Terima kasih kerana memilih Inai Ace Henna menjadi sebahagian daripada hari bahagia anda. Berikut adalah terma dan syarat yang perlu dibaca oleh pelanggan setelah membayar deposit.
Sila hubungi dan ingatkan kami tarikh & masa berinai anda 4-7 hari sebelum hari berinai.
Jika terdapat pembatalan dari pihak pengantin, deposit TIDAK akan dipulangkan. Kecuali di atas budi bicara pihak kami.
Setelah membayar deposit, pakej tidak boleh di downgrade, hanya boleh di upgrade sahaja. Jika anda nak downgrade, harga tetap sama.
Jika mahu tukar tarikh & tempat berinai, bergantung kepada tarikh & masa available. Jika ada, anda dibenarkan untuk tukar TIGA (3) KALI SAHAJA.
Anda disarankan untuk scrub bahagian kulit yang hendak diinaikan. Seeloknya buat 3 hari berturut ketika mandi, sebelum sesi berinai. Supaya serapan inai pada kulit akan jadi lebih sekata & tahan lama.
Anda disarankan untuk buff kasar kuku anda tanpa meletakkan sebarang krim di atasnya supaya inai dikuku cantik sekata.
Pastikan kulit bersih daripada sebarang minyak atau losyen pada tangan & kaki, sebelum sesi berinai.
Pastikan anda sudah siap MAKAN, POTONG KUKU, MANDI, BASUH RAMBUT (jika perlu, untuk menjaga ketahanan warna inai selepas berinai @ anda boleh pergi basuh di salun) & STOP segala kerja-kerja untuk memulakan sesi berinai bagi mengelakkan sebarang caj tambahan bagi kelewatan tersebut. Boleh rujuk caj tambahan sekiranya pelanggan lewat.
Sila pakai baju dan seluar yang sesuai. Baju hendak lah baju yang boleh disingsing. Jika anda mengambil pakej berinai tangan & kaki , seluar yang dipakai hendaklah legging atau seluar ketat dikaki supaya senang dilipat ke atas.
Ketika sesi melukis inai, sila jangan bergerak secara mengejut, bermain phone, berborak terlalu kuat, banyak bergerak untuk mengelakkan kecacatan/comot pada inai.
Sediakan ruang berinai yang selesa, jauh daripada laluan dan pergerakan orang ramai, kawasan yang mempunyai pencahayaan yang terang. Disarankan untuk sesi berinai di buat di kawasan meja makan lengkap kerusi untuk keselesaan dan kesihatan tulang belakang henna artist dan pelanggan.
Sekiranya pelanggan lewat, caj menunggu akan dikenakan RM50 pada setiap setengah jam.
Sila jelaskan baki bayaran berinai cash/online transfer setelah siap berinai.
Sila sediakan parking berdekatan dgn rumah @ tempat berinai anda. Jika lokasi berinai mempunyai caj parking, kos parking ditanggung oleh pelanggan. Jika lokasi berinai anda sukar untuk mendapatkan tempat letak kereta, dimohon untuk pelanggan menyediakan tempat letak kereta untuk Henna Artist. Sila maklumkan jika lokasi berinai tersebut mengenakan caj parking.
Di atas faktor keselamatan, masa bekerja kami adalah tidak melebihi jam 12am. Sebarang permintaan tambahan servis melebihi masa tidak dapat dipenuhi.
Kami tidak menyediakan perkhidmatan MELUKIS inai kepada LELAKI.
Sekiranya ada apa-apa persoalan, boleh terus hubungi kami. Terima kasih banyak.