Jika ada adalah pesakit G6PD, mohon maaf sangat-sangat, inai tidak sesuai untuk anda, walaupun inai natural sekalipun.
Jika anda mempunyai alahan terhadap essential oil, inai lukis juga tidak sesuai untuk anda. Inai capping di hujung jari boleh, tak ada masalah kerana inai di hujung jari tidak mempunyai campuran essential oil, bergantung pada permintaan.
Lakukan aktiviti cuci rambut, mandi lulur, mandi kunyit, mandi bunga, scrubbing kulit, dan sebagainya sebelum berinai. Aktiviti ini boleh menggangu proses inai untuk menjadi matang dan cantik sekiranya dilaksanakan selepas sesi berinai.
Sila scrub dulu kulit anda sebelum berinai untuk membuang sel-sel kulit mati di kulit. Inai akan tahan lebih lama dan warna lebih cantik pada kulit yang telah dibersihkan dengan scrub.
Sekiranya anda melakukan waxing, seelok-eloknya buat sekurang-kurangnya 3-4 hari sebelum sesi berinai. Ini kerana dikhuatiri berlaku sebarang alahan pada pori-pori kulit yang terbuka semasa sesi berinai akibat daripada aktiviti waxing sebelumnya.
Pastikan kulit bersih daripada sebarang losyen dan minyak semasa sesi berinai. Pengaplikasian losyen dan minyak ini akan menggangu warna inai untuk meresap ke dalam kulit.
Jika anda mempunyai bulu yang tebal di bahagian yang hendak diinaikan, disarankan agar anda membuang (waxing) dahulu bulu rerambut berkenaan. Jika tak mahu, tak apa.
Khaskan masa yang panjang untuk sesi berinai (lebih kurang 2 jam) + membiarkan inai di kulit (sekurang-kurangnya 6jam). Disarankan untuk berinai pada waktu selepas Isyak/jam8.30pm@9.00pm. Nanti lepas berinai, pengantin boleh terus masuk tidur dan tanggalkan inai pada waktu Subuhnya.
Pilih ruang/kawasan yang lapang dan tenang bagi sesi berinai. Elakkan daripada tempat yang sesak dengan orang lalu-lalang, bimbang mengganggu proses berinai. Pilih juga ruang/kawasan yang mempunyai pencahayaan yang terang.
Saya lebih prefer untuk melukis di kawasan meja makan, lengkap dengan kerusi dan meja untuk keselesaan serta kesihatan tulang belakang pelanggan dan Henna Artist.
Menggunakan bahan yang bagus dan berkualiti tinggi adalah penentu aras akan kecantikan penghasilan warna inai. Jangan risau, Inai Ace Henna menggunakan bahan-bahan yang berkualiti tinggi khusus buat para pelanggan.
Tahukan anda bahawa 50% faktor cantiknya warna inai itu adalah daripada penggunaan bahan-bahan yang bagus, tetapi selebinya 50% adalah daripada aftercare anda, iaitu cara anda menjaga inai tersebut.
Ada 4 cara mudah yang utama untuk penjagaan inai:
Biarkan inai di kulit selama mana yang boleh. Lebih lama ianya di kulit anda, lebih baik warna yang akan terhasil.
Kurangkan kontak dengan air dalam tempoh 24jam selepas inai ditanggalkan.
Suhu yang hangat membantu warna inai untuk lebih pekat, ini kerana inai natural sangat sukakan suhu yang hangat. Secara teknikalnya, suhu badan yang hangat sangat membantu dalam menghasilkan warna yang lebih pekat. Oleh itu, jauhi kawasan berhawa dingin dalam tempoh 24jam selepas inai ditanggalkan. Jika perlu, boleh membuat 'clove steaming' untuk memekatkan warna inai. Pastikan badan anda sentiasa hangat.
Oleskan henna balm. Gunakan Henna Balm untuk melengahkan proses pemudaran inai.
Apa yang perlu ada untuk aftercare henna?
Ada dua; iaitu Henna Selant Spray dan Henna Balm.
Cara tanggalkan henna paste daripada kulit:
Selepas inai dipakai selama mana yang dikehendaki, singkirkan inai tersebut menggunakan benda tumpul seperti butter knife, sudu atau belakang pisau. Gunakan baby oil/minyak masak/minyak kelapa atau minyak zaitun untuk memudahkan lagi membuang saki baki inai tersebut. Jangan gunakan air!
Jangan risau, warna inai yang selepas ditanggalkan itu memang akan bewarna keorenan. Jangan menangis atau panik ya.
Pada ketika dan tahap ini, sentiasa oles Henna Balm untuk menjaga warna inai anda. Yang PALING PENTING adalah elakkan daripada terkena air pada stage ini. Jangan risau, boleh berwudhu dan solat seperti biasa. Cuma pastikan anda menyapu Henna Balm pada inai anda sebelum dan selepas menyentuh air. Kalau nak makan pun pakai sudu garfu tau.
Perkara yang dilarang selepas inai ditanggalkan:
basuh pinggan mangkuk
bershampu rambut
bermain air
membuat kerja-kerja yang menyentuh air yang banyak
Sekiranya anda terpaksa juga untuk membuat kerja-kerja berkenaan, sila pakai sarung tangan untuk melindungi inai anda. Tak guna dah penat-penat berinai, bayar mahal-mahal untuk servis inai, tetapi tak mahu jaga warna inai. Itu adalah satu kerugian yang amat BESAR SEKALI.
Henna Artist sudah melaksanakan tanggungjawab mereka, selebihnya terpulang anda hendak menjaga inai dengan baik.
Selamat menikmati inai natural! ;)
Digunakan selepas inai yang dilukis di kulit separa kering. Spray beberapa kali ke atas inai dan biarkan kering seketika sebelum dibalut. Bahan di dalam Henna Sealant Spray ini hanyalah Rosewater, Gula dan essential oil sahaja. Tujuan air gula dispray ke atas inai adalah untuk beri inai lebih lekat di kulit dan menguncikan kelembapan inai supaya warna inai lebih menyerap masuk ke kulit.
Sentiasa gunakan Henna Balm ini untuk protect warna inai anda. Gunakan sebelum dan selepas membuat aktiviti yang menyentuh air. Sentiasa guna Henna Balm ini untuk memberikan kelembapan pada kulit anda. Kulit yang kering akan menyebabkan inai lebih cepat pudar. Henna Balm ini juga boleh digunakan untuk bibir dan kutikel kuku kerana mengandungi bahan-bahan natural dan minyak yang sangat bagus untuk kulit dan bibir. Sangat-sangat berbaloi guna Henna Balm ini tahu.