PROGRAM
ILP PASIR GUDANG
SKM 3 : MC-031-3:2015 METAL STAMPING DIE MAKING
SKM Tahap 3 - Fokus pembelajaran teori (30%) dan amali (70%) bagi Persijilan Kemahiran Malaysia (SKM) secara Single Tier bagi Tahap 3 bidang Teknologi Pembuatan Perkakasan Die berdasarkan Standard Kemahiran yang ditetapkan dalam NOSS MC-031-3:2015. Mod pembelajaran secara sepenuh masa di pusat bertauliah (ILP Pasir Gudang).
Lepasan Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) berpeluang untuk melanjutkan pengajian dalam bidang Diploma Teknologi Pembuatan di ADTEC Melaka dan ADTEC Kulim.
Graduan bidang Teknologi Pembuatan (Perkakasan - Die) berpeluang luas memenuhi pasaran kerja dalam sektor pembuatan dan pengeluaran, seperti juruteknik pemesinan dan CNC, CNC programmer, perekabentuk mekanikal, kawalan kualiti, die manufacturing, die maintenance dan penyelenggaraan mesin.
Merupakah salah satu bahagian di bawah Jabatan Mekanikal dan Pengeluaran di Institut Latihan Perindustrian Pasir Gudang, Jabatan Tenaga Manusia yang menawarkan program latihan kemahiran berlandaskan standard kemahiran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
Program Sijil Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) mendedahkan pelajar kepada pengetahuan dan kemahiran berkaitan bidang pembuatan acuan alat tekan (Press Die). Bidang kemahiran ini digunakan bagi menghasilkan produk berasaskan kepingan logam. Para pelajar yang mengikuti kursus ini akan mempelajari kemahiran seperti penggunaan alat pengukuran kejituan tinggi, merekabentuk acuan menggunakan perisian CADCAM, AutoCAD, Solidwork dan pemotongan bahan menggunakan mesin konvensional seperti mesin larik, kisar dan canai serta mesin CNC seperti CNC Lathe, CNC Milling dan CNC EDM Wire Cut. Pelajar juga akan diajar cara-cara membuat die dari peringkat merekabentuk, pembuatan, pemasangan, mengenalpasti kecacatan atau kerosakan sehinggalah penghasilan produk.
Dari kiri:
Bukhaari bin Miskam (PPLV DV30), Saari bin Ishak (PPLV DV30), Junaidah binti Sulaiman (PPLV DV38 - Ketua Bahagian), Harmaninda binti Haron (PPLV DV36), Muhammad Adam bin Mahfodz (PPLV DV29), Sallehuddin bin Kassim (PPLV DV29)
Disediakan oleh: Junaidah Sulaiman
2024 | ILP Pasir Gudang
Hubungi Tel: 07-2544170 Faks: 07-2511910