Kursus Measurements: Tools and Processes telah diadakan pada 24 Jun 2024 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Kursus sehari anjuran bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini dibuka kepada orang awam secara percuma sempena National Training Week (NTW). Lima orang peserta telah hadir terdiri dari kalangan pelajar lepasan institusi awam, pegawai akademik institusi swasta dan pekerja industri. Objektif kursus ini adalah untuk memberi informasi asas dan pertengahan tentang beberapa alat pengukuran yang kerap digunakan dalam pemeriksaan. Pembelajaran lebih fokus kepada alatan tangan seperti angkup, mikrometer dan tolok ketinggian. Kursus disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu Pn. Hairulashikin binti Shah Johan.
Kursus Single / Compound Die Try Out Process telah diadakan pada 30 Mei 2024 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Kursus sehari anjuran bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini dibuka kepada orang awam secara percuma sempena Hari TVET Negara peringkat ILP Pasir Gudang. 10 orang peserta telah hadir terdiri dari kalangan pelajar lepasan institusi awam dan pencari kerja. Objektif kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang proses pengeluaran produk dengan alat tekan logam (metal stamping die) yang merupakan salah satu elemen penting dalam sektor pembuatan. Pembelajaran lebih fokus kepada cara pemasangan alat tekan logam, melaras alat tekan pada mesin stamping, melakukan proses die stamping, dan memeriksa produk yang dihasilkan. Kursus disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu Pn. Harmaninda binti Haron.
Kursus Operasi Mesin Larik telah diadakan selama 5 hari bermula pada 20 Mei hingga 25 Mei 2024 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Perserta kursus ini terdiri daripada enam orang kakitangan syarikat Unijoh Sdn. Bhd. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang operasi mesin larik. Pembelajaran lebih fokus kepada cara melaras mesin larik, melaras mata alat pemotong, melaras benda kerja dan melakukan beberapa operasi larik berpandukan lukisan komponen. Kursus disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Bukhaari bin Miskam dengan dibantu oleh En Sallehuddin bin Hj Kassim.
Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Die) telah menganjurkan Kursus Cross Bengkel MasterCAM Milling & Turning pada 7 & 8 Julai 2023. Seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Bengkel Teknologi Rekabentuk Produk Industri telah menyertai kursus tersebut. Kursus ini telah dijalankan di Makmal CAD Teknologi Pembuatan (Perkakasan – Die) dan disampaikan oleh Encik Sallehuddin bin Kassim. Kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya yang bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran berkaitan penggunaan perisian MasterCAM dan operasi asas mesin CNC kisar dan larik.
Sempena National Training Week (NTW), kursus Operasi Asas Larik telah diadakan pada 26 dan 27 Mei 2023 di Bengkel Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan untuk memberi pendedahan dari segi pengetahuan dan kemahiran kepada peserta tentang operasi asas mesin larik. Pembelajaran lebih fokus kepada cara melaras mesin larik, melaras mata alat pemotong, melaras benda kerja dan melakukan operasi larik berpandukan lukisan yang diberikan. Peserta kursus terdiri daripada 15 orang peserta dan disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Muhammad Adam bin Mahfodz.
Kursus sehari Basic 2D CAD - Die Design telah diadakan pada 12 Februari 2023 di Makmal CAD Teknologi Pembuatan, ILP Pasir Gudang. Kursus yang dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta tentang asas merekabentuk alat tekan (die) jenis single dan compound secara dua dimensi (2D) menggunakan perisian AutoCAD. Topik penting yang telah disampaikan adalah Asas Pengiraan Kelegaan Pemotongan (cutting clearance), dan Lakaran 2D Punch dan Die. Peserta kursus terdiri daripada 13 orang awam dan disampaikan oleh pengajar pakar bidang Pembuatan (Perkakasan-Die) iaitu En Saari bin Ishak.
SLDN - IN PROGRESS