Surah al-Qadr di turunkan di Mekah serta mengandungi 5 ayat.
Surah ini dinamakan "al-Qadr" kerana membicarakan kemuliaan dan kebesaran malam Lailatulqadar.
Malam Lailatulqadar adalah lebih baik daripada seribu bulan. Allah SWT menggandakan pahala yang dilakukan pada malam ini.
Pada malam ini para malaikat turun bersama malaikat Jibril dengan keizinan Allah SWT membawa segala perkara yang ditakdirkan akan berlaku.
Keistimewaan dan kesejahteraan malam ini berterusan sehingga terbit fajar. Allah SWT merahsiakan waktu berlaku malam yang berkat ini agar kita sentiasa beribadat kepadaNya.
Kita hendaklah merebut peluang mendapatkan berkat dan rahmat malam Lailatulqadar.
Allah S.W.T merahsiakan waktu berlakunya malam Lailatulqadar agar manusia sentiasa beribadat kepadaNya.
Kita hendaklah sentiasa menghayati isi kandungan al-Quran.
Kita patut bersyukur dengan nikmat Lailatulqadar.
Kita hendaklah perbanyakkan ibadat pada malam sepuluh akhir bulan Ramadhan.