Speaker: Mohammad Akmal bin Mohd Akbar
Editor : Nuruallah (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
NADA STUDIO kali ini berkonsepkan tentang pengetahuan am yang bertajuk “WHATSAPP & INSTAGRAM” AKU PUNYA! Speaker memberitahu bahawa sejak akhir tahun 2019, apabila kita update WhatsApp dan Instagram, akan terpapar satu nama iaitu “Facebook” pada bawah kedua-dua wall aplikasi itu.
Ini bermaksud kedua-dua aplikasi tersebut dibawah syarikat Facebook. Facebook telah membeli Instagram pada tahun 2012 dengan harga 1 billion dollar manakala Facebook juga telah membeli Whatsapp pada tahun 2014 dengan harga 19 billion dolar. Facebook mengambil kedua-dua platform aplikasi tersebut untuk dijadikan sebagai investment dan juga marketing strategy kepada syarikat mereka.
Marketing boleh dikaitkan dengan branding syarikat Facebook yang dapat menaikkan lagi nama Facebook dengan meletakkan nama syarikat mereka di bawah wall-wall aplikasi yang dimilikinya. Dari segi Investment pula, mereka mengeluarkan nilai wang yang banyak sebagai modal ataupun capital di awal dan mereka mendapat pulangan yang lebih tinggi daripada modal yang dikeluarkan pada akhirnya. Ini merupakan salah satu tindakan bijak yang telah Facebook lakukan untuk syarikat mereka.
Speaker: Ummu Najma
Editor : Zaireel (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
Episod kedua Nada Studio kali ini bertajuk Cintai Diri Sebelum Berani Jatuh Cinta. Topik ini amat mementingkan tentang self love dan perkongsian yang terdapat dalam video ini ialah bagaimana kita ingin mencintai orang lain sedangkan cinta diri sendiri pun tidak. Speaker mengetengahkan 3 unsur iaitu tanggungjawab, cerminan diri sendiri, bagaimana cara cinta akan diri sendiri?
Speaker mengaitkan tentang cara cinta akan diri sendiri dengan menyelamatkan diri dari api neraka. Ini ialah hakikat, kita ingin mencintai orang lain sedangkan kita tidak mencintai diri kita sendiri ia seperti kita ingin menyelamatkan orang yang lemas sedangkan kita tidak mampu berenang. Speaker juga berkongsi tentang maksud surah Al Tahrim ayat ke-6 yang berkait rapat tentang topik ini.
Selain itu, ada dinyatakan beberapa perkara oleh speaker tentang bagaimana kita ingin tingkatkan kecintaan dalam diri kita. Pertama, mencari rahmat Allah s.w.t dengan melakukan perkara yang Allah suruh dan tinggalkan perkara yang Allah larang. Kedua, beriman dan beramal soleh dengan melakukan kebaikkan dan yang terakhir sentiasa mencari ilmu, mengamalkan dan memperjuangkan. Kesimpulannya, episod Nada Studio kali ini memberi pendedahan untuk orang ramai mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai orang lain.
Speaker: Mohammad Akmal bin Mohd Akbar
Editor : Hanny Aefrina (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
NADA Studio kali ini berkonsepkan tentang kisah komedi k-drama yang bertajuk Backstreet Rookie. Drama ini mengisahkan tentang seorang pengurus di kedai serbaneka yang bernama Choi Daeyunn. Dae-Hyunn berkerja selama 24 jam untuk menguruskan kedai serbaneka miliknya. Oleh kerana itu, Dae-Hyunn merasa amat penat lalu Dae-Hyunn terpaksa mengupah part-timer iaitu Jung Saet-Byul. Speaker memberitahu bahawa, Saet-Byul merupakan seorang wanita yang mahir dalam seni mempertahankan diri. Maka, semua kes jenayah yang berlaku di kedai serbaneka milik Dae-Hyunn diselesaikan oleh Saet-Byul.
Seterusnya, speaker berkongsikan kepada pelajar tips bekerja secara separuh masa di kedai serbaneka seperti 7-Eleven dan myNEWS. Pertama, speaker menyatakan untuk always feel great ketika bertugas di kaunter pembayaran. Anda haruslah berfikir secara positif dan memberi senyuman kepada pelanggan Kedua, speaker juga menyatakan untuk always talk to your customer. Sejurus pelanggan melangkah masuk, anda hendaklah menyapa mereka dengan senyuman.
Selain itu, apabila pelanggan ke kaunter pembayaran, anda boleh berbual dengan mereka atau apabila pelanggan mengajukan pertanyaan anda harus menjawabnya. Speaker merumuskan anda akan merasa gembira apabila berbuat sedemikian dan anda akan merasa gembira ketika bekerja separuh masa di kedai serbaneka. Akhir sekali, speaker juga mengajak para pelajar untuk bekerja separuh masa ketika cuti semester akan datang.
Speaker: Puteri Hanny Aefrina Mohd Affendy
Editor : Wildaniah (Produksi Pengurusan Acara dan Kewartawanan)
NADA Studio kali ini berkonsepkan perkongsian yang bertajuk “Fake Confident During Online Class”. Speaker memberitahu tentang langkah-langkah untuk mempunyai fake confident apabila melakukan online presentation.
Langkah pertama untuk mempunyai fake confident adalah kita perlu memahami dan faham dengan lebih terperinci maklumat yang ingin disampaikan kepada rakan-rakan dan juga pensyarah. Langkah yang kedua ialah kita boleh melakukan eye contact kepada diri sendiri apabila melakukan presentation agar dapat mengurangkan rasa gugup. Langkah ketiga pula adalah kita hendaklah memastikan penampilan diri kita kelihatan cantik dan kacak untuk meningkatkan keyakinan terhadap diri kita.
Seterusnya, kita boleh melakukan body gesture atau pergerakan badan seperti yang dilakukan oleh speaker dalam video. Langkah kelima ialah kita hendaklah melontarkan suara dengan lebih jelas supaya rakan-rakan yang lain dan juga pensyarah faham terhadap apa yang kita hendak sampaikan. Berdasarkan 5 langkah-langkah yang telah dikongsikan, speaker berharap ianya dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan fake confident dalam diri ketika online class.
Speaker : Amir Haakimudin Rosli
Editor : Nurullah (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
NADA Studio come out with such an interesting and useful tips on how to manage time especially for online student. There are five tips on how to manage your time in contemplation of being organize.
The first tips that speaker share to us is to always plan ahead and make a list of things that you must do in daily and also weekly as this will help you to stay focus throughout the week. The second tips are to avoid multitask and only focus at one thing in one time. The third tips on how to manage the time is block away all the distractions when you are study online such as when you are doing your works, try to avoid surfing unnecessary web and open any social media. Next, is always reward yourself after done your work. This is important for you to reward yourself in order to avoid burnout and building extra motivation. Finally, get enough sleep and wake up early in the morning which is one of the most important things because sleeping is essential to rest your body and keep your mind fresh for the next day. Try to get 7 or 8 hours of sleep every day .
That is all the tips on how to manage time effectively. The speaker hopes that those tips will help us to create an affective balanced life and avoid burning out which can make us stressed out. So, no stress, be happy!
Speaker : Dzatin Aiman
Editor : Nur Safarina (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
NADA Studio kali ini berkonsepkan perkongsian cara-cara memasak. Speaker memberitahu langkah-langkah menyediakan masakan dengan mudah dan cermat dari mula memasakan sehingga akhir.
Bermula dari langkah pertama iaitu menyediakan bahan-bahan yang ingin digunakan sebelum memulakan masakan. Kemudian, pengecualian bahan sampingan yang tiada didapur seperti serai yang hanya menambah bau wangi terhadap masakan. Namun, penggunaan bawang bawang mampu membuatkan makanan lebih enak kerana ia mempunyai baud an rasa tersendiri. Tumiskan bahan kering terlebih dahulu dan campurkan dengan bahan basah dan pastikan ia sebati (pecah minyak).
Penggunaan perasa seperti garam dan gula secukupnya amat penting dan biarkan ia larut. Seterusnya, masukkan bahan utama sepertia ayam, ikan, udang dan biarkan seketika sehingga ia serap rasa-rasa yang ada dengan sempurna. Bagi makanan bergoreng, pastikan api digunakkan dalam keadaan perlahan manakala bagi masakan berkuah, perlahankan api apabila kuahnya menggelegak. Perbanyakkan selawat supaya makanan mendapat barakah.
Speaker : En Ahmad Subhi
Editor : Maisara Batrisyia (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
Topik NADA Studio pada kali ini adalah mengenai cara untuk para pelajar mendapatkan dekan. Speaker telah menengahkan 5 huruf yang mempunyai maksud tersirat iaitu “ D E K A N”. Huruf D membawa maksud Doa, speaker memberitahu bahawa semasa kita ingin memulakan pembelajaran tidak kira secara nyata atau maya, kita hendaklah berdoa. Huruf yang seterusnya adalah E, ia membawa maksud Emak dan Ayah. Kita hendaklah memberitahu ibubapa kita bahawa pada semester ini, kita akan berusaha untuk mendapatkan dekan dan meminta mereka untuk mendoakan kita.
Huruf yang ketiga pula adalah K. Huruf tersebut membawa maksud Keluarga dan Kawankawan. Speaker menekankan bertapa pentingnya untuk kita memberitahu mereka mengenai target kita untuk mendapatkan dekan. Hal ini kerana keluarga dapat memberikan sokongan moral manakala kawan-kawan pula tidak akan terasa hati mengenai perubahan tingkat laku kita. Seterusnya adalah huruf A, yang bermaksud Amanah. Speaker menjelaskan bahawa amanah yang dipegang oleh seorang pelajar adalah assignment. Jika para pelajar menganggap assignment sebagai satu amanah, maka pelajar akan membuat assignment tersebut dengan sepenuh hati dan bersungguh-sungguh.
Akhir sekali, adalah huruf N yang membawa maksud Nasihat. Kita perlulah sentiasa menasihati dan bermonolog dengan diri sendiri supaya dapat mencapai target dan tidak tersasar dari landasan. Jika kita tersasar dari tujuan asal untuk belajar, kita perlu menasihati diri sendiri untuk kembali fokus dan sentiasa berkata perkara-perkara yang positif supaya lebih bersemangat dan tidak jauh dari niat asal.
Speaker : EDr Annuar Aswan
Editor : Wildaniah (Produksi Pengurusan Acara & Kewartawanan)
NADA Studio kali ini berkonsepkan perkongsian yang bertajuk Tips Berjaya Dalam Kehidupan. Speaker berkongsikan beberapa cara untuk berjaya dalam kehidupan.
Cara yang pertama ialah menjaga hubungan dengan tuhan. Sebagai hamba kita perlulah menjaga hubungan kita iaitu, dengan bersolat, berpuasa, membaca Al-Quran, bersedekah dan lain-lain. Sekiranya kita melakukan suruhan Allah, dengan izin-Nya kehidupan kita akan terpelihara. Selain itu, cara untuk berjaya ialah dengan menjaga hubungan dengan ibu dan ayah. Berikan kasih sayang kita kepada mereka dan kerap menghubungi merekadan berbuat baik dengan mereka. Keredaan Allah adalah terletak pada keredaan ibu dan ayah kita, maka kita mestilah menjaga hati mereka.
Seterusnya, cara ketiga ialah sentiasa bersedekah. Bersedekah ini bukan sahaja dengan wang riggit malah dengan cara memberikan sumbangan tenaga. Dengan bersedekah, kita mampu memberikan senyuman dan memudahkan urusan orang lain. Cara yang keempat ialah dengan memudahkan urusan orang lain. Jika kita permudahkan urusan orang lain, urusan kita juga akan dipermudahkan oleh-Nya. Orang lain akan menyanyangi kita jika kita memudahkan urusan mereka.
Akhir sekali, tidak mengharapkan sebarang balasan atas kebaikkan yang kita lakukan. Lakukan sesuatu perkara dengan seikhlas hati dan tidak mengharapkan sebarang ganjaran. Jika memperoleh sebarang ganjaran perlulah bersyukur dan jika tidak, kita mestilah tenang dan berlapang dada.