UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar, 9 Oktober 2019 – Istiadat Konvokesyen UiTM adalah satu bentuk apresiasi universiti kepada para graduan yang telah berjaya menamatkan pengajian. Dalam sala istiadat, UiTM Cawangan Perak telah menganjurkan Pesta Konvokesyen ke – 91 bagi memeriahkan lagi sambutan istiadat. NADA Irama merupakan satu pengisian Pesta Konvokesyen ke - 91 di UiTM Cawangan Perak.
NADA Irama merupakan satu pengisian berbentuk pertandingan nyanyian. Para peserta disaring dengan bantuan Unit Kebudayaan UiTM dan mereka yang terpilih akan mara ke pusingan akhir iaitu pada Malam Kemuncak Pesta Konvokesyen ke – 91. Kualiti para peserta tidak dapat dipertikaikan, kebolehan dalam nyayian dan gerak pentas jelas menunjukan mahasiswa UiTM Cawangan Perak bukan sahaja cemerlang akademik malah mempunyai bakat yang hebat dalam kurikulum.
NADA Irama yang dianjurkan oleh Persatuan Nadi Acara (NADA), selain bertujuan menampilkan bakat mahasiswa, ia juga bertujuan untuk memperkenalkan persatuan yang membawa aspirasi and inspirasi dalam penganjuran program ‘broadcast’. Julung kalinya persatuan pelajar di UiTM Cawangan Perak berjaya mengelolakan program setanding penganjuran media elektronik.
Persatuan NADA berjaya menganjurkan program berskala besar dan berimpak tinggi adalah kerana berkat tunjuk ajar dan nasihat daripada penasihat persatuan, Encik Shahrul Izwan Md Hassan Pegawai Eksekutif Unit Komunikasi Korporat UiTM Cawangan Perak. Encik Shahrul Izwan, dengan penuh ketegasan memberi pandangan dan nasihat beliau kepada ahli persatuan agar NADA Irama dapat berjalan dengan lancar dan jayanya.
“UiTM Cawangan Perak Kampus Seri Iskandar terdiri daripada Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur. Walau bagaimanapun Persatuan NADA mampu menghasilkan program ‘broadcast’ yang diajar dalam Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media. Saya berbangga dengan komitmen dan kejayaan seluruh ahli dalam mengendalikan dan menguruskan NADA Irama.” - Encik Shahrul Izwan Md Hassan, Penasihat Persatuan Nadi Acara.
Kejayaan NADA Irama menjadi buah mulut dari barisan Pengurusan Eksekutif UiTM Cawangan Perak ke seluruh warga kampus UiTM Cawangan Perak dan persatuan pelajar lain termasuk Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). MPP juga telah pun meletakan NADA Irama sebagai inspirasi bagi penganjuran program-program mereka pada masa akan datang. Melalui program NADA Irama, jelaslah bahawa Persatuan NADA merupakan persatuan pelajar yang produktif dan mapan dalam penganjuran program.
Dikeluarkan oleh
Produksi Pengurusan Acara dan Kewartawanan
Persatuan NADA 2019/2020