KASUKMA adalah singkatan bagi Karnival Sukan Pelajar Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA yang diadakan sekali setiap tahun melibatkan kontinjen dan semua KPM & KM seluruh Malaysia.
Bagi program Diploma in Business Studies (DBS) dan Diploma in Accounting (DIA) , jam kredit adalah 2 dimana 1 jam pada semester 1 (Angkatan Pertahanan Awam) manakala 1 jam lagi pada semester 2 (Sukan/Kelab). Bagi pelajar Foundation in Accounting (FIA) pula hanya 1 jam kredit sahaja iaitu perlu diambil pada semester 2 (Sukan/Kelab).
Podium Perdana Siswa merupakan satu majlis penganugerahan oleh Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT) kepada pelajar / staf / organisasi di bawah naungan Unit Kokurikulum KPM & KM seluruh Malaysia yang telah menunjukkan kecemerlangan dan mengharumkan nama baik kolej serta MARA secara khususnya.
Ya, terdapat pelbagai aktiviti sukan yang dijalankan oleh Unit Kokurikulum dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang kebiasaannya akan dijalankan setiap semester. Antaranya adalah Festival Sukan Kolej (FESKO) yang dijalankan setiap semester mempertandingkan bakat-bakat pelajar mewakili semester masing-masing. Bukan sahaja sukan berbentuk fizikal malahan sukan berbentuk atas talian juga dijalankan seperti PUBG, Mobile Legends Bang Bang dan lain-lain.
Ya, peralatan sukan kekal seperti set catur, karom, bola, dan peralatan untuk latihan seperti kon marker dan lain-lain disediakan tetapi hendaklah merujuk Unit Kokurikulum untuk peminjaman peralatan serta setiap peminjaman akan direkodkan dalam Buku Reko Pinjaman Perlalatan Kokurikulum kolej. Bagi peralatan sukan lupus buang seperti bulu tangkis adalah tidak disediakan.
KASAF merupakan singkatan bagi Karnival Sukan Staf Kolej Profesional MARA dan Kolej MARA yang diadakan sekali setiap tahun melibatkan kontinjen dan semua KPM & KM seluruh Malaysia.