orang pensyarah  JPK  dan 87 orang  pelajar PISMP Pendidikan Khas dari  Jabatan Pendidikan Khas, IPGKKB.


PENILAIAN

Dengan sokongan yang baik serta komitmen dari pensyarah-pensyarah dan pelajar yang terlibat, bengkel ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Keseluruhan peserta memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen yang sangat memberangsangkan dalam memastikan program ini berjalan lancar.


PENUTUP / RUMUSAN

Dengan pelaksanaan perhimpunan JPK ini, pensyarah-pensyarah dan pelajar-pelajar, membawa impak yang sangat positif kepada semua dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran serta program-program JPK dengan lebih lancar.

PROGRAM LESTARI JAPIM 2024 ( GOTONG-ROYONG BERSAMA PIM3) 

Tarikh : 18 Februari 2024 

Tempat : Persekitaran JAPIM  


PENGENALAN

Memastikan persekitaran dalam dan luar pejabat JAPIM sentiasa bersih dan ceria.

OBJEKTIF

PEGAWAI TERLIBAT

Semua Pensyarah JAPIM bersama 19 Pelajar PIM 3  


MODERATOR

En. Ismail bin Jaafar 

BENGKEL PENGGUBALAN & PEMURNIAN KERTAS PEPERIKSAAN, SKEMA PEMARKAHAN & RUBRIK BAGI PEPERIKSAAN MEI 2024


Tarikh : 19-22 Februari 2024 

Tempat : Bilik Gerakan , IPGMKKB 


PENGENALAN

Sebagai satu inisiatif daripada Unit Peperiksaan dan Penilaian bagi menyeragamkan proses penggubalan dan pemurnian kertas peperiksaan, skema pemarkahan dan rubrik agar menepati piawaian yang ditetapkan.


TUJUAN

Untuk mengawal mutu dan tahap kualiti serta standard yang ditetapkan oleh Prosedur Kualiti Teras IPG KPM-EOMS-PT-04 dan mematuhi hasil pembelajaran dan memenuhi kehendak Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) / Maklumat Kursus (MK) dan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang terkini bagi kursus berkenaan.


OBJEKTIF


BENGKEL PELAKSANAAN TURNITIN BAGI PENYELIA PIMK3143 ASAS PENYELIDIKAN DALAM PENDIDIKAN (KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN)

Tarikh : 20 Februari 2024 

Tempat : Bilik Gigih, IPGMKKB


PENGENALAN

Mengaplikasi penggunaan turnitin dalam penyeliaan kertas cadangan penyelidikan PIMK3143

OBJEKTIF


SASARAN : 15 pensyarah JAPIM

PENYELARAS: Ismail bin Jaafar

Moderator : Pn. Zamilah Binti Yusof

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA VERIFIKASI SILANG PENTAKSIRAN BERTERUSAN (VSPB) PEPERIKSAAN DISEMBER 2023 BAGI PROGRAM PISMP AMBILAN JUN 2021/2026

Tarikh : 20 Februari 2024 

Tempat : Bilik Gerakan IPGMK Kota Bharu   


PERTANDINGAN MAJLIS TILAWAH TAFSIR DAN HAFAZAN AL-QURAN (MTTHQ) PERINGKAT IPGM KAMPUS KOTA BHARU 

Tarikh : 20 Februari 2024 

Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu, Kelantan

Anjuran : Japim Dengan Kerjasama Persatuan Intelektual Mua’llim  


PENGENALAN

Melalui Pertandingan Majlis Tilawah Tafsir dan Hafazan al-Quran (MTTHQ) Peringkat IPGM Kampus Kota Bharu ini, siswa guru IPGM Kampus Kota Bharu bagi setiap sesi pengajian dapat mencungkil bakat mereka dalam menghafaz al-Quran, tilawah dan tafsir. Pertandingan ini didedahkan sebagai nilai tambah kepada siswa dan siswi guru selain pengajian di dalam kelas. Selain itu, siswa dan siswi guru dapat mengaplikasikan disiplin ilmu ini bagi keseluruhan kehidupan mereka.

OBJEKTIF

PEGAWAI TERLIBAT

Penglibatan adalah secara terbuka bagi semua siswa dan siswi guru Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Pertandingan ini menyasarkan sebanyak 55 siswa dan siswi guru bagi setiap sesi pengajian.

MODERATOR

Dr. Muna bin Hamzan 

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPGMKKB 2024 

Anjuran:

Jawatankuasa Perwakilan Pelajar Biro Sukan dan Rekreasi 23/24

dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

 

Tempat:

Padang IPGM Kampus Kota Bharu

Tarikh:

21 - 22 februari 2024

Pendidik memainkan peranan yang sangat penting dalam pembangunan modal insan berkualiti dan bernilai tinggi bagi melahirkan rakyat yang berilmu berkemahiran serta memiliki kekuatan spiritual dan sahsiah yang unggul.

Oleh itu, seorang guru tidak harus cerdik dalam konteks pendidikan sahaja maka, guru harus seimbang dalam kokurikulum dan juga kurikulum. 

Sehubungan dengan perkara itu, Kejohanan olahraga menjadi sebagai satu wahana ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan( FPK ) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Semua pelajar IPGM kampus Kota Bharu dikehendaki untuk menyertai Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) ini.  Objektif bagi menyuruh para guru pelatih untuk menyertai KOT ini ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada aspek-aspek asas olahraga (balapan dan padang), melahirkan guru-guru yang mempunyai sahsiah yang unggul, dan pemilikan kuasa professional yang mantap serta dapat menghadapi segala cabaran pendidikan dan arus globalisasi pada masa akan datang. KOT telah berlangsung selama 2 hari iaitu 21 hingga 22 Februari 2024 di padang IPGM Kampus Kota Bharu.

Pengelolaan pada keseluruhannya pengelolaan KOT adalah baik dan mencapai objektif walaupun terdapat beberapa masalah yang timbul khususnya semasa dan sebelum kejohanan berlangsung. Kejayaan ini diukur berdasarkan kepada faktor-faktor berikut Semua pensyarah dan guru pelatih telah menjalankan tugas mereka sebagaimana yang ditetapkan dengan berkesan.

Pelajar-pelajar telah memberikan kerjasama dari mula hingga akhir temasya. Kejohanan telah berjalan dengan lancar dari awal hingga akhir walaupun bermula agak lewat namun ia dapat diselesaikan mengikut jadual. Tidak berlaku sebarang keadaan yang tidak diingini seperti kecederaan berat, bantahan, pertikaian keputusan hakim, pergaduhan dan lain-lain lagi. Makanan dan minuman pensyarah dan pengelola telah disediakan dengan secukupnya tepat pada waktu yang ditetapkan

TESL-CISE 

Tarikh : 21  Februari 2024

 

Tempat : Padang IPGKKB

 

Masa : 7.45-8.35 am


Pengenalan  : Sambil bersenam Jabatan Bahasa Inggeris menyapa pensyarah dalam Bahasa  Inggeris.

 

Tujuan : Menyediakan ruang dan peluang pensyarah IPGKB berbahasa Inggeris

 

Penglibatan  : Pensyarah Jabatan Bahasa dan Seluruh Warga IPG.


Bi Ustaz.mp4

LAWATAN INSPIRASI PELAJAR INOVASI MUZIUM 

Tarikh : 22 Februari 2024 

Tempat : Muzium Perang, Muzium Wau, Tokong Wat Machimmaram dan Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubor 

PENGENALAN

Inspirasi Pelajar Inovasi Muzium (IPIM) merupakan satu program pendidikan muzium berstruktur yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium Malaysia (JMM) agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Matlamat program ini  adalah untuk menarik minat pelajar terhadap mata pelajaran Sejarah dengan memberi pengalaman pembelajaran di institusi muzium. Oleh itu, Jabatan Sains Sosial telah berusaha dan mengambil inisiatif untuk mengadakan Lawatan ke Tumpat dan mengunjungi Muzium Perang serta Muzium Wau.

OBJEKTIF

 

 


BENGKEL PENGURUSAN AKADEMIK

Tarikh : 25 Februari 2024 

Tempat : JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

PENGENALAN

Dalam pelaksanaan gelombang ketiga (2021-2025) Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia adalah menjadi harapan supaya pihak pengurusan boleh memberikan prestasi yang melebihi standard minimum. Oleh yang demikian beberapa aspek seperti kecekapan dan kompetensi mengurus perlulah diberikan perhatian. Justeru semua ahli dalam organisasi Akademik perlu ditingkatkan pemahaman dan kompetensi mereka demi meningkatkan pencapaian yang lebih baik. Bengkel ini adalah satu keperluan dalam program perkembangan profesionaismel untuk menguasai skop bidang kerja mereka. Matlamat bengkel ini untuk meningkatkan pemahaman dan kerja buat  dalam aspek pengurusan akademik

 

OBJEKTIF

 

 

NAMA PENCERAMAH

 

1.     Dr. Hj Wan Anuar bin Yaacob

2.     En Wan Suhaimi bin Wan Setapa

 

PESERTA : JK Organisasi JKA

 

BIL            : 18 orang

 

RUMUSAN

 

Bengkel Profesionalisme Pengurusan Akademik dapat mewujudkan satu jaringan dan jalinan kolaborasi dan budaya kerja berpasukan antara semua penyelaras di bawah organisasi JKA. Seterusnya dapat memberi impak kepada perancangan dalam organisasi JKA.

ZOOMBA 

Tarikh : 25 Februari 2024 

Tempat : Dewan Asrama IPGMKKB


PENGENALAN

Sambil bersenam kita berlibur . Penglibatan ialah Pensyarah Jabatan Bahasa dan Seluruh Warga IPG yang berminat. 

OBJEKTIF

EXPERTISE SHARING : KONSEP T-LAN (THINK - LEAD ACT NETWORK)

 

TARIKH: 

25 FEBRUARI 2024

 

TEMPAT :

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN

PENGENALAN

Organisasi merupakan satu entiti yang memerlukan perubahan bagi membolehkannya terus berkembang. Oleh itu, setiap anggota perlu mempunyai keyakinan untuk bergerak dan sentiasa bersedia untuk melakukan perubahan yang menjurus kepada pencapaian matlamat organisasi. Dalam memastikan agar berlaku perubahan dan tercapai matlamat organisasi, setiap ahli perlu mempunyai :

1. Awareness

2. Desire

3. Knowledge

4. Ability

5. Reinforcement.

Konsep T-LAN (Think-Lead- Act-Network). Ia merupakan satu rantaian proses yang wajar diikuti dalam melakukan perubahan dan penyesuaian mengikut keperluan semasa dan memajukan organisasi demi memenuhi matlamat yang digariskan.

 

OBJEKTIF

·         Membangunkan kekuatan personel dalam Organisasi Jabatan Kecemerlangan Akademik

·         Membentuk pasukan pemikir dan penggerak melalui pembinaan Teamwork ke arah memenuhi hasrat organisasi.

·         Menghasilkan penyesuaian perubahan berasaskan keperluan semasa.

 

NAMA PENCERAMAH

 

Dr. Hj Wan Anuar bin Yaacob

 

PESERTA : JK Organisasi JKA

 

BIL              : 18 orang

 

RUMUSAN

 

Untuk membuat perubahan, setiap anggota tidak boleh bergerak secara solo tetapi memerlukan Team Power seperti berikut:

1. Team Think – untuk mengumpul idea

2. Team spirit – semangat kerja sepasukan untuk buat yang terbaik

3. Team support – menyokong dan menggalakkan pasukan menghasilkan yang terbaik

 

Bagi mencapai hasrat ini, Team Power dan team Buildings amat perlu dibina terlebih dahulu. Dalam membina kekuatan ini, kemahiran berfikir untuk kemajuan organisasi, kemahiran menggerakkan program yang dirancang, kemahiran bertindak amatlah perlu disamping mempunyai jaringan maklumat dan kolaborasi yang kukuh.

LAWATAN JABATAN SAINS SOSIAL DAN PELAJAR PENDIDIKAN SENI VISUAL (PSV) 

Tarikh : 26-29 Februari 2024 

Tempat : Kompleks Kraf Kuala Lumpur Institut Kraf Negara (IKN) Balai Seni Negara Kuala Lumpur Galeri Seni Shah Alam Kuala Lumpur  


PENGENALAN

Program ini merupakan program berkembar. Satu program untuk memenuhi jemputan Lawatan Berpandu Berkumpulan ke Hari Kraf Kebangsaan (HKK) seperti lampiran, yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia. Kedua Program Kembara Seni Visual yang perlu dilaksanakan kepada pelajar Major Seni Visual tahun satu semester dua untuk memenuhi kandungan dalam MK PSVK3283 Menggambar. Keduadua Program ini dapat memberi peluang kepada pelajar seni untuk membuat penerokaan dan apresiasi seni terhadap hasil karya pelukis-pelukis yang terkenal. Selain itu, program ini juga dapat membantu pelajar untuk menambah baik kemahiran menghasilkan karya Kraf Tradisional dalam MK PSV3453 akan datang. Program Kembara Seni Visual ini memerlukan pelajar menjalankan aktiviti selama 3 hari 2 malam. 

OBJEKTIF





Ucapan Dr Hoi Sim Min selaku OIC IPGM

PROGRAM VERIFIKASI SILANG PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PEPERIKSAAN DISEMBER 2023) & MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN PROGRAM VERIFIKASI SILANG PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PEPERIKSAAN DISEMBER 2023)


Tarikh : 27-29 Februari 2024 

Tempat : Secara atas talian   


PENGENALAN

Verifikasi Silang Pentaksiran Berterusan dilaksanakan bertujuan untuk amenentusahkan standard pentaksiran demi mengekalkan tahap kualiti dalam proses pelaksanaan program.

OBJEKTIF


PEGAWAI TERLIBAT

 

Pengerusi              : Dr. Khairuddin bin Said

Timb. Pengerusi  : Dr. Mohd Rozi bin Ismail

Penyelaras 1         : En. Mohd Nazim bin Latif

Penyelaras 2         : Dr. Wan Anuar bin Yaacob

Setiausaha           : En. Mohd Zulkifli bin Ismail

 

Ahli Jawatankuasa

 

Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan

Ketua Jabatan STEM

Ketua Jabatan Sains Sosial

Ketua Jabatan Pendidikan Khas

Ketua Jabatan Pengajian Melayu

Ketua Pemeriksa Dalam

Penyelaras Pentaksiran Berterusan Institut

Ketua- Ketua Penggubal PB

Ketua- Ketua Pemeriksa PB

 

Pemeriksa Dalam

Dr. Fauzi bin Hassan (IPGMK Tengku Ampuan Afzan)

Dr. Hasim bin Sa’ari (IPGMK Darul Aman)

Dr. Salina bintI Mokhtar (IPGMK Tengku Bainun)

Pn. Nik Hartini binti Nik Latif (IPGMK Ilmu Khas)

Pn. Zaharah binti Mohamad (IPGMK Ilmu Khas)

Pn. Nik Azleena binti Nik Ismail (IPGMK Dato’ Razali Ismail)

Pn. Yusalita binti Yusof (IPGMK Dato’ Razali Ismail)

Pn. Norihan binti Mat (IPGMK Dato’ Razali Ismail) 


Ketua Unit UPP membentangkan senarai tugas bagi setiap pegawai di Unit Peperiksaan dan Penilaian bagi tahun 2024

MESYUARAT UNIT PEPERIKSAAN DAN PENILAIAN BIL 1/2024


Tarikh : 28 Februari 2024 

Tempat : Bilik Mahpor Baba  IPGMK Kota Bharu   


PENGENALAN

Mesyuarat Unit Peperiksaan dan Penilaian Bil 1/2024 dilaksanakan bertujuan untuk mengagihkan senarai tugas bagi setiap pegawai di Unit Peperiksaan dan Penilaian bagi tahun 2024.


OBJEKTIF


PEGAWAI TERLIBAT

1. En. Mohd Nazim bin Latif (Ketua Unit Peperiksaan Dan Penilaian)

2. Dr. Hj Shamsuddin bin Muhammad (Pensyarah)

3. En. Mohd Hasaidi bin Hassan (Pensyarah)

4. En. Mohd Zulkifli bin Ismail (Peg. Peng. Peperiksaan)

5. Pn. Hazirah binti Hassan (Peg. Peng. Peperiksaan

6.    En. Zuhdi bin Muhammad (Pembantu Tadbir, UPP)



KURSUS PENGIMARAHAN RAMADHAN (KEPIMPINAN DAN IMAM) 

Tarikh : 28 Februari 2024 

Tempat : Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Bharu, Kelantan

Anjuran : Japim Dengan Kerjasama Persatuan Intelektual Mua’llim  


PENGENALAN

Melalui Program Kursus Pengimarahan Ramadhan ini, siswa guru IPG Kampus Kota Bharu bagi setiap sesi pengajian diberikan penambahan ilmu agama. Perkongsian Ilmu dalam kepimpinan dan Imam didedahkan melalui bengkel ini sebagai nilai tambah kepada siswa dan siswi guru selain pengajian di dalam kelas. Selain itu, siswa dan siswi guru dapat mengaplikasikan disiplin ilmu ini bagi keseluruhan kehidupan mereka.

OBJEKTIF

PEGAWAI TERLIBAT

Penglibatan adalah secara terbuka bagi semua siswa dan siswi guru Institut

Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu. Kursus ini menyasarkan sebanyak 80 siswa

dan siswi guru bagi setiap sesi pengajian.

PENYELARAS

Dr. Muna bin Hamzan

PROGRAM PROMOSI AMALAN PEDAGOGI BAHASA MELAYU TERBAIK IPGM KKB BERSAMA PELAJAR TFSU DAN TAKU , JEPUN

Tarikh : 29 Februari 2024 

Tempat : Dataran Hj Hashim Dan Kelas Blok E 


PENGENALAN

Program Promosi Amalan Pedagogi Bahasa Melayu Terbaik ini dijalankan bersama delagasi pelajar jurusan bahasa Melayu dari Tokyo Foreign Study University dan Takukoshu University , Jepun. Program ini melibatkan seramai 50 pelajar Teras  Bahasa Melayu wakil setiap ambilan. Perkongsian melbatkan perkongsian Kebudayaan oleh Siswa guru Kelab Kesenian dan Warisan dan Kelab Silat Gayong. Selain itu , Forum Kesedaran Bahaya Rasuah juga turut dijalankan oleh Kelab AMAR IPGM KKB. Demostrasi penghasilan Kuih Onde-Onde juga turut dijalankan bersama peserta delegasi oleh siswa guru teras Bahasa Melayu. Program diteruskan dengan perkongsian amalan pedagogi bahasa melayu. Delegasi dipecahakan kepada tiga kumpulan untuk aktiviti perkongsian bagi Kursus Literasi Bahasa Melayu , Kursus Pengajaran Aspek Seni Bahasa Melayu dan Kursus Pendidikan Inklusif Bahasa Melayu.