KPM Ayer Molek, Melaka : 23 Mei 2023 , Kontinjen Dark Phoenix berjaya mengekalkan kejuaraan mereka pada Festival Sukan Kolej edisi lalu apabila dinobatkan sekali lagi sebagai Johan Keseluruhan dengan pungutan pingat terkumpul 5 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa. Tahniah dan syabas diucapkan, semoga kecemerlangan dapat diteruskan lagi untuk edisi sukan seterusnya.
KPM Ayer Molek, Melaka : 23 Mei 2023 , Muhammad Akif Fahimi bin Mohd Fadzli dari kontinjen Dragon dinobatkan sebagai Olahragawan setelah berjaya membawa pulang 1 Emas bagi sukan Futsal dan 1 Perak bagi sukan Road Relay. Beliau merupakan pelajar semester akhir program Diploma in Business Studies . Syabas !
KPM Ayer Molek, Melaka : 23 Mei 2023 , Olahragawati pula disandang oleh Nurul Hana binti Mohd Noor juga dari kontinjen Dragon. Hana berjaya merangkul 1 Emas dan 2 Perak iaitu Emas kategori Badminton Perseorangan serta Perak masing-masing bagi kategori Bola Jaring dan Road Relay. Tahniah diucapkan.
KPM Ayer Molek, Melaka : 22 Mei 2023 , Pasukan dari Kontinjen Dragon mempamerkan aksi cemerlang apabila tampil di pentas akhir sekaligus mengekalkan kejuaraan FESKO edisi lalu bagi sukan Futsal dengan membenamkan pasukan Alligator 5-1. Syabas !
KPM Ayer Molek, Melaka : 22 Mei 2023, Pentas akhir bagi sukan Bola Jaring kali ini menyaksikan pertembungan antara pasukan Hawkeye menentang pasukan Dragon. Pasukan Hawkeye menang bergaya apabila berjaya mengalahkan pasukan lawan dengan jaringan 20 berbalas 1.
KPM Ayer Molek, Melaka : 21 Mei 2023, Pasukan Dark Phoenix tampil kemas di Gelanggang Petanque apabila berjaya mengekalkan pingat emas yang dimenangi mereka pada edisi lalu.
KPM Ayer Molek, Melaka : 21 Mei 2023, Pasukan Bola Tampar Lelaki Eagle terpaksa akur dan pulang dengan tangan kosong apabila mereka tumpas di peringkat kumpulan di pentas FESKO kali ini.
KPM Ayer Molek, Melaka : 21 Mei 2023 , Penampilan pertama kali buat saudara Aiman buat kontinjen Alligator berjaya membuahkan hasil apabila beliau berjaya merangkul pingat emas peribadi di hari pertama kejohanan.
KPM Ayer Molek, Melaka : 19 Mei 2023 , Majlis Perasmian Minggu Aktiviti KPM Ayer Molek Bagi Sesi 1 2023/2024 disambut meriah kali ini. Kelainan yang diterapkan pada edisi kali ini adalah dengan menggabungkan aktiviti sukan , kesenian , kebudayaan dan keusahawanan. Para pelajar juga memberikan kerjasama dan kelihatan sangat teruja dalam menghadapi minggu aktiviti pada kali ini. Bagi penerapan aktiviti sukan , Festival Sukan Kolej (FESKO) dipertandingkan dengan mempertaruhkan 17 pingat emas secara keseluruhannya. Bagi aktiviti kebudayaan pula, Pertandingan Aerodance, Solo Instrument dan Pakaian Tradisional dijalankan manakala bagi aktiviti keusahawanan pula pelajar digalakkan menjalankan aktiviti perniagaan sepanjang minggu aktiviti ini.
KPM Ayer Molek, Melaka : 17 Januari 2023, Tamat kisah FESKO Siri 3 bagi Tahun 2022/2023 dimana pasukan Dark Phoenix telah berjaya mencipta sejarah dimana mereka yang mana juga pelajar Semester 2 program Diploma in Accounting (DIA) & Foundation in Accounting (FIA) telah berjaya muncul sebagai Johan Keseluruhan dengan pencapaian 2 pingat Emas, 1 Perak dan 1 Gangsa. Tahniah diucapkan, semoga terus cemerlang di FESKO edisi yang akan datang.
KPM Ayer Molek, Melaka : FESKO edisi kali ini mempertandingkan juga bakat dalam sukan Sepak Takraw. Bagi acara ini, pasukan Funky Monkeys ini telah mempamerkan aksi cemerlang dan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dari peringkat kumpulan sehinggalah ke peringkat akhir. Mereka berjaya menumbangkan pesaing mereka di peringkat akhir iaitu pasukan Eagle dan meastikan pingat Emas dalam genggaman mereka.
KPM Ayer Molek, Melaka : Sukan tarik tali sememangnya tidak asing lagi dalam masyarakat di Malaysia. Sukan Tarik Tali turut dipertandingkan juga untuk FESKO kali ini dimana objektif sukan ini dilihat dapat memotivasikan para pelajar untuk bekerja dalam pasukan dan bersama-sama memikul tugas yang diberikan. Sorakan penyokong menjadi salah satu asbab kejayaan sesebuah pasukan itu. Teruskan menyokong pasukan masing-masing dan sentiasalah bermotivasi dan mempamerkan kerja berpasukan yang terbaik.
KPM Ayer Molek, Melaka : Kelainan demi kelainan cuba diterokai oleh barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) KPM Ayer Molek Melaka dalam mewujudkan suasana program yang lebih terkini dan menarik. Pada kali ini, pasukan Aerodance pula muncul dalam usaha menempah nama mereka di peringkat yang lebih tinggi. Semoga terus cemerlang dan dapat mencipta nama ke peringkat yang lebih tinggi.
KPM Ayer Molek, Melaka : Seperti kita ketahui, e-sport sudah tidak asing lagi dalam kalangan rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia. Begitu juga buat warga KPM Ayer Molek Melaka yang sudah tidak asing lagi dengan sukan ini. Banyak pemain-pemain yang berketrampilan dan berbakat besar telah mempamerkan persembahan permainan yang sangat baik. Buat FESKO edisi kali ini, pasukan The Raven 2 telah berjaya memastikan pingat Emas milik mereka dengan jumlah mata keseluruhan yang dikumpulkan bagi acara ini sebanyak 154 mata menewaskan pencabar terdekat mereka iaitu Eagle 1 dengan jumlah 141 mata. Tahniah !
KPM Ayer Molek, Melaka : 13 Januari 2023, Upacara Perasmian dan Majlis Penyerahan Bendera bagi Festival Sukan Kolej Sesi 3 Tahun 2022/2023 telah berlangsung di Dewan Kasturi kolej ini. Upacara Perasmian disambut dengan sangat meriah dimana semua pelajar bersama-sama turun dalam melancarkan upacara ini dan kesemua pelajar telah memakai pakaian mengikut kontinjen masing-masing. Upacara dihangatkan lagi dengan kibaran bendera kontinjen masing-masing semasa perarakan masuk kontinjen ke Dewan Kasturi. Selamat Maju Jaya diucapkan kepada semua kontinjen yang bertanding.
Bukit Serindit, Melaka : Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar KPM Ayer Molek , Puan Mashitoh Binti Musa bersama barisan Unit Kokurikulum KPM Ayer Molek telah menjalankan satu kunjungan hormat ke SMK Seri Kota, Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Sukan Negeri Melaka pada 29 November 2022 bagi menjalinkan satu hubungan baik dalam usaha sama bagi mencapai hasrat kedua-dua pihak iaitu mengenalpasti halatuju yang sesuai bagi pelajar-pelajar lepasan SPM di sekolah berkenaan untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Kehadiran disambut dengan teramat baik oleh pihak Pengetua SMK Seri Kota En. Abdul Ghaffar Bin Bakar dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum SMK Seri Kota, Melaka.
Dari Kiri : En Hasiran, En Muhamad Safwan, Pn Mashitoh , En Abdul Ghaffar dan Pn Syahidatul Kamila
Sesi Bergambar bersama Timbalan Ketua Pengarah (Pendidikan) MARA : Encik Razlan bin Hj Samsuri
Ayer Keroh , Melaka : 28 Oktober 2022 , KPM Ayer Molek telah menjadi tuan rumah bagi Majlis Podium Perdana Siswa KPM & KM 2022 dengan kerjasama Bahagian Pendidikan Tinggi (BPT). KPM Ayer Molek mengungguli bidang Keusahawanan setelah Nur Syiqah binti Abdul Razak dinobatkan sebagai Tokoh Keusahawanan Siswa KPM 2022. Nur Syiqah juga merupakan mantan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022. Nur Syiqah merupakan seorang pelajar yang sangat aktif juga berperwatakan menarik melibatkan diri dalam bidang usahawan dengan keuntungan tahunan mencecah RM1,074252.01. Syabas & Tahniah diucapkan
Kuala Nerang , Kedah : Kontinjen daripada KPM Ayer Molek menamatkan saingan untuk KASUKMA edisi kali ini dengan membawa pulang 2 Perak, 2 Gangsa dan 4 Tempat ke-4 dengan kedudukan ke-8 secara keseluruhan. Mungkin tahun ini tiada rezeki untuk merebut pingat dengan lebih banyak namun peluang pada tahun hadapan masih terbuka luas untuk pasukan Aymohawks kembali beraksi dengan lebih cemerlang. Cuba lagi untuk edisi yang akan datang dan terus bersemangat !
Para atlet dari KPM Ayer Molek tampil berpakaian seragam semasa Upacara Penutupan KASUKMA 2022 di Dewan Badlishah KM Kuala Nerang
Kuala Nerang, Kedah : Sukan petanque bukan sukan asing lagi buat penggemar sukan. Pada KASUKMA edisi kali ini, seperti ramalan pasukan KPM Ayer Molek bakal bertemu pasukan KPM Bandar Penawar di pentas akhir. Saingan hebat tetap diberikan oleh pasukan Aymohawks gandingan mantap Abdul Hakim & Muhammad Khairil Nazmi ini menetang atlet berpengalaman dari KPM Bandar Penawar, namun nasib lebih memihak kepada KPM Bandar Penawar. Pasukan KPM Ayer Molek tewas 5-9 di tangan KPM Bandar Penawar dan berjaya membawa pulang pingat perak.
Aman Central , Alor Setar : Muhammad Syazani & Nurazalea Hannani merupakan ayam tambatan KPM Ayer Molek dalam misi membawa pulang pingat dari sukan Boling bagi KASUKMA kali ini. Saingan tertumpu di kategori lelaki pada awal perlawanan dimana saingan sengit diberikan oleh pasukan KPM Beranang dan KPM Indera Mahkota dimana jumlah mata terkumpul sangat hampir sesama sendiri. Jurang jatuhan pin bagi kategori lelaki makin dilihat apabila babak perlawanan kedua dan ketiga lebih didominasi oleh atlet dari KPM Beranang yang juga merupakan atlet Sukma Selangor. KPM Ayer Molek akur dengan membawa pulang pingat Perak bagi kategori lelaki dan Tempat ke-4 bagi kategori wanita.
D'Mall Seri Iskandar, Perak : Pada 22 September 2022, Atlet KASAF 2022 bagi acara Bowling menampilkan penampilan kemas apabila berjaya membawa pulang pingat Emas bagi kategori Trio Lelaki dan pingat Gangsa bagi kategori Trio Wanita. Seperti sasaran setiap edisi KASAF, sukan Bowling merupakan lubuk pingat buat KPM Ayer Molek. Tahniah diucapkan kepada Aymohawks Bowlers atas pencapaian ini.
Pengarah KPM Ayer Molek, Puan Samsiah binti Kandar turut bersama-sama hadir memberikan sokongan kepada atlet
UITM Seri Iskandar , Perak : Pasukan Bola Jaring KPM Ayer Molek seperti biasa mengukuhkan corak permainan mereka demi mempertahankan pingat emas bagi sukan Bola Jaring. Berjaya mengalahkan KMKulim di peringkat Semi Final melayakkan mereka ke pentas Akhir bertemu KPM Indera Mahkota. Namun nasib tidak menyebelahi pasukan Aymohawks ini apabila tumpas di tangan KPM Indera Mahkota dengan mata 6-7. Pingat Perak yang sangat bermakna berjaya dibawa pulang ke bumi AYMO untuk KASAF edisi kali ini buat pasukan Bola Jaring.
KPM Seri Iskandar , Perak : Skuad Badminton Beregu Lelaki KPM Ayer Molek akur dengan membawa pulang pingat Gangsa buat temasya sukan KASAF kali ini disebabkan kecederaan yang dialami salah seorang daripada beregu tersebut di peringkat separuh akhir, memaksa skuad ini untuk tunduk kepada skuad Kolej MARA Seremban. Namun perjuangan tetap diteruskan dengan menahan kesakitan yang dialami di penentuan tempat 3/4. Berbekalkan semangat juang yang tinggi, skuad Aymohawks ini berjaya menumpaskan KPM Beranang sekaligus menghadiahkan Gangsa buat Kontinjen Aymohawks.
KPM Seri Iskandar, Perak : Sukan Catur Individu Lelaki kali ini menampilkan penampilan tunggal atlet catur KPM Ayer Molek iaitu Encik Azrul Haffiz bin Mohamed. Beliau berjaya menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen Aymohawks untuk KASAF kali ini. Beliau sememangnya berbakat besar dalam sukan catur. Tahniah diucapkan atas pencapaian yang membanggakan ini.
Trio Boling Wanita dari kiri Puan Zalifah, Puan Rohaizah dan Puan Miza Farahana bergambar kenang-kenangan
MIBC, Melaka : Kejohanan Boling Piala Pengarah KPMAM merupakan kejohanan tahunan yang mempertandingkan bakat-bakat dalam kalangan staf dan pelajar KPM Ayer Molek. Bagi kejohanan tahun ini, pasukan staf mempamerkan aksi yang cemerlang apabila berjaya membawa pulang pinggat Emas bagi kedua-dua kategori (Trio Lelaki & Trio Wanita). Tidak cukup dengan itu, bagi kategori Jatuhan Pin Tertinggi juga dimonopoli oleh pasukan staf apabila En Muhamad Safwan berjaya menempah nama bagi kategori Lelaki dan Puan Miza Farhana menyumbang bagi kategori wanita. Tahniah !
KPM Ayer Molek, Melaka : Pada 5-11 September 2022 telah dijalankan Festival Sukan Kolej (FESKO). Pasukan staf (Hawkeye) telah dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan FESKO edisi kali ini dengan pungutan pingat terkumpul sebanyak 5 Emas, 4 Perak dan 2 Gangsa. FESKO kali ini disertai oleh 7 kontinjen secara keseluruhannya dari Semester 1 hingga Semester akhir dan 1 kontinjen daripada pasukan staf sendiri. Tempat kedua keseluruhan disandang oleh kontinjen Semester 6 (Funky Monkeys). Tahniah diucapkan kepada semua pemenang.
KPM Ayer Molek, Melaka : Aksi Perlawanan Akhir Bola Sepak menyaksikan pertemuan antara pasukan Lynx menentang pasukan Dragon. Perlawanan penuh menyaksikan keputusan terikat 0-0 sehingga perlawanan terpaksa diakhiri dengan penentuan sepakan penalti. Pasukan Lynx berjaya membenam hasrat pasukan Dragon dari memperoleh kilauan Emas dengan keputusan sepakan penalti memihak kepada pasukan Lynx. Pasukan Lynx menang sepakan penalti dengan jaringan 4:2.
KPM Ayer Molek, Melaka : Buat kedua-dua pasukan Bola Tampar Lelaki & Perempuan Hawkeye terpaksa akur dengan pingat Perak apabila kedua-dua pasukan tumpas di pentas akhir. Pasukan Hawkeye lelaki tewas 1-2 di tangan pasukan Lynx manakala pasukan Hawkeye wanita tewas 0-2 di tangan Funky Monkeys.
KPM Ayer Molek, Melaka : Tidak disangkal lagi, atlet daripada kontinjen ini telah menunjukkan semangat kesukanan yang sangat cemerlang. Olahragawan disandang oleh Muhammad Faris dengan pencapaian 2 Emas dan 1 Perak manakala Olahragawati milik Azia Syahirah dengan pungutan pingat peribadi beliau 2 Emas dan 1 Gangsa.
KPM Ayer Molek, Melaka : Perlawanan akhir bola jaring telah menyaksikan pasukan Hawkeye menentang pasukan The Ravens. Pasukan Hawkeye pulang dengan senyuman setelah berjaya menumpaskan pasukan The Ravens dan memastikan pingat Emas milik mereka. Tahniah!
KPM Ayer Molek, Melaka : 26-28 Ogos 2022 merupakan tarikh keramat buat kelab Bola Tampar Aymohawks bagi penganjuran klinik julung-julung kali bersama generasi alumni kelab yang telah tamat pengajian. Klinik ini telah disertai oleh 41 orang pelajar dan 31 orang alumni Aymohawks VC. Sepanjang klinik berlangsung, penerapan ilmu asas kemahiran bola tampar dan latihan dalam kumpulan adalah antara pengisian yang diterapkan. Tujuan klinik ini dibuat adalah sebagai pendedahan kepada para pelajar yang ingin menceburi bidang sukan ini disamping mengeratkan ukhwah sesama pelajar dan alumni. Program ini dipimpin oleh Presiden Kelab Bola Tampar Aymohawks KPM Ayer Molek iaitu saudara Hadif Wildan bin Mohd Nizam dan organisasi jawatankuasa Aymohawks VC beliau. Syabas !